Chapter 13

39 3 3
                                    

Dah agak berbulan Pa'eh dah tak balik rumah. Hampir pertengahan tahun dah dan dia memang busy training untuk badminton. Yes, he made it into the team, bukan sebagai pemain ganti lagi dah. Dia adalah wakil Single bersama-sama dengan Hakim, ex-coach Deqna yang itu.

Susah sebenarnya bekas pemain bola sepak ingin menempatkan diri dalam bidang badminton, ibarat bayi yang baru mula merangkak dan kemudian berdiri dan berjalan. Semua itu dilakukan Pa'eh dalam tempoh dua tahun, kerana dia ingin berada dalam bidang yang sama dengan Bambam. Entah! Mungkin dia nak merasa seperti apa bidang badminton yang Deqna suka sangat tu.

"...smash ko power, bro...cuma kalau aku, aku bagi smash plus trick sikit. Lagi satu, kau kena improve sikit kau punya budget bola kau. Mungkin banyak kali kau lucky je sebab atas line, tapi kalau kau overdo sikit je, memang out, bro..." Tak dinafikan Hakim memang bagus dalam memberi nasihat. Dia bertujuan baik untuk meningkatkan kemahiran badminton Pa'eh. Pa'eh mengakui semua itu.

"Thanks, Kim –" Senada je ayat Pa'eh.

"Whatever it is, aku nak either one of us atau both of us boleh dapat pingat untuk sekolah kita. Satu pun jadi lah..." Pa'eh sengih. Betul! Hakim memang sangat merendah diri. Patutlah Bambam pernah suka. Entah! Itu apa yang Pa'eh rasa dulu. Pernah dia rasa jealous sekejap dengan cara Bambam sebut 'uncertified coach' tu. Tapi melihatkan cara Hakim sekarang ni, dia rasa mungkin ada sebabnya si Hakim ni menjadi pujaan.

"By the way, bro. Diana apa khabar sekarang? Sihat ke dia?" Pa'eh ada bau-bau seperti 'panas'.

"Entah. Lama dah kan aku tak balik sebab training ni semua. Aku tak jumpa dia lama dah. Aku rasa dia pun busy training badminton kot."

Pa'eh dapat dengar chuckles dari Hakim.

"Anything wrong, bro?"

"Tak ada. Aku teringat benda lama je..."

"Benda lama apa?"

"I mean, yes I know how she is now. Cantik! Kurus! Tapi macam kau tahu kan, dia pernah gemuk kan? Dia kurus tu sebab aku reject dia. Aku rasa lah. But you know, siapa je nak mengaku pasal benda-benda gini. I know she is kind, tapi dia bukan taste aku. Aku ajar dia badminton dulu pun sebab yang lain semua tak nak ajar dia. Aku ajar dia sampai pandai kot. So, maybe dia rasa aku suka dia. Padahal tak pun..." Cara Hakim cakap tu, ibarat humble tak humble juga. If you know, you'd know.

"Maksud kau?"

"Yup. Dia pernah suka aku dulu. Dia confess. Lepas tu aku reject. Then, tup tup dia kurus macam tu kan? Aku rasa dia nak revenge dalam diam."

Pa'eh macam terfikir, lama.

"Kau nak tau satu benda tak, Kim? You better shut up."

Pa'eh bangun daripada rehatnya dan dia mula berlatih semula. Tapi, kali ni smash dia non-stop dan dalam sejarah, dia berjaya kalahkan Hakim tiga set berturut-turut. Tapi, permainan mereka ibarat permainan orang bisu, yang tiada suara langsung. Selesai sahaja game, dia terus berlalu pergi tanpa memandang Hakim walau sekejap.

He's fuming.

***

Deqna tengah baca buku dekat kelas masa rehat kali itu apabila dia perasan ada beberapa budak dari kelas lain yang menjenguk ke dalam kelas memandangnya dan sedikit bising dengan cakap-cakap belakang mereka. Yang Deqna sempat dengar adalah perkataan 'reject', 'Hakim' dan 'balas dendam', yang tak berapa masuk akal di pemikiran Deqna yang terdalam.

