17

450 42 16
                                    

"Hello, macam mana? mati tak?"

"Er- perempuan tu tak mati bos tapi..."

"Tapi apa pulak kau ni?" Soal Sarah bengang, ada je nak tapi tapi.

"Kawan Rayfal yang mati"

"Hah!? macam mana pulak dia boleh mati?" Jerit Sarah dengan terkejut.

"Aku memang nak langgar perempuan tu tapi lelaki tu sempat pulak tolak dia, jadi aku terlanggar lelaki tu" Terang lelaki di sebalik talian tersebut. Dia juga terkejut kerana dia tersalah langgar orang.

"Haduh yang dia sibuk sangat nak selamatkan betina tu kenapa? Dia ada bini kan? jaga la bini tu elok elok, sibuk nak jaga bini orang" Marah Sarah.

Lelaki di dalam talian itu pelik, dah kenapa nak marah dia pulak?

"Kau buat lah kerja kau betul betul. Selagi betina tu tak mati, aku tak akan bayar kau. Mark my words" Arah Sarah lalu terus mematikan panggilan.

Sarah mengusutkan rambutnya sehingga serabai. Nak bunuh orang lain, orang lain pula yang jadi mangsa.

"Heh, lantak dia lah. Siapa suruh berani sangat nak jadi hero, kan dah mati" Kata Sarah dengan sinis. Kedua tangannya dibawa ke dagu, cara apa lagi yang perlu dia buat untuk membuat Afrina berjauhan dengan Rayfal?

"Haih semak lah" Dia terus bangun dan pergi bersiap. Satu sahaja cara untuk dia menenangkan fikirannya yang serabut, pergi ke club dan berseronok. Ya, itulah caranya.

•••••

Mata yang layu perlahan lahan dibuka. Dhia memandang sekelilingnya, bilik ward. Dia memandang pula dua orang wanita yang sedang duduk di sofa.

Qayla yang perasan seseorang sedang memandangnya terus menoleh. Dia meletakkan telefonnya di atas sofa dan terus pergi ke arah Dhia. Afrina yang sedang tidur turut terjaga, dia mengikuti langkah Qayla

"Dhia, kau dah bangun. Alhamdulillah" Ucap Qayla dengan bersyukur, sahabatnya sudah sedar.

"Kau okey? nak apa apa tak?" Soal Afrina.

"Mikha mana?" Soal Dhia tanpa menjawab soalan Afrina, anak matanya memandang sekeliling bilik itu untuk mencari kelibat suaminya namun tiada.

Qayla dan Afrina tersentak mendengar soalan yang diajukan oleh Dhia tadi. Tangan Dhia diusap perlahan oleh Qayla.

"Kau tak ingat?" Soal Qayla perlahan.

"Ingat apa?"

"Mikha dah tak ada Dhia" Kata Afrina pula dengan sebak.

Badan Dhia terkaku seketika, dia terlupa akan hal itu.

"Ak-aku tak mimpi kan? Mikha hidup lagi kan?" Soal Dhia bertubi tubi. Air matanya perlahan lahan jatuh.

"Tak, kau tak mimpi" Jawab Qayla lalu dia terus memeluk badan Dhia,  Afrina juga sama. Mereka tahu susah untuk Dhia menerima kenyataan tersebut, tetapi sudah takdirnya begitu.

Teresak esak Dhia di dalam pelukan sahabatnya. Dia tidak bersedia lagi untuk kehilangan suaminya, dia perlu kan Mikha. Kenapa Mikha yang perlu pergi dahulu?

"A-anak aku?" Soal Dhia bersama tangisan yang tersisa. Serta merta Qayla dan Afrina tersenyum kecil.

"Kejap" Kata Qayla lalu dia menekan satu butang di tepi katil. Tidak lama kemudian, muncul seorang nurse masuk ke dalam bilik ward sambil membawa katil kecil yang di khas kan untuk bayi. Katil bayi itu di bawa ke arah Dhia. Qayla mengambil bayi tersebut dan diberikan kepada Dhia, Dhia pula menyambutnya dengan penuh berhati hati.

