Chapter 26

11 2 0
                                    

Program Kelab Penyayang atau Caring Club kali ini Pa'eh tak dapat nak join sebab dia ada program Mahallah a.k.a tempat kediaman a.k.a hostel dia di UIA sana tu. Jadi, program petang itu Deqna join tangkap muat je sebab tak cukup komiti. Bukan tak cukup mana. Nak cari facilitator je tapi ramai yang tak dapat nak bagi komitmen saat-saat akhir. Jadi, Deqna join je sebab nak bantu kelab sendiri lah katakan.

Ked pandang sekali dua kali. Deqna lah! Such a coincidence! Hati Ked sedikit sebanyak berbunga-bunga. Dia mencari peluang juga untuk boleh bercakap dengan budak itu sebab dia tak pernah jumpa dah Deqna sejak program kali lepas tu.

"You group ni ke?" Tanya Ked, dah sound natural sangat dah rasanya tu.

"Haah. Awak pun ke?" You? Awak? Masing-masing tak kena. Deqna tak biasa ber'I' 'you' dengan orang ni, terutamanya orang lelaki. Not judging, tak biasa je.

"Tak. Saya group sebelah ni tapi nak tanya awak je. Module dia macam mana eh? Saya tak sempat datang meeting pun. Ni pun last minute komiti recruit," Memang plan nak cakap macam tu pun sebenarnya, bisik hati Ked. Dia pun dah tukar dari I you kepada saya awak sebab nak adapt katanya.

"Oh, samalah. Saya pun," Deqna senyum. Dia budak celup-celup je.

"Biasalah. Jenis yang orang nampak tak busy sangat kan, boleh datang bila–bila masa bila dipanggil, macam superhero," Deqna sambung sambil tayang segaris gigi dia. Ked tergelak. Deqna pun. Ada sense of humour jugak budak tudung labuh ni rupanya!

"Takpe lah. Nanti kan dia explain balik kan? Kot-kot saya tak faham saya tanya awak balik." Ked cuba mencari solusi bersama. Nak menampakkan yang dia tu boleh buat keputusan sendiri.

"Kot-kot saya tak faham jugak kita sama-sama garu kepala eh," Deqna bergurau biasa je. Tapi budak Ked tu nampak terlebih gelak pun ada. Deqna rasa pernah je join program sekali dengan budak ni. Cuma tak tahu nama. Rasa kawan Pa'eh jugak ni. Hari tu dia duduk berbual dengan Pa'eh jugak. Ye lah tu kot!

"Saya Khaled, budak mecha. Second year. Awak Deqna eh? Ke Bam?" Ked macam pernah dengar Pa'eh panggil Bam. Hopefully not 'Bump', that would mean something else.

Deqna senyum segaris. Oh, budak mechanical engineering dia ni.

"Deqna or Bambam tu nick sebenarnya. Nama betul Diana. Frenemy Pa'eh. Panggil Diana should be okay," Saja nak taaruf diri lebih. Diana kan! Ked senyum kelat. Frenemy?

Dan program itu pun bermula bila PIC program take control over the program. Deqna pun macam biasa, melayan budak sepertimana dia melayan anak sepupu dia, sedara-mara yang kecil-kecil sebab dia pun memang suka kanak-kanak. Sebabnya dia pun memang keanak-anakan. Keluarga dia dan keluarga Pa'eh lah yang paling tahu Deqna macam mana.

Sampai ke akhir program, Khaled tak membazir masa untuk bercakap dengan Deqna, cuba mencari peluang untuk rapat dengan Deqna dan akhirnya dia boleh masuk je dengan Deqna tu. Tak dapat disangkal lagi. Deqna memang budak baik, jenis yang tak cepat jugdmental dan pandai melawak pula tu. Cantik tu pun Khaled tak pernah pandang tapi Deqna ni memang cantik la. Dan jenis orang macam Deqna ni takkan pernah perasan yang dia tu cantik sebab dia lebih value orang sekeliling dia dan dia sendiri pun macam keep a low profile gitu.

Tapi semua ni sangkaan Khaled sahaja. Dia bukan mendalami betul-betul fikiran Deqna tapi dia boleh tahu perangai seseorang macam mana melalui gerak-geri dan bahasa seseorang tu.

"Diana, should I get your number or anything?" Ked tanya Deqna macam diorang tu dah kenal rapat sangat je. Deqna berborak baik dengan dia tadi sebab ingatkan dia kawan Pa'eh. Yelah! Kawan-kawan! Tapi kalau nak minta nombor tu, nampak sedikit pelik lah. Deqna berkerut dahi.

"Kot-kot la next time kita boleh makan sekali ke apa ke..." Ked dah nampak kerutan di muka budak tudung labuh tu tapi dia kena mula langkah. It's now or never, Ked!

"Erm, awak kawan dengan Pa'eh kan? Ha, kalau dia makan sekali dengan saya, awak join lah dia sekali." Gulp! Dengan Pa'eh? Bilakah Diana, kau makan berdua dengan Pa'eh, kalau tak ada kawan-kawan yang lain sekali?

"Jap, awak dengan Pa'eh ni couple ke?" Ked sengaja bertanya. Dia dah tahu dah jawapan tu.

"Huh? Kitorang bukan couple la. Kitorang from childhood lagi frenemy." Jawapan Deqna! Again, frenemy? Ked dah mengetap bibir.

"Then awak suka dia?" Deqna pandang tepat ke muka Ked. Semacam Ked ni!

My Bambam ✅Where stories live. Discover now