Langkah Rayfal terhenti apabila telefonnya mula berdering. Cepat cepat dia membuka telefon dan nama seorang wanita terpapar di skrin, butang hijau diseletkan untuk mengangkat panggilan.
"Rayfal!" Jerit wanita itu di dalam panggilan.
"Ye kenapa?" Soal Rayfal dengan nada yang teruja, dia merasa ada sesuatu yang dia tidak tahu.
"Guess what hehe" Saja wanita itu mahu berteka teki.
"Emm" Rayfal masih berfikir.
"Lambat lah!"
"Tiara dekat Malaysia!" Sambung wanita itu sambil terjerit jerit.
"What?! serius la?" Rayfal terlompat lompat, dia tidak percaya yang Tiara sudah balik Malaysia. Wanita itu sudah duduk overseas selama 4 tahun, akhirnya balik juga.
Afrina yang baru sahaja keluar dari bilik terdengar Rayfal bising bising dibawah, dia bergegas menurun tangga untuk pergi ke lelaki itu.
"Pukul 3 Tiara datang rumah abang, Tiara nak jumpa mama dulu" Sambung wanita itu lagi.
"Okay, abang tunggu" Kata Rayfal lalu panggilan dimatikan.
Baru sahaja kepala menoleh ke belakang, terlihat Afrina sedang berdiri tegak sambil memandang tepat ke arahnya.
"Ada orang nak datang, masak cepat" Kata Rayfal lalu dia naik ke tangga untuk masuk ke bilik.
Wajah Afrina terus bengang apabila Rayfal menyuruhnya macam dia ada sepuluh tangan. Tanpa merungut Afrina terus masuk ke dapur dan mula bermasak.
Selepas 20 minit bermasak di dapur, akhirnya siap juga. Afrina menyusun makanan yang dimasaknya di atas meja makan.
Tuk tuk
Sedang dia menyusun satu persatu sudu dan garfu tiba tiba pintu rumah diketuk oleh seseorang. Tidak sempat dia mahu pergi ke pintu itu, Rayfal terlebih dahulu membuka.
"Abang!!" Jerit Tiara dengan teruja dan badan Rayfal jadi sasaran pelukkan erat darinya.
Rayfal turut membalas pelukkan, dia juga sedang senyum lebar.
Mata Afrina terus terbuka luas apabila Rayfal dengan senang hati memeluk wanita yang dia tidak kenal dengan erat.
Waw, depan isteri.
"Bila balik? dah makan ke?" Bertubi tubi soalan keluar dari mulut Rayfal.
"Ish! bagi la Tiara masuk dulu" Kata Tiara sambil menepuk dada Rayfal.
Rayfal hanya ketawa kecil dan dia membawa Tiara masuk ke dalam rumah.
"Ni siapa pulak? bibik ke?" Soal Tiara kepada Rayfal. Bibik yang dia maksudkan ialah Afrina.
"Eh suka hat-" Tidak sempat Afrina mahu menyambung ayatnya, Rayfal sudah potong dahulu.
"Isteri abang" Jawab Rayfal sambil senyum tawar.
"Oh really? asal Tiara tak tahu" Kata Tiara dengan riak wajah yang terkejut.
"Tiara tak balik Malaysia memang la" Kata Rayfal sambil ketawa kecil.
"You siapa?" Tiba tiba Afrina menyampuk.
"Tiara, cousin Rayfal" Jawab Tiara sambil senyum lebar.
Afrina turut membalas senyuman. Dia terus mengikut mereka berdua duduk di meja makan.
"Makan la" Rayfal menjemput Tiara untuk makan bersama.
Selepas habis makan dan berborak panjang, Rayfal dan Tiara terus bangun dari duduk.
"Banyak lagi Tiara nak cerita ni" Kata Tiara, Afrina yang sedang mengemas meja hanya memasang telinga.
YOU ARE READING
Takdir Buatku
RomanceKarya Kedua Afrina Natasya dan Rayfal Adrian pada awalnya adalah pasangan kekasih dan bertukar menjadi tunang. Hubungan mereka mula retak apabila munculnya orang ketiga. Sejak kemunculan orang ketiga itu, perangai Rayfal sudah tidak sama dengan sebe...