Chapter 28

11 1 0
                                    

PA'EH gelak tak sudah. Deqna duduk di seat pemandu sebelah rasa nak tumbuk-tumbuk je bahu Pa'eh tapi dia tahu limit dia. Walaupun dia rapat macam mana pun dengan Pa'eh, dia tahu boundaries.

"Padan muka! Siapa suruh pandai-pandai assume dia kawan Pa'eh. Pa'eh bertegur dengan dia pun sebab dia macam tengok semacam je dengan Bambam. Nak soal selidik. Tapi Pa'eh tanya haritu dia tak tunjuk minat mana dekat Bambam pun. Dia just curious je katanya. Sekarang dia nak try pulak?!" Pa'eh gelak lagi sekali. Luaran sahaja! Dalaman dia, hati dah mmberontak rasa nak belasah je budak tak faham bahasa tu. Aku dah cakap jangan kacau Bambam yang dia nak try jugak tu kenapa? Macam tak ada orang lain je dia nak try. Deqna ni out of his league.

"Tu la. Punya baik dia bersembang dengan Pa'eh haritu. Lepas tu dia tegur Deqna pun baik macam kawan-kawan. Deqna anggap macam biasa je la. Sekali macam ni rupanya. Adui!" Deqna mengeluh. Bertambah lagi masalah dalam hidup dia. Sebenarnya banyak juga dia menghadapi masalah lelaki sepanjang berada di 'uni' ni. Ada sahaja nombor tak kenal masuk bertanya itu ini, nak ber'taaruf' dan sebagainya. Bayangkanlah kalau Deqna terpaksa tukar nombor baru hampir setiap masa. Ini menyusahkan dia dan kawan-kawan terdekat. Yang jumpa dia terang-terangan pun ada. Out of nowhere! Yang jenis terus merisik orang sendiri tak ambil peduli mak ayah.

Kisah-kisah ni pun ada yang Pa'eh tahu dan ada yang tidak. Tapi lama-lama Deqna jadi malas nak bercerita dan beritahu sebab nanti Pa'eh kata syok sendiri. Perasan! Entah-entah orang saja nak main-main. Lama-lama benda tu jadi biasa sendiri. Deqna pun buat malas nak melayan.

"Ni je la yang Deqna tak tahu nk buat apa, yg lain okay boleh kawal lagi." Tak sengaja sebenarnya ayat tu terkeluar daripada mulut Deqna.

"Yang lain? Oh ya, berapa orang cuba masuk line?" Pa'eh bertanya dalam serius atau tak. Deqna pun buat selamba 'derk' je la.

"Hmm...adalah lagi dalam 100 orang macam tu. Jenis yang tak faham bahasa." Deqna sengih menang. Pa'eh pandang serius. Terus Deqna terdiam.

"Ada lah. Tak ramai pun. Ni ha! Kalau nak bertanya dah berpunya ke apa, terus la tanya parents. Ni nak tanya Deqna buat apa?" Deqna mengomel sendiri.

"Alah, main-main ler tu. Dorang nak try budak tudung labuh lah agaknya tu," Deqna buat muka. See? Dah kata dah.

Pa'eh senyum lebar. Padahal dalam hati dok menyumpah mamat-mamat yang cuba dok ganggu 'Deqna dia'. Dia tahu Deqna boleh kawal diri apa semua tapi dia takut juga andai ada yang tersangkut satu dua macam mana? Eh, Deqna dia? Sejak bila, Faiz? Pa'eh tersengih lagi. Tak percaya betul!

"Pa'eh, tak nak ke tengok Deqna bahagia? Mana lah tahu kan satu hari nanti ada dalam kalangan budak-budak UIA ni jugak yang jadi husband Deqna macam mana? Not necessarily budak-budak yang kacau nombor Deqna ke apa, tapi maksud Deqna budak-budak usrah ke, kelas ke? Ramai jugak yang bagus-bagus tu, jenis yang tak pandang perempuan sangat." Pa'eh gelak. Tak realistic betul budak bertuah ni!

"Maksud Bambam sekarang ni budak Ilmu Wahyu a.k.a IRK je lah yang boleh buat jadi laki and kawen dengan dorang tu confirm bahagia rumahtangga? Tak jugak lah. Tu semua false perception." Wah! Macam lawyer dekat court dah Pa'eh nak menang point dia.

"Habis tu, kenapa lelaki ramai yang cari perempuan Ilmu Wahyu kalau nak buat bini?" Senafas je Deqna bertanya. Dia pandang ke Pa'eh macam confirm menang la.

"Okay. Point taken. Pa'eh faham maksud Bambam tapi tak perlulah kahwin sekarang. At least kita kahwin sesama lepas belajar nanti, eh. Time kerja setahun dua ke?" Ceit! Ayat Pa'eh ni buat bagi gambaran bukan-bukan je lah.

"Kahwin sesama? Ingat macam open sesame ke? Pa'eh...Pa'eh. Kalau nak kahwin dulu, kahwin je lah. Tak yah tunggu Deqna." Sengaja! Nak cover balik supaya Pa'eh tak cakap dia perasan lagi. Pa'eh buat mata ke atas. Alamak ai! Await lampi sangat Bambam oi?

"Hmm...tengoklah macam mana. By the way, Bambam ada minat orang tak? Budak kelas? Budak usrah? Budak kelab? Budak Engineering?"

"Tarak! Yillex! Hati kosong sekarang ni. Kering. Dry! Aaa..." Deqna nak mencari perkataan yang sama makna dengan 'tiada' dalam bahasa lain lagi yang dia ingat.