Apa kaitan dia reject Hakim dulu yang buat Hakim nak balas dendam? Dan, kes dia reject Hakim tu, waktu tu dia tak beritahu sesiapa pun kecuali bestfriend dia, Yasmin. Tapi Yasmin memang seal habis mulut dia, tak ada nak bercerita dengan orang lain. Yasmin adalah orang yang dia paling percaya, so tak mungkin Yasmin bocorkan rahsia itu.

"Yes, girls? Anything I can help you with?" Deqna tutup buku Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah dan memandang tepat ke wajah pelajar-pelajar tadi.

"Tak ada apa pun..." Salah seorang daripada mereka membalas dan konon-konon ingin berlalu pergi.

"Wait!" Deqna pantas bangun daripada kerusinya dan berjalan laju ke arah mereka. Reaksi mereka berdua agak terkejut dengan tindakan tiba-tiba Deqna. Deqna ajak mereka berdua berborak di luar kelas.

"You girls kelas mana? Kenapa tak pernah nampak sebelum ni?"

"Kitorang kelas 3P1."

"Oh, PMR la kan tahun ni?"

"Ha'ah, Kak Diana."

"Eh, panggil Diana je."

"You girls dah makan ke?"

"Eh, kitorang on diet."

"Lah, ye ke? Saya baru nak ajak korang makan sekali. Nak belanja Nasi Ayam. Jom, nak? Mintak nasi separuh je. Tak pun, suku pun boleh." Mereka berdua sama-sama memandang satu sama lain sebelum kedua-duanya mengangguk perlahan.

"OKAY, boleh Diana tahu, sebenarnya korang cakap pasal apa tadi?" Budak berdua tu tengah habiskan sedutan Jus Kiwi yang terakhir.

"Oh...pasal tadi tu...sebenarnya si Amy ni, dia tengah dating dengan Abang Hakim. Masa diorang date, Abang Hakim cerita pasal Diana pernah confess dekat dia dan dia reject Diana sebab Diana kan....dulu kan...Diana chubby sikit..." Penuh berhati-hati budak Aireen tu berkata-kata, takut menyinggung perasaan Deqna.

"Eh, no worries la. Cakap je lah, sebab benda dah lepas kan. Tapi serious la Hakim cakap macam tu?" Deqna pandang ke muka Amy secara terus.

Amy mengangguk laju.

"And dia cakap, benda ni rahsia...tapi sorry Diana, I curious tadi nak tahu Diana siapa. Tak sangka Diana baik je..."

"Eh, dah kenapa Diana nak buat jahat pulak? You girls pun bukan buat apa-apa dekat Diana pun. Diana cuma nak tahu je...betul ke Hakim cakap macam tu?"

Amy mengangguk lagi.

"Dia cakap masa tu, Diana baru mula main badminton, so Diana minta tolong dia jadi trainer Diana. Pastu Diana suka dekat dia, Diana confess, dia reject. Macam tu lah...Pastu dia kata Diana sekarang makin cantik sebab Diana nak revenge dekat dia, nak dia suka dekat Diana balik..."

"Lah..." Dalam hati Deqna, hanya Allah yang tahu betapa rasa sakit hatinya dia dengan cerita putar belit Hakim. Dah pindah sekolah pun masih nak buat cerita pasal Deqna.

"Okay, thanks Amy. Nanti sampaikan salam Diana dekat dia..."

"Eh, tak nak lah. Nanti Hakim tahu Amy bagitahu Diana..."

"Eh, ha'ah lah. This should be a secret. Takpe, you don't have to. Tapi, Diana nak bagitahu juga. Diana sekarang dah tak suka dengan dia..." Tak pernah suka pun! Dalam hati Deqna membentak.

"...Lagipun, Diana sekarang memang nak focus ke SPM tahun depan dan Diana nak masuk university...Don't worry about me. Diana memang nak lupakan Hakim dan Diana nak struggle dapatkan straight A's SPM. Amy dengan Aireen doakan Diana tau!" Deqna senyum paling manis kepada budak berdua tu. Sungguh! Biarlah Hakim nak cakap apa pasal dia, yang penting dia tahu kebenarannya. Dia, Hakim dan Yasmin. Orang lain tak perlu tahu. 

My Bambam ✅Where stories live. Discover now