"GEMUK nak lalu..." Deqna baru je masuk pintu pagar sekolah bila suara-suara itu berbunyi di sebelah tempat duduk menunggu dalam sekolah.
"Oh, inilah budak gemuk yang dorang cakap tu eh..."
"Gemuk, berat kau 100 kilo eh?"
Deqna berhenti! Dia pandang ke budak nakal bertiga tu. Ada sepasang mata memerhati dari belakang Deqna. Dia perhati sahaja kejadian itu.
"Ha'ah! Macam mana awak tahu? Awak minat saya eh? Sebab tu lah awak tahu berat saya berapa." Deqna buat-buat muka senyum, seolah-olah gembira dengan ejekan tadi.
"Siapa cakap? Dengan gemuk kau macam ni, siapa nak minat? Orang gila je minat kot." Mereka bertiga mula gelak besar, seolah-olah mereka sudah mematahkan semangat Deqna.
Namun Deqna gelak lebih besar dari mereka.
"Ye lah. Kiranya, awak ni gila la sebab awak minat saya kan? Sebab tu awak kacau saya." Deqna buat-buat terpesona dengan 'pengakuan berani mati' budak lelaki itu.
"Eh, kau ni karang! Aku tak gila lagi lah nak suka gemuk gedempol macam kau ni! Mulut kau ni kan..." Budak lelaki itu baru sahaja nak melangkah ke Deqna siap dengan genggaman tangannya apabila dia tiba-tiba dihentikan dengan pandangan tajam yang seolah-olah bakal membunuh daripada belakang Deqna.
"Kenapa? Mulut saya comel kan? Awak tak cakap pun, saya dah tahu dah." Deqna belum sedar lagi kehadiran Pa'eh betul-betul di belakangnya.
"Ish, kau ni... Dah lah! Daripada layan perangai kau ni, baik aku pergi layan gajah dekat zoo sana." Budak-budak itu beransur pergi. Mode ingin membuli bertukar menjadi mode 'buat malu kaum sahaja'.
"Eh, awak semua nak ke mana tu? Saya kan belum jawab lagi luahan cinta awak tadi. Esok tanya saya lagi tau! Dekat tempat ni jugak tau!" Ternyata yang Namanya Nur Diana memang susah betul nak dipatahkan semangatnya. Pa'eh geleng kepala sambil sengih segaris.
"Lepas tu, kau dah famous la ni? Ramai orang minat kau dah lah, eh?" Terkejut Deqna ditegur secara mendadak sebentar tadi. Memang dia tak perasan langsung Pa'eh ada di belakang dia.
Deqna pandang Pa'eh dengan pandangan menjengkelkan.
"Sibuk je..." Deqna pun terus berjalan laju ke kelasnya.
"Pastu, esok nak jawab Bambam suka dia balik ke?"
"Ish, annoying la Pa'eh ni! Sekadar budak yang nak membuli macam tu, pandai lah Deqna settle sendiri." Ada ke patut nak berbalas cinta? Deqna merengus dalam hati. Pembuli macam tu patut dilawan, bukan diterima je.
Pa'eh sengih. Ingat nak berbalas cinta dah tadi. Ye lah! Dah ramai orang mula suka la kan.
"Kekwat la kau ni, Bambam!"
"Bu-werk!" Deqna tunjuk muka mengejek dia ke Pa'eh. Muka dia yang berpipi gebu nampak lebih comel apabila dibuat begitu.
SEMUA murid sedang menunggu guru besar untuk menghabiskan ucapan beliau dengan pelbagai ragamnya. Ada yang terlentok-lentok ke kanan dan ke kiri kerana segala isi kandungan guru besar masuk dari telinga kiri dan keluar ke telinga kanan.
Yang lain pun juga begitu. Ada yang mencucuk-cucuk bahu rakan di kanan dan kiri untuk mengganggu mereka. Ada yang berbalas-balas tulis kertas, bergosip tentang apa sahaja yang punya. Dan tak kurang, ada yang menggunakan apa sahaja cara agar dapat berinteraksi dengan rakan-rakan yang lain sewaktu perhimpunan itu.
Tapi, mungkin juga makhluk yang bernama Diana ni jauh sikit daripada sepsis mamalia kebanyakan di situ. Dia antara mereka yang khusyuk mendengar ucapan guru besar dan mencatat isi penting ucapan itu.
Dan spesis Pa'eh pula adalah yang diganggu rakan baik dia, Amad yang sekejap tadi cuba menjatuhkan songkok yang dipakai Pa'eh. Namun, mata Pa'eh kadang-kadang mencari tempat duduknya Deqna dan memerhatikan apa sahaja yang si Bambam tu buat.
Memang betullah Deqna ni jatuh dalam kumpulan budak-budak 'nerd'. Tak pernah lagi dia nampak budak-budak sekelasnya yang rajin mencatat ucapan guru besar semasa perhimpunan begini.
Saat Pa'eh leka dalam menungannya tentang Bambam sebentar tadi, dia dikejutkan dengan senggolan Amad.
"Cepatlah naik! Nama kita dah kena panggil ni."
"Eh."
Samar-samar bunyi background suara di seluruh dewan.
"....tahniah kepada pasukan bola sepak kita kerana telah berjaya menerpa nama ke negeri..."
The rest is history.
YOU ARE READING
My Bambam ✅
SpiritualDeqna adalah budak paling tembam yang baru sahaja berpindah ke sekolah Pa'eh, tetapi apa yang menyebabkan Pa'eh bengang adalah budak gemuk itu juga adalah jiran barunya. Membesar tu adalah proses. Tapi bila badan budak Bambam tu semakin mengecil, h...