Niyas pandang ke Faizal. Faizal pandang ke Niyas. Sama-sama buat muka terkejut. Mak aih! Tok Imam Abahnya Niyas nak bulan depan, Mummy Faizal nak tahun depan. Yang mana satu ni? Bulan depan awal sangat, dan tahun depan tu terlalu lambat.
"Tahun depan? Agak saya dah boleh dapat cucu agaknya," Tok Imam serius sebenarnya dalam berjenaka.
"Bukan tak mahu bulan depan. Tapi kalau boleh nak buat yang paling bagus untuk Niyas dengan Faizal ni. Sekadar nak merisik dan bagi tanda boleh lah bulan depan. Tapi baju kahwin, pelamin apa semua, kad jemputan. Sebenarnya boleh je nak buat sekali dengan Pa'eh, tapi sebab kad semua dah edar dan pelamin pun dah buat untuk Pa'eh sahaja, jadi tak dapat nak buat dalam masa terdekat," panjang lebar Mummy terangkan.
"Oh, kalau saya ni pulak nak yang simple je kalau boleh. Yang penting nikah dulu. Karang jadi apa-apa susah pulak nak kata. Perkara yang baik lagipun tak perlu ditangguh-tangguh. Budak berdua ni masing-masing dah sedia nak kahwin dan cukup syarat pula tu,"
"Betul tu, Tok Imam. Setuju. Tapi kalau bulan depan tak sempat nak beli cincin pun," Daddy Faizal pula yang menjawab.
Masing-masing berkeras. Akhirnya Faizal dengan Niyas yang cuba berbincang sendiri bagaimana hendak memikirkan jalan yang terbaik untuk mereka.
"...So, set eh. Kita tunang simple je then next month then nikah sebulan lepas Pa'eh eh? O...kay. So resepsi buat malam lepas nikah tu la eh?" Niyas cuba mengatur acara.
"Petang! Malam nanti penat sangat tu," Faizal memotong. Dia kalau boleh tak nak malam tu ada acara apa-apa sebab dia nak berehat.
"Okay, so malam tu ada event apa je?" Niyas tulus bertanya.
"Rehat je la. Dan tidur," Faizal memang tak ada maksud lain, tapi muka Niyas dah memerah segan. Tapi dia tak cakap apa-apa. Lepas tu Faizal baru perasan yang Niyas senyap. Dan dia pun mula perasan yang dia tersalah memberi makna tadi.
"Ya, malam tu kita tidur. First night," Berbalas dengan bahu dia diluku dengan telefon Niyas perlahan.
"Dah. Topik lain," Faizal sengih. Alahai! Garang-garang comel la Kak Long kita ni!
"So, kita bagitahu family masing-masing apa yang kita bincang tadi la eh. Nanti wasap la kalau apa-apa hal,"
"Baik, ma'am!"
"And jangan nak mengada sangat. Wasap benda penting je,"
Sebab dari minggu lepas lagi, si Faizal tu asyik mengurat dia sahaja di wasap.
Ada tu dia bagi hati yang tengah berdegup tu.
Ada hari yang dia bagi emoticon bride je sepanjang hari. Si Faizal ni memang boleh buat hari-hari Niyas tergelak je, tapi dia kena bertegas juga. Takut lepas nikah boleh jadi semua tu dah tak ada sebab semua dah buat sebelum kahwin. Dia nak bakal suami dia tu kekal sweet dan cute walaupun selepas kahwin. Okay, muka agak jambu tapi siapa kisah, nanti dia bagi la Faizal simpan janggut ke, misai sikit nak bagi nampak macho sikit. Eh, Niyas! Fokus!
"Okay, jumpa nanti. Assalamualaikum,"
"Eh jap! Awak nak balik dengan apa ni? Datang tadi dengan kereta saya,"
"Oh, ya! Lupa! Ingat datang dengan kereta sendiri." Niyas sengih malu. Alamak! Lupa! Tadi datang cafe dengan Faizal. Faizal sengih tak sudah. Alahai! Awak ni memang cute la, Niyas El-Zahraq. Faizal habiskan sedutan straw terakhirnya.
YOU ARE READING
My Bambam ✅
SpiritualDeqna adalah budak paling tembam yang baru sahaja berpindah ke sekolah Pa'eh, tetapi apa yang menyebabkan Pa'eh bengang adalah budak gemuk itu juga adalah jiran barunya. Membesar tu adalah proses. Tapi bila badan budak Bambam tu semakin mengecil, h...