Sedang khusyuk Afrina membaca novel tiba tiba ringtone callnya berdering.
"Lah, kacau jelah" Rungutnya sendiri.
Tanpa membuang masa dia terus melesetkan butang hijau tersebut.
"Ye hello?"
"Afrina!!!" Jerit Qayla dengan kuat di dalam panggilan.
"Lah kau ke Qayla"
"Wey next week aku dengan Dhia rancang nak pergi bercuti. Kau pon kena ada jugak"
"Bercuti?!"
"Ye, eh kau jangan risau dengan suami kesayangan kau tu. Kitaorang pun bawa suami lah!"
"Eh bukann bukan, aku tak kesah pasal tu tapi"
"Tapi apa pulak kau ni?"
"Dhia pergi jugak ke? Dia tengah sarat mengandung kot, mahu beranak kat situ!" Kata Afrina dengan risau.
"Eh kau jangan risau, dak Dhia tu lompat bintang pun bole" Gurau Qayla sambil ketawa kecil di hujung ayat.
"Lahai risau!"
"Ha yelah, nanti aku bagitahu Rayfal"
"Okay, jumpa nanti!!"
Lalu panggilan dimatikan oleh Afrina.
Afrina bangun dari duduk untuk mencari kelibat suaminya. Hari ini Rayfal cuti kerana mahu luangkan masa dengan isteri kesayangannya.
"Awak!" Panggil Afrina.
"Ye?" Rayfal terus berjalan menghampiri Afrina.
"Awa-" Belum sempat Afrina menghabiskan ayatnya, Rayfal terlebih dahulu memotong.
"Nak cakap pasal bercuti tu ke?" Soal Rayfal sambil tergelak kecil melihat wajah Afrina yang sedang bengang dengannya.
"Oh awak tahu ke?" Soal Afrina pula.
"Ye tahu"
"So awak kasik la kan?" Soal Afrina sambil buat muka comelnya.
Kena pujuk suami.
"Mestilah" Jawab Rayfal lalu hidung mancung Afrina diusap olehnya.
"Yeayy!!" Jerit Afrina dengan riang.
Rayfal yang melihat gelagat isterinya hanya ketawa. Comel sungguh Afrina Natasya ni.
Nasib Rayfal punya! hehe.
•••••
Mabul Island, Sabah 📍
"Wah cantiknya view!" Jerit Afrina dengan teruja.
"Tengoklah suami siapa yang pilih" Kata Dhia dengan bangga.
"Hak eleh mak buyung ni" Usik Qayla.
"Eh diamla!"
Hari yang mereka bertiga tunggu tunggu sudah pun tiba. Dari zaman sekolah menengah lagi mereka dah berangan nak bercuti bawa suami dan sekarang tengoklah! Impian jadi kenyataan.
Afrina juga tidak sangka, dia ingat mereka takkan merasa percutian ini kerana sebelum ini hubungan nya dan Rayfal hampir retak.
Tapi Alhamdulilah Afrina sudah jadi isteri Rayfal yang sah.
"Apa termenung tu?" Sergah Rayfal, lama dia nampak Afrina termenung sambil lihat laut biru yang jernih.
Tempat yang Mikha bawa sangat cantik! view macam dekat overseas tapi dekat dalam Malaysia je.
YOU ARE READING
Takdir Buatku
RomanceKarya Kedua Afrina Natasya dan Rayfal Adrian pada awalnya adalah pasangan kekasih dan bertukar menjadi tunang. Hubungan mereka mula retak apabila munculnya orang ketiga. Sejak kemunculan orang ketiga itu, perangai Rayfal sudah tidak sama dengan sebe...