22

421 31 26
                                    

Lama wajah perempuan itu dipandang, serta merta wajah Afrina bertukar keruh. Matanya terus beralih ke tempat lain. Agak agak siapa perempuan itu?

Tiara.

"Eh Tiara, masuk lah" Ajak Puan Syima lalu dia berlari ke arah Tiara dan memeluk badan wanita itu.

"Nah Tiara ada bawa kan mummy kuih sikit" Tiara menghulur satu plastik yang berisi kuih kepada Puan Syima.

"Ya Allah susah susah je, terima kasih ye sayang" Ujar Puan Syima lalu dia beredar dari situ dan menuju ke dapur.

Afrina, Qayla dan Dhia hanya melihat dan mendengar perbualan mereka. Lama kelamaan ada seorang lelaki dengan berpakaian kemeja hitam masuk ke rumah dan berdiri di sebelah Tiara.

Lelaki itu ialah Rayfal.

"Aban-" Tidak sempat Afrina mahu bangun dari duduknya, Rayfal terlebih dahulu memotong.

"Ambik ni" Kata Rayfal dengan nada yang tegas dan wajahnya langsung tidak memandang Afrina.

Afrina terkejut dengan perbuatan Rayfal, dia baru sahaja mahu menyalam tangan lelaki itu tapi Rayfal langsung tidak menghulurkan tangannya. Malah dia memberi satu kotak kecil kepada Afrina.

Sebelum Afrina mengambil kotak itu, Qayla dan Dhia terlebih dahulu bangun dari duduk dan beredar pergi ke tempat lain. Tidak mahu kacau mereka berdua agaknya.

Eh bertiga, Tiara masih setia berdiri di sebelah Rayfal.

"Apani bang?" Soal Afrina dengan wajah yang bengang.

Rayfal tidak menjawab soalan Afrina malah dia berjalan naik ke tangga untuk masuk ke bilik.

"Abang.." Panggil Afrina dengan sayu. Kenapa dengan suaminya?

"Takyah nak abang abang sangat lah, meluat aku dengar" Kata Tiara sambil menjeling Afrina, lalu dia pun beredar dari ruang tamu itu meninggalkan Afrina seorang disitu.

Lama Afrina tegak berdiri di ruang tamu itu, air matanya juga sudah bergenang. Siapa sangka Rayfal sanggup buat dia begini?

"Afrina!" Panggil Qayla dari jauh, Afrina yang terdengar terus menyapu tangisan yang berada di pipinya.

"Ha ye?" Jawab Afrina apabila Qayla sudah sampai di depannya.

"Dah nak pukul 7 ni, siap lah. Tema warna pink tau, kalau lelaki warna hitam" Ujar Qayla dengan teruja, sebenarnya Qayla juga tidak tahu ini party untuk siapa. Dia hanya ikut suruhan Rayfal.

"Party ni untuk siapa?" Soal Afrina, dia masih tidak tahu apa apa.

"Untuk kau la kot" Jawab Qayla, lalu dia beredar untuk masuk ke bilik, nak siapkan Miya dan Mica.

Wajah Afrina terus berkerut, kenapa dia tak tahu apa apa? dia terus naik ke tangga untuk masuk ke bilik.

Tuk tuk

Afrina mengetuk pintu bilik tapi tiada sebarang respon dari Rayfal, jadi dia hanya buka sahaja.

"Oh awak dah siap" Kata Afrina apabila dia masuk terlihat Rayfal sudah pun bersiap memakai baju kemeja hitamnya.

"Awak dah bukak ke kotak tu?" Soal Rayfal yang sedang memakai butang bajunya.

"Oh, saya belum bukak. Jap" Afrina baru teringat yang suaminya ada beri sekotak kecil hadiah kepadanya. Agaknya apa di dalam itu, rantai? cincin?.

Entah la.

"Tu cincin" Belum sempat Afrina mahu buka, Rayfal terlebih dahulu membongkarkan rahsia.

Ish.

Takdir Buatku Where stories live. Discover now