12

494 44 14
                                    

"Mommy daddy" Panggil Rayfal sekaligus memecahkan kesunyian antara mereka yang sedang bersarapan.

"Ye" Balas Puan Syima.

"Rayfal rasa lepas ni nak pindah rumah kitaorang dah" Kata Rayfal dan membuatkan Afrina tercekik nasi goreng. Pindah? Rayfal tak bincang dengannya pun.

"Hah? bila? harini?" Soal Puan Syima dengan terkejut.

"Ye mommy harini" Jawab Rayfal.

"Alaa cepatnyaa, mommy tak puas lagi nak dating dengan Afrina ni" Kata Puan Syima.

"Alah awak ni, biarlah diorang. Bagi diorang privacy sikit, tak kan awak tak nak cucu kan?" Celah Tuan Ardi. Afrina yang mendengar itu tercekik buat kali kedua, memang satu keluarga ni nak dia mati tercekik ke apa? Rayfal terus menepuk nepuk belakang badan Afrina.

"Eh awak ni, ke situ pulak perginya" Kata Puan Syima, Tuan Ardi dan Rayfal hanya tergelak besar.

"Ala tak apa la mommy, setiap hujung minggu nanti Rayfal bawak Afrina balik sini. Bukannya mommy tak jumpa dia lagi dah" Kata Rayfal sambil menyuapkan sesudu nasi goreng ke dalam mulutnya.

"Janji eh bawak Afrina balik, nanti mommy rindu" Kata Puan Syima.

"Ye mommy ye" Jawab Rayfal.

-

"Awak tak cakap pun nak pindah" Kata Afrina sebaik sahaja mereka masuk ke dalam bilik untuk mengemas barang.

"Saje nak surprise kan kau" Jawab Rayfal sambil tersengih.

"Hm apa apa jelah" Kata Afrina lalu dia mengambil begnya dan meletakkan baju bajunya.

"Tapi kita tak balik rumah dulu tau, kita beli barang dapur dulu sebab rumah tu tak ada apa apa bahan masak" Kata Rayfal.

"Oh okeyy"

Seusai mengemas barang dan bersiap, mereka turun ke bawah.

Rayfal menyalam tangan Puan Syima dan Tuan Ardi, begitu juga dengan Afrina.

"Kamu lepas dah duduk berdua ni jaga Afrina elok elok tau, jangan sakitkan hati dia. Ingat tu" Pesan Puan Syima.

"Ye mommy baik. Okey lah, kitaorang gerak dulu. Bye" Kata Rayfal lalu terus masuk ke dalam kereta. Tak nak kena bebel lagi.

"Bye mommy" Kata Afrina sambil memeluk tubuh mertuanya itu.

"Afrina jaga diri baik baik, kalau Rayfal ada sakit kan hati Afrina. Cepat cepat bagitau mommy tau, tahu la apa mommy nak buat kat dia tu" Pesan Puan Syima lagi.

"Okey mommy! dah jom" Bukan Afrina yang jawab malah Rayfal yang jawab dari dalam kereta. Ni selagi tak gerak selagi tu la nak membebel.

Afrina terus masuk ke dalam kereta lalu kereta Rayfal terus meluncur laju pergi ke jalan raya.

Semasa dalam perjalanan, radio kereta Rayfal menyiarkan lagu kegemaran Afrina. Afrina apa lagi, dia terus menyanyi mengikut rentak lagu itu.

"Tak payah nyanyi lah, sengau" Celah Rayfal. Afrina terus memberhentikan nyanyianya dan memandang Rayfal.

"Biarlah. Kalau tak suka tak payah dengar, tutup telinga tu" Bidas Afrina sambil menjeling Rayfal. Suka suka hati je nak cakap suara orang tak sedap, suara dia sedap sangat ke?

"Aku gurau jelah" Kata Rayfal sambil tergelak kecil.

Afrina terus berdiam diri, malas mahu melayan lelaki itu.

Sampai sahaja mereka di Mall, mereka terus masuk kedalam bahagian barang barang dapur. Rayfal mengambil troli dan menolaknya, Afrina berjalan disebelah Rayfal.

Takdir Buatku Where stories live. Discover now