"Assalamualaikum" Ucap Afrina sesudah masuk kedalam butik. Memandangkan ini hari pertama dia bekerja, jadi mood dia terlalu rajin hari ni.
Afrina membawa langkah pergi ke bilik belakang, dia meletakkan barangnya di atas meja dan terus keluar dari bilik itu.
ding dong
"Hai selamat datang ke HQ butik" Kata Afrina ketika mendengar pintu butik berbunyi, ia menandakan ada orang datang.
"Ye Puan nak ap-" Soalan Afrina tergantung apabila pelanggan yang datang bukannya perempuan tetapi
Lelaki.
Irfan.
"Apa kau buat dekat sini?" Soal Irfan dengan wajah yang pelik. Afrina kerja disini ke?
"Eh sepatutnya aku yang tanya kau, kau buat apa dekat sini?!" Soal Afrina semula sambil mata melilau cari kereta Irfan diluar. Sampai je matanya ke arah kereta tersebut tiba tiba dia teringat sesuatu.
Bab 26,
"Baik Puan" Kata Nad dan Afrina serentak. Puan Hayla terus berlalu keluar dari butik dan masuk kedalam sebuah kereta yang parking betul betul di hadapan butik itu.
Afrina lihat dengan teliti kereta itu.
"Asal macam pernah nampak eh kereta tu?" Soal Afrina sendirian. Dia lihat kereta itu sehinggalah kereta itu hilang dari pandangannya.
"Ha tengok apa tu?" Soal Nad.
"Hah? tak ada apa lah"
-
"Oh! betul la tu kereta kau.." Jerit Afrina ketika sudah ingat tentang kejadian semalam.
Irfan masih tidak faham apa yang diborak Afrina tetapi dia tergelak kecil ketika melihat gelagat Afrina yang comel didepannya.
"Comel" Kata Irfan sambil merenung wajah Afrina. Pujian Irfan membuatkan Afrina berhenti membebel.
"Hah??"
"Hah?"
"Apa kau cakap tadi?" Afrina mengerutkan dahi, Irfan cakap dia comel ke tadi?
"Eh mana ada aku cakap apa apa" Kata Irfan buat tidak tau.
"Tadi aku dengar ka-" Kata kata Afrina terhenti apabila seseorang bersuara.
"Eh Irfan, kenapa ni?" Soal Puan Hayla.
"Eh mama, ni phone mama tertinggal kat dalam kereta Irfan tadi" Irfan menghulurkan phone itu kepada mamanya.
"Ha? Mama?" Soal Afrina pelik, kenapa Irfan ber mama dengan bos nya?
"Eh Afrina, lupa nak kenal kan dekat awak. Ni Irfan, anak saya" Kata Puan Hayla.
"Anak!?" Terkejut Afrina jadinya. Irfan tidak boleh menahan ketawa, dia melepaskan sahaja tawanya melihat muka terkejut Afrina.
"Iya anak saya, kenapa ni? korang berdua kenal ke?"
"Afrina ni kawan Uni Irfan la mama" Jawab Irfan.
"Lah yeke? mama tak tahu pun?" Puan Hayla pula yang terkejut, tak sangka anaknya kenal Afrina.
"Dah mama tak tanya, macam mana nak tahu"
"Eh tapi sejak bila Afrina kerja kat sini? tak pernah nampak pun selama ni?" Irfan memandang Afrina yang tercegat berdiri dihadapan mereka.
"Baru hari ni dia start kerja, memang la tak pernah nampak" Jawab Puan Hayla. Afrina hanya tersenyum.
"Ohh"
"Tak apa la mama, Irfan pergi kerja dulu. Ada meeting kejap lagi" Kata Irfan.
"Ha yelah, drive elok elok"
Dengar sahaja nasihat dari Puan Hayla, Irfan segera berlalu. Sempat lagi dia mengenyitkan matanya kepada Afrina.
Pantas sahaja Afrina menjeling kelibat Irfan yang hampir jauh, boleh pulak dia kenyit kenyit mata.
"Saya masuk dulu ye" Kata Puan Hayla. Afrina hanya mengangguk sambil tersenyum. Dia bergerak ke tempat cashier dan duduk disitu.
"Tak sangka pula si Irfan tu anak bos aku" Kata Afrina sendiri.
"Dia pun satu, bukannya nak bagitau mak dia kerja mana"
"Eh tapi kenapa pula dia nak bagitau kan? macam aku syok kat dia pulak semua benda nak tau"
"Woi, duduk tercegat kat sini dah kenapa?" Sergah Nad yang baru sampai. Terhinjut bahu Afrina akibat terkejut.
"Eish kau ni, bagi salam tak boleh ke?"
"Oh boleh, Assalamualaikum" Kata Nad sambil tersengih. Afrina menjawab salamnya.
"Eh tadi waktu aku sampai, aku macam nampak ternampak kereta anak Puan Hayla. Dia datang sini ke tadi?" Soal Nad.
"Irfan? Aah dia datang sini tadi, phone Puan Hayla tertinggal"
"Eh macam mana kau tau nama dia?" Soal Nad pelik.
"Boyfriend kau ke!" Tidak sempat Afrina menjawab soalan Nad, dia terlebih dahulu meneka.
Afrina yang terkejut dengan perbuatan Nad terus menekup mulut Nad dengan telapak tangannya.
"Kau ni kecoh la!" Rungut Afrina sambil menepuk lengan Nad.
"So betul lah?" Soal Nad.
"Gila la kau ni, dia kawan aku je" Jawab Afrina lalu dia bangun dari duduk untuk beredar dari situ.
"Eh eh kau nak pergi mana?" Soal Nad kepada Afrina yang baru bangun dari duduknya.
"Cari duda" Jawab Afrina selamba.
Mata Nad terus terkebil kebil mendengar jawapan dari Afrina. Biar betul mat?
"Eh tapi kau tak cerita lagi macam mana kau dengan anak Puan Hayla kenal" Kata Nad lalu dia menarik lengan Afrina untuk ajak berborak semula.
"Ish kau ni, apa yang nak ceritanya? dia bukannya bekas suami sampai kau nak ajak mengumpat!" Jawab Afrina sambil menjeling tajam. Haih geram betul dengan Nad ni lah.
"Cakap pasal bekas suami, apa kata kau try anak Puan Hayla tu. Umur umur macam kau ni dah boleh kahwin tau" Tiba tiba sahaja Nad menukar topik tentang kahwin.
Afrina terus termenung memikirkan bekas suaminya Rayfal. Nad masih tidak tahu yang dia pernah berkahwin, kalau dia bagitahu mungkin perempuan itu akan terkejut dan tidak percaya.
"Weh aku tengah cakap dengan kau la!" Tengur Nad sambil menepuk nepuk lengan Afrina.
"Ha? apa tadi?"
"Eh dah la, kau pergi buat kerja jela!" Rungut Nad, punya lah heboh dia bercerita tadi rupanya Afrina tidak dengar pun.
Bye Nad nak merajuk!
"Lah minah ni" Kata Afrina sendirian lalu dia sambung membuat kerjanya.
-
Koranggg!! sorry lama gila tak updated, harap korang masih support la yer.
Sila vote and comment. Masehh
YOU ARE READING
Takdir Buatku
RomanceKarya Kedua Afrina Natasya dan Rayfal Adrian pada awalnya adalah pasangan kekasih dan bertukar menjadi tunang. Hubungan mereka mula retak apabila munculnya orang ketiga. Sejak kemunculan orang ketiga itu, perangai Rayfal sudah tidak sama dengan sebe...