25

585 39 9
                                    

"Haih lamanya Rayyan dengan Qayla ni" Rungut Afrina sendirian. Hari ini mereka semua mahu melawat Irdina yang baru sahaja bersalin, katanya Rayyan dan Qayla mahu mengambilnya tapi kelibat keretanya pun tidak nampak.

Lama Afrina menunggu dan akhirnya dia ternampak satu kereta memecut ke sini. Laju sangat tu!

"Mercedes baii! sejak bila Rayyan beli kereta baru?" Kata Afrina seorang diri, lama dia menunggu Qayla keluar dari kereta tetapi tiada siapa pun yang keluar.

Selalunya Qayla akan pelawanya masuk, malu lah dia nak masuk kereta orang sesuka hati.

Lama dia merenung cermin gelap kereta mahal tersebut tiba tiba ada seorang lelaki keluar dari bahagian pemandu kereta.

irfan.

"Woi woi woi! apa kau buat kat sini?" Terkejut Afrina dibuatnya, bukan sepatutnya Rayyan dan Qayla ke yang menjemputnya? kenapa mamat ni pula.

Yang lagi buat Afrina terkejut dia ingat Irfan seorang yang biasa biasa. Rupanya luar biasa!

"Jemput kau la, masuk lah" Jawab Irfan lalu cermin mata hitamnya dibuka dan membuatkan mata Afrina lagi terbuka luas.

"Wuish, bukan main" Ternganga Afrina dibuatnya lalu tanpa membuang masa dia masuk ke dalam kereta. Irfan juga turut masuk semula.

"Lama kau tunggu?" Soal Irfan selepas memakai tali pinggang keledar.

"Lama juga lah, sempat lagi aku tidur kat luar tu" Perli Afrina, dia juga turut memakai tali pinggang keledar. Irfan tersenyum kecil.

"Sorry la, kereta banyak tadi" Kata Irfan.

"Hm yelah"

Tanpa bercakap panjang kereta Irfan meluncur laju meninggalkan kawasan rumah sewa Afrina. Afrina menghalakan pandangan ke luar tingkap.

Masih dibawah langit yang sama..
Tetap merenung bulan yang sama..
Walau menatap langit yang lama..
Namun kita tak lagi berdua..

Masih berharap aku kau cinta..
Tetap membawa harapan kita..
Walau berharap seberapa lama..
Nyatanya kita tak lagi sama..

Afrina termenung seketika apabila mendengar lagu yang dimainkan oleh radio kereta Irfan. Dia memandang langit yang cantik di atas, terbayang wajah Rayfal yang tersenyum manis ke arah nya. Kenangan kenangan mereka dahulu berlegar legar di fikiran Afrina.

Afrina mengeluh perlahan, matanya memandang kehadapan. Kadang kadang dia tertanya, sedang apa Rayfal disana? Rayfal langsung tidak memikirkan tentang dirinya ke? 

Dia menggelengkan kepalanya, sepatutnya dia tidak patut memikirkan lagi tentang bekas suaminya itu. Mereka sudah tiada apa apa hubungan jadi buat apa dia masih mengambil berat tentang lelaki itu.

"Kau okey tak ni?" Soal Irfan apabila melihat Afrina seperti tidak senang duduk.

Serta merta lamunan Afrina terhenti, dia memandang sekilas Irfan disebelah dan memandang kehadapan semula.

"O-okey je" Jawab Afrina dengan tergagap gagap.

"Jangan tipu lah, aku tau kau tak okey"

Afrina membuat muka, dah tau tanya lagi.

"Aku tau susah nak lupakan orang yang kita cinta, apatah lagi banyak kenangan yang kita tak boleh lupakan"

"Tapi kau kena lah cuba, jangan biarkan kenangan korang tu buat kan kau tak boleh lupakan dia. Cuba kau fikir, dia ada ingat dekat kau lagi tak? tak kan? ha jadi jangan buang masa nak fikir pasal dia lagi" Terang Irfan dengan lembut dan jelas.

Takdir Buatku Where stories live. Discover now