23

418 34 13
                                    

Sudah seminggu berlalu, Afrina masih ditinggalkan sendirian di rumah, Rayfal tidak balik ke rumah selama seminggu. Mesej tidak, call lagi tidak.

Apa suaminya buat sampai tidak balik ke rumah?

Afrina berfikir sejenak, lama dia termenung di meja makan. Yela, sudah seminggu makan seorang sahaja di rumah. Sunyi.

Sedang lama termenung tiba tiba kedengaran di ruang tamu ada suara seseorang, mungkin itu Rayfal. Lalu cepat cepat Afrina bangun untuk melihat siapa yang masuk ke rumahnya.

"Abang.." Baru sahaja mahu gembira suaminya balik, tiba tiba Tiara ada disini. Apa dia nak lagi?!

"Apa, aku penat lah!" Tengking Rayfal secara tiba tiba, Afrina bercakap dengannya elok elok tapi kenapa dia meninggikan suaranya?

"Ermm, tepi sikit boleh?" Soal Tiara lalu bahu Afrina dilanggar dengan sengaja.

Afrina masih berdiri tegak melihat langkah Rayfal dan Tiara naik ke atas, apa yang mereka mahu buat? fikiran Afrina sudah fikir bukan bukan. Cepat cepat dia berlari mengejar langkah mereka berdua.

"Apa awak nak buat ni Rayfal!" Jerit Afrina apabila dia melihat Rayfal dan Tiara mahu masuk ke bilik.

"Apa? aku tak buat apa apa pon lah!" Balas Rayfal dengan nada yang tinggi, masih bermasam muka dengan isterinya.

"Tak kau perempuan! apa masalah kau eh?" Marah Afrina kepada Tiara, dia tidak mampu berdiam lagi.

Tiara tidak membalas soalannya malah dia menjeling Afrina dan tangan Rayfal dipimpin olehnya. Lalu senyuman sinis diberi kepada Afrina.

"Eh kau tak malu eh? Rayfal suami aku kau tau tak?!" Marah Afrina lagi apabila melihat perempuan itu memegang suaminya. Rayfal pula tidak melepaskan pimpinan itu, malah dia lagi eratkan jarak mereka.

"Eh bising la kau ni, pergi masak kat bawah la" Kata Rayfal selamba.

"Okay! saya kasik awak pegang dia ke apa but ada syarat" Ujar Afrina dengan nada yang biasa, dia bukan seperti dulu asyik mahu menangis disebabkan lelaki yang tidak hargainya.

"Apa?"

"Ceraikan saya" Sambung Afrina dan dia membuat Rayfal terkebil kebil.

"Ceraikan la, apa lagi?" Arah Tiara kepada Rayfal yang masih terkebil kebil, dah kenapa?

"Tiara turun kejap, nanti abang turun" Arah Rayfal, dia tidak mahu Tiara mendengar mereka bertengkar.

"Hm, okay" Jawab Tiara lalu dia beredar dari situ meninggalkan mereka berdua.

Rayfal menarik nafas panjang sambil memandang tepat ke arah Afrina.

"Afrina Natasya binti Ahmad Mazri..."

Afrina memejamkan matanya, kepala ditundukkan kebawah.

"Aku ceraikan kau dengan talak satu"

"Esok jumpa dekat mahkamah" Ujar Rayfal selamba lalu dia mulakan langkahnya untuk keluar dari rumah itu.

Perlahan lahan tangisan Afrina pecah. Badannya melorot jatuh ke bawah. Perasaan Afrina sekarang ini bercampur aduk, dia tidak tahu mahu berasa lega ataupun sedih dengan keputusannya. Apa yang dia perlu buat hanya lah redha dan tabah.

                                ••••

Afrina keluar dari mahkamah, melihat langkah Rayfal begitu laju untuk pulang. Rayfal langsung tidak rasa bersalah ketika melafazkan cerai kepada Afrina. Afrina terkesan sidikit dengan perbuatannya, tetapi nak buat macam mana mereka sudah pun bercerai.

Takdir Buatku Where stories live. Discover now