09

507 48 37
                                    

Perlahan lahan mata Afrina dibuka, lena betul dia tidur semalam.

Tidur atas lengan suami, memang la. Yang single tu sila duduk diam diam ye.

Afrina terus bangun dari baringannya dengan mamai dan memandang bahagian sebelah nya. Rayfal tidak ada, awal betul dia bangun.

Sedang memikirkan dimana keberadaan Rayfal tiba tiba pintu bilik air di buka, muncul lah Rayfal yang hanya bertuala separas pinggang. Afrina apa lagi, bukan main gelabah dia baring dan menarik selimut menutupi muka.

"Hoi, kau buat apa tu" Ujar Rayfal, dah kenapa pura pura tidur pulak bini dia tu.

"A-awak tak reti pakai baju dalam bilik air ke? Tak malu lah" Kata Afrina dengan gelabah, tak pasal pasal dia dapat tengok roti free.

Eh-

"Eh suka hati lah, bilik aku" Jawab Rayfal, dia terus pergi ke wardrobe dan mengambil baju kerjanya yang Afrina gosok semalam.

Ya, dia akan mula bekerja setelah 2 minggu cuti kahwin. Dalam masa 2 minggu itu banyak perkara yang dia dan Afrina luangkan, dan dia yakin dia dapat menerima Afrina kembali.

Hati dia sekarang sudah dipenuhi dengan nama Afrina Natasya, dia berjanji yang dia akan jaga wanita itu dengan baik dan penuh kasih sayang.

Setelah sudah bersiap, Rayfal keluar dari ruang wardrobe itu. Dia dapat melihat Afrina baru sahaja keluar dari tandas tetapi masih memakai baju tidur, baru gosok gigi mungkin.

Terus sahaja kaki melangkah ke arah isterinya, sempat lagi dia mengambil tali leher yang tersusun di dalam drawer.

"Tolong" Kata Rayfal sambil menunjukkan tali leher itu ke hadapan muka Afrina.

"Aik? Tak reti pakai ke?" Soal Afrina pelik, habis selama ni dia mintak tolong siapa pakai kan tie tu? Sarah?

"Reti je, tapi sekarang dah ada isteri kan. Apa salahnya" Jawab Rayfal sambil mengangkat bahu.

Afrina hanya menggeleng tetapi tangan tetap mengambil tali leher itu. Dia pergi ke hadapan Rayfal sedikit dan mula mengikat. Dia kena menjengketkan sedikit kaki dia kerana beza tinggi dia dan Rayfal terlalu jauh. Apa yang laki dia makan pun tak tahu la, makan tiang ke?

Rayfal yang sedar akan kesukaran Afrina terus merendahkan sedikit badannya sehingga sama tinggi dengan Afrina. Afrina terlalu khusyuk mengikat sampaikan tidak sedar yang Rayfal asyik memandangnya.

Rayfal memandang setiap inci wajah isterinya. Dari kening yang tetap terbentuk walaupun tidak dilukis, pergi ke kedua mata yang bulat, dan pergi ke hidung yang mancung. Akhir sekali, mata Rayfal menghala ke bibir merah Afrina. Tempat yang dia suka sangat tengok.

Dia tidak tahu mahu berkata apa tentang kecantikan Afrina, wanita itu terlalu sempurna. Sangat sempurna.

Sedang Rayfal terlalu khusyuk melihat wajah isterinya, dia tiba tiba tersedar kerana Afrina menepuk perlahan bahu nya.

"Dah siap" Kata Afrina sambil tersenyum, bangga dengan apa yang dia buat. Baru pertama kali dia mengikat tali leher pada seseorang.

Rayfal terus melihat dirinya di cermin, cantik cara ikatan Afrina. Tanpa sedar dia tersenyum kecil.

Rayfal pergi ke katil mereka dan duduk.

"Duduk sini" Ajak Rayfal sambil menepuk sedikit ruang disebelahnya. Afrina tanpa membantah terus pergi ke arah suaminya dan duduk.

"Kenapa?" Soal Afrina. Dia dapat lihat Rayfal menundukkan wajahnya.

"A-aku nak mintak maaf" Kata Rayfal.

"Sebab?" Soal Afrina dengan pelik, dah kenapa tiba tiba ni.

"Sebab curang dengan kau"

Oh baru dia ingat yang Rayfal curang dengannya.