"Okay! Faham dah! So, apa feeling Bambam kat Pa'eh?" Pa'eh bertanya dengan nada serius.

"Pa'eh ni demam ke?" Deqna pandang sisi muka Pa'eh yang tengah memandu tu.

"Saja tanya. Kalau ada, senang kerja Paeh."

"Isyrah...elaborate." Deqna pandang Pa'eh makin keliru. Mata dia semakin mengecil, cuba mencari makna di muka Pa'eh.

"Takde, kalau Bambam suka Pa'eh, Pa'eh nak masuk meminang. Setakat tunang dulu. Kahwin at least 6 bulan selepas tunang." Deqna mati kutu kat situ juga. Terkejut dia di situ.

"Pa'eh nak buat lawak lagi, Ingat kelakar ke? Deqna takkan tertipu la," Dia malas nak ambil bulat-bulat apa yang Pa'eh cakap tadi. Pa'eh bukan boleh percaya sangat pun. Dia tu suka sangat kelentong Deqna. Kelat!

"Pa'eh serius. P'eh nak ikat Bambam," Senada kata-kata itu berjalan keluar daripada mulut Pa'eh. Ada getar juga di suara itu.

Deqna terkedu. Tak tahu nak kata apa.

This is big and, and, nerve-wrecking.

"Pa'eh ni biaq betui," Pa'eh suka Deqna ke selama ni? Ingatkan Pa'eh buat macam kawan-kawan je. Kawan yang jiran dan macam adik-beradik juga. Tapi most of the time, macam musuh juga. Deqna pandang muka Pa'eh tak berkelip. Pa'eh pun agak tak sangka dia akan luahkan hati dia seawal ini. Dia pun belum pasti apa yang Deqna rasakan terhadap dia. Tapi dia berharap yang Deqna akan menerima dia.

"Pa'eh serius nak jadikan Deqna wife Pa'eh. Dari dulu lagi. Tapi sekarang Pa'eh nak Deqna tahu, dan reject semua orang yang nak dekat Deqna," Pa'eh guna 'Deqna'?

Deqna pandang ke Pa'eh tak percaya. Dan bila Pa'eh nampak sangat serius, Deqna tahu itu bukan main-main. Jadi, selama ini, dia tak bertepuk sebelah tangan? Pa'eh juga rasa apa yang dia rasa?

Deqna dah faham. Orang yang Deqna suka, suka dekat Deqna juga. Who would've thought? Saat itu juga Deqna mengalir airmata. Bukan sedih ke apa tapi sebab terlalu terharu. Sebab perasaan yang dia simpan sorang selama ni, dan Allah balas in a very sweet way. Sebab dia betul-betul simpan perasaan dia seorang diri selama ni. Siapa yang nak dengar cerita dia. Budak-budak IRK? Along Faizal abang Pa'eh? Mama dan Papa?

Semua tu tak akan faham. Dan keluarga dan orang terdekat adalah orang yang paling dia tak nak rahsia tu diketahui. Malu! Macam mana dengan perhubungan antara dua keluarga tu kalau apa-apa terjadi?

Dia pun tak mahu persahabatan dia dengan Pa'eh terkubur macam itu sahaja. Dia

anggap Pa'eh dah macam keluarga dia sendiri juga. Mummy dan Daddy Pa'eh pun macam mak ayah dia juga. Mama dengan Papa pun dah macam mak ayah Pa'eh juga. Macam-macam perasaan selama ini yang dia terpaksa simpan sendiri selama ini kerana dia takut. Dan tadi, Pa'eh yang hilangkan semua ketakutan yang dia simpan selama ni?

Penat Pa'eh nak memujuk budak gembeng yang seorang tu. Ye lah! Tak sangka dengan dia confess macam tu, Deqna dah menangis? Sebab Deqna bagi dia hati kental tak mudah menangis. Last time dia nampak Deqna menangis macam tu masa lepas dia kena buli sekolah rendah dulu. Pa'eh bagi tisu dan dia cuba pujuk Deqna dalam masa dia tengah memandu tu.

Lepas tu dia berhenti kat tepi jalan sebab emosi dia pun terganggu tengok Deqna menangis macam tu. Bila ditanya, Deqna tak jawab apa-apa. Deqna terus-terusan menangis sampai airmata dia agak reda sikit, baru Pa'eh sambung memandu. Dia bagi biskut yang dia biasa simpan untuk makan dalam kereta pada Deqna. Biskut itu berguna, terutama saat-saat jammed teruk. Deqna makan biskut tu sebab tak nak beremosi lagi. Teruk sangat keadaan dia menangis depan Pa'eh tadi.

Masing-masing diam lepas tu, tak terkata apa-apa. Pa'eh curi-curi pandang Deqna daripada tepi. Tapi, dia dah tak berani bertanya. Dia bukan berniat nak confess masa itu tapi mulut Pa'eh tiba-tiba terasa ringan. Padahal dia yang beriya-iya suruh Mummy dan Mama Deqna senyap je. Sebab dia dah ada plan.

"Nanti bagi jawapan Deqna tau. Pa'eh tunggu," Deqna tak pandang Paeh langsung. Dia malu sebab dia dah menangis tadi. Dia pun tak tersangka dia nak menangis. Ye lah! Menangis mana boleh ditahan. Dah lama dah dia tak menangis. Dulu dia berhenti menangis sebab Pa'eh. Sekarang dia menangis sebab Pa'eh balik.

My Bambam ✅Where stories live. Discover now