Chapter 9

25 4 0
                                    

SETAHUN sudah berlalu dan Deqna pun sudah sekelas dengan Pa'eh. Hasil keputusan akhir tahunnya berjaya menempatkan dirinya di kelas 6A, sekelas dengan Pa'eh. Dan, dalam sedar tak sedar, mereka berdua sudah tidak bergaduh sekerap dulu. Mungkin kerana kebanyakan masa lebih kepada ulangkaji pelajaran. Dan Pa'eh tidak lagi aktif dengan bola sepak kerana Mummy meminta dia fokus kepada pelajarannya.

PAGI sewaktu keputusan UPSR diumumkan, masing-masing berada di dewan dan masing-masing sedang menunggu giliran untuk mengambil slip peperiksaan daripada guru kelas masing-masing. Untuk konsep sekolah mereka kali ini, nama 14 orang yang mendapat 6A dalam keputusan UPSR dirahsiakan untuk memberi elemen 'surprise' ketika mengambil slip.

Deqna pandang Pa'eh, Pa'eh pandang Deqna.

"Tunjuk dulu!" Pa'eh buat muka garang.

"Pa'eh la tunjuk dulu – " Deqna malas nak mengalah.

Paeh malas nak panjang-panjangkan lagi isu ini. Dia tunjuk kepada Deqna kertas yang mudah terkoyak tu.

"Wahh! Tahniah! Straight As! Wah! Alaa, Deqna tak adalah pandai macam Pa'eh!" Deqna buat muka mencebik.

"Ish! Aku luku karang! Tadi kata nak tunjuk lepas aku tunjuk. Cepat lah, Bambam!" Deqna buat muka kecewa dengan result UPSRnya.

"Tapi janji jangan ketawakan result Deqna."

"Taklah!"

Deqna tunjuk kepada Pa'eh sambil melarikan wajahnya dari pandangan Pa'eh yang bakal mencacinya.

3! 2! 1!

"Kau ni memang kan!" Deqna tersengih. Berjaya buatkan Pa'eh risau dengan result dia. Sama je dia straight As macam Pa'eh.

"Dah kata dah tadi. Jangan ketawakan – " Deqna senyum lebar.

Pa'eh buat muka geram, sebab terkena dengan prank Deqna sebentar tadi.

"Pastu, kau nak apply sekolah mana ni?"

"Deqna ingat nak tanya Mama dulu. Deqna dah ada sekolah yang Deqna fikir, cuma Mama kan tak tahu lagi. Jadi, nanti bila Mama dah bagi green light, Deqna bagitahu Pa'eh. Pa'eh nak gi sekolah mana?"

"Mana boleh bagitahu kau – "

"All boys school yang itu kan? Deqna tahu lah!" Deqna buat muka nakal.

"Mana kau tahu?"

"Mummy."

"Asal lak Mummy bagitahu kau?"

"Mummy dengan Deqna kan geng. So, apa-apa rahsia Pa'eh, Deqna mestilah tahu."

"Tak aci siot... "

"Ha, Mummy! Tengok ni! Pa'eh kan...dia kan...mencaruttt."

"Diam-la!"

"Tak baik lah mencarut. Amad la yang ajar tu kan? Nanti Mummy tak bagi Pa'eh kawan dengan dia lagi." Deqna bercakap dengan nada mengugut.

"Ish!" Pa'eh tahu dia salah. Dia dengan Amad boleh mencarut begitu, tapi kenapa entah dengan Deqna ni, dia 'filter' kebanyakan perkataan untuk menjaga hati si Bambam tu. 

Sempat sepi mengisi masa beberapa saat sebelum Pa'eh mula bersuara semula.

"Nanti kau bagitahu aku kau pergi sekolah mana lepas ni." Berbaur arahan. Deqna menjengil.

"Tanak – " Deqna buat muka mengejek. 

My Bambam ✅Where stories live. Discover now