"Aku sebenarnya tak ada niat pun, sumpah. Ada benda yang tiba tiba rasuk aku untuk pergi dekat dia. Aku pun tak tahu, ak-" Kata kata Rayfal terhenti akibat Afrina menggenggam tangannya. Terus mata memandang isterinya, Afrina tersenyum kecil.

"Tak apa, saya faham. Lagipun masa tu saya belajar jauh kan, mesti awak bosan dekat sini sorang sorang. So tak apa" Kata Afrina sambil memandang Rayfal dengan pandangan ikhlas.

"Kau tak marah?" Soal Rayfal.

Afrina tergelak kecil.

"Siapa je tak marah? Tapi saya faham, lagipun manusia kan berhak dapat peluang kedua" Kata Afrina.

"Tapi"

"Jangan buat lagi eh, kalau awak buat lagi siap awak" Kata Afrina sambil menunjukkan jari telunjuknya dihadapan Rayfal dengan pandangan tajam. Rayfal hanya tergelak kecil. Dia menangkap jari itu dan genggam.

"Ye, aku janji. Aku takkan buat lagi" Kata Rayfal. Ya dia betul betul janji dengan dirinya yang dia tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.

"Okey lah jom turun bawah" Kata Afrina lalu berdiri. Rayfal pun turut berdiri dan dia memusingkan bahu Afrina menghadapnya.

Dia bergerak sedikit kehadapan. Semakin lama, semakin dekat jarak antara mereka. Afrina yang melihat terus jantungnya berdegup kencang, terlalu kencang sampaikan dia terasa mahu pengsan.

Mereka berpandangan antara satu sama lain dengan lama. Afrina memandang tepat ke arah mata Rayfal. Jujur dia cakap pandangan Rayfal sekarang ni sangat lain, tidak pernah dia lihat pandangan itu. Pandangan apa?

Pandangan cinta.

Sedang lama mereka pandang antara satu sama lain tiba tiba...

Tok tok

"Rayfal, Afrina! turun bawah sarapan" Jerit Puan Syima di luar bilik mereka.

Rayfal dan Afrina terus tersedar, mereka berdua pandang ke tempat lain untuk menghilangkan malu. Sempat lagi Rayfal berdehem sedikit.

"Jom lah, mommy dah panggil tu" Kata Afrina dengan muka memerah. Dia terus berjalan pergi ke pintu bilik. Tetapi baru sahaja dia berjalan, Rayfal memanggil.

"Eh kejap" Panggil Rayfal, Afrina terus memberhentikan langkahnya.

Cup

Rayfal mengucup perlahan dahi licin Afrina lalu terus berlari keluar dari bilik. Afrina terkejut dengan kejadian tiba tiba itu, dia meletakkan tangan pada dahinya yang Rayfal baru sahaja cium tadi. Terus Afrina tersenyum lebar, makin memerah la pipi nya. Tanpa membuang masa dia terus keluar dari bilik dan turun ke bawah.

-

Tok tok

"Ye, masuk"

"Tuan, kita ada pekerja sementara, dia gantikan Linda" Kata Afiah, pembantu peribadi Rayfal.

"Kenapa Linda cuti?" Soal Rayfal, dia tidak tahu kerana dia cuti selama 2 minggu.

"Dia cuti pregnant"

"Berapa lama perkerja baru tu ganti?" Soal Rayfal lagi.

"Sebulan lebih rasanya" Jawab Afiah sambil menggaru garu dagunya.

Rayfal hanya mengangguk. Tak tahu lah pekerja sementara ni bagus atau tidak sebab Rayfal tidak suka dengan pekerja yang tak cekap ataupun malas.

"Bawak dia masuk" Arah Rayfal.

"Ok, sekejap"

Afiah membuka sedikit pintu kaca bilik Rayfal dan dia mengeluarkan kepalanya sedikit untuk memanggil pekerja baru itu.

"Masuk" Kata Afiah kepada pekerja baru itu.

Perlahan lahan pintu dibuka oleh pekerja itu dan dia berjalan menghampiri meja Rayfal.

Rayfal masih tidak memandang pekerja itu kerana sibuk melihat laptop nya.

"Long time no see!"

-

Mak ai sape pulak ni? jengjengjeng

Jangan lupa vote and comment. maseh semua <3

Takdir Buatku Where stories live. Discover now