"Assalamualaikum sayang mommy" Bisik Dhia dengan perlahan di tepi telinga bayi lelaki itu sambil mengucup perlahan dahinya. Ya, Dhia mendapat seorang anak lelaki. Dia tidak tahu lagi pada mulanya kerana lepas sahaja dia bersalin, dia terus tidak sedarkan diri.

Lama wajah anaknya di pandang. Tidak dia nafikan wajah bayi itu serupa dengan wajah Mikha, sangat serupa. Cuma kening dan mulut sahaja ikut Dhia. Tetapi apabila sekali pandang orang akan ingat itu Mikha.

Dhia tersenyum kecil, perasaan rindu pada Mikha terbit di hati. Baru sekejap dia kehilangan suaminya tetapi perasaan rindu itu terlalu kuat, bagaimana dengan hari hari yang akan datang?

"Kau dah fikir nama?" Soal Afrina sambil mengusap perlahan kepala bayi itu.

"Aqief Rizky bin Mikha Aryan" Jawab Dhia tanpa berfikir panjang. Nama itu Mikha yang cadangkan dulu, jadi dia bersetuju sahaja.

"Hm sedap nama tu" Terangguk angguk kepala Qayla.

Dhia hanya tersenyum. Anak dia, anak dia dan Mikha akhirnya sudah melihat dunia yang indah ini. Tetapi...

Bayi itu tidak sempat melihat wajah ayahnya.

"Mommy promise mommy akan jaga awak dengan baik ye sayang" Bisik hati Dhia lalu hidungnya digeselkan pada hidung.

Afrina hanya tersenyum tawar. Kesian bayi itu tidak sempat melihat wajah ayahnya. Rasa bersalah terhadap Dhia semakin menggunung. Dia yang menyebabkan Mikha mati. Kalau Mikha tidak tolak dia, Mikha akan terselamat. Tetapi kenapa Mikha buat begitu?

"Ehem" Rayfal berdehem membuatkan mereka bertiga terkejut.

"Eh jangan pandang macam tu, takut aku" Kata Rayfal sambil menggaru garu kepalanya.

"Kau buat apa kat sini?" Soal Qayla. Afrina yang disebelahnya hanya diam sahaja, sepatutnya dia yang tanya.

"Aku nak cakap dengan bini aku jap" Jawab Rayfal sambil memandang wajah dingin Afrina. Kenapa dengan Afrina ni?

Afrina yang mendengar terus keluar dari ward itu dan menarik tangan Rayfal untuk bawa keluar.

"Nak apa?" Soal Afrina dingin.

"Awak kenapa? kenapa bermasam muka dengan suami?" Soal Rayfal dengan lembut, dia tak ada buat salah pun.

"Awak, saya taknak jadi isteri derhaka tapi boleh tak awak jauhkan diri awak dari saya buat sementara" Kata Afrina, dia langsung tidak memandang wajah suaminya.

Rayfal terasa dengan perbuatannya.

"Apa awak mengarut ni Afrina Natasya?" Soal Rayfal dengan bengang. Asal kena menjauh pulak?

"Jangan banyak tanya boleh tak? saya malas nak terangkan dekat orang yang tak reti faham bahasa" Ujar Afrina dengan dingin lalu dia terus beredar dari tempat itu.

"Afrina stop! saya tak habis cakap lagi" Jerit Rayfal dengan sedikit perlahan.

Afrina tidak menolehkan badannya kebelakang, malah dia terus berlalu pergi tanpa berkata apa apa.

Rayfal yang melihat Afrina berkelakuan begitu terus bengang.

Apa salah dia?

Apa dia buat?

Dia ada buat Afrina terasa ke?

Bertubi tubi soalan yang keluar dalam fikirannya. Dia taktahu nak buat apa sekarang ni.

•••••

Pendek sikit bab ni, pape pun sila vote dan comment!!

Takdir Buatku Where stories live. Discover now