13

509 59 9
                                    

"Wah besarnya!" Jerit Afrina apabila mereka sudah sampai di sebuah pekarangan rumah banglo.

"Awak dah lama ke beli rumah ni?" Soalnya sambil memandang Rayfal disebelah. Rayfal mengangguk perlahan.

"Dah lama dah, ni dah macam rumah kedua aku. Rumah ni pun dekat dengan office jadi senang kalau rasa penat sangat kerja aku balik terus ke sini" Terang Rayfal. Afrina hanya mengangguk angguk.

"Jom lah masuk" Kata Rayfal sambil mengeluarkan beg roda Afrina dari dalam bonet. Rayfal tidak membawa baju kerana di dalam rumah ini sudah ada kesemua barangnya.

Afrina turut mengambil semua barang barang yang dibeli tadi.

Rayfal terus membuka pintu rumah itu. Apabila Afrina masuk, mulutnya automatik ternganga luas.

Sungguh dia kata dekorasi rumah Rayfal ini nampak sangat mewah. Melihat dari luar pun sudah nampak cantik apalagi di dalam. Besar pula tu.

Terus langkah dibawa ke dapur. Barang barang itu diletakkan di atas meja dan Afrina mula meneroka satu dapur itu. Nampak sangat kemas, kalau macam ni memang setiap hari dia rajin nak masak.

Rayfal memasuki ruang dapur dan menolong Afrina menyusun barang barang yang dibeli tadi ke tempat yang sesuai.

"Rumah awak nampak bersih, awak kemas sendiri ke?" Soal Afrina.

"Yelah, siapa lagi yang nak kemas kalau aku duduk sorang je kat sini" Jawab Rayfal. Afrina cuma mengangguk. Dia tidak pelik pun kerana dia sudah lama tahu yang Rayfal memang pembersih orangnya.

Seusai menyusun barang, mereka berdua terus naik ke atas.

Rumah Rayfal ini mempunyai lima bilik. Kesemua pintu bilik itu bewarna putih kelabu kecuali satu pintu bilik yang bewarna coklat cair, Afrina memandang bilik itu. Bilik itu terletak di hujung sekali.

"Itu bilik kerja aku" Kata Rayfal bila dia melihat Afrina asyik memandang bilik itu.

"Oh"

"Eh kejap" Kata Afrina. Rayfal hanya mengangkat kening.

"Kita satu bilik ke?" Soal Afrina bersahaja sambil tersengih

"Mestilah, kenapa? tak nak satu bilik dengan aku? oh tak apa, ikut kau la. Aku okey je" Kata Rayfal lalu dia terus memasuki ke dalam biliknya.

"Eh nak nak nak" Terus sahaja Afrina mengikuti langkah Rayfal. Dia mana boleh tidur tanpa lengan Rayfal.

Masuk sahaja ke dalam bilik Rayfal. Mata Afrina terpana, kemasnya! Tersusun elok kesemua barang itu. Pembersih Rayfal kalah dirinya.

"Kau letak la baju kau dalam wardrobe tu, sebelah dia kosong" Arah Rayfal, memang dia mengosongkan ruang sebelah wardrobe nya untuk memberi Afrina meletakkan baju.

Tanpa sebarang kata Afrina terus sahaja menyusun pakaiannya.

•••••

Rayfal keluar dari bilik air, dia baru lepas mandi. Matanya mencari susuk tubuh isterinya di sekitar bilik yang besar itu, tetapi tiada. Sah, Afrina berada di bawah.

Rayfal menunaikan solat Maghrib dahulu sebelum dia turun ke bawah. Dapat dia lihat Afrina sedang tekun memasak tanpa sedari kewujudannya kerana sekarang Afrina sedang membelakangi Rayfal.

Perlahan lahan kaki mendekati si isteri tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Apabila sudah berada betul betul di belakang Afrina, Rayfal serta merta memeluk pinggang ramping wanita itu.

"Oh mak kau cantik!" Jerit Afrina lalu dia memusingkan badannya dan tanpa dia sengaja dia telah memukul kepala Rayfal menggunakan senduk yang sedari tadi dia pegang.

Takdir Buatku Where stories live. Discover now