PA'EH dengan Deqna balik ke rumah minggu tu. Jadi Deqna yang duduk di sisi, tolong jaga fokus Paeh pada jalanraya, tak nak jadi macam kali lepas, bila fokus Pa'eh pada Deqna dan masalah Deqna.
"Sayang, bukakan Tamtam yang sayang beli tadi tu," Pa'eh dengan suara manja dia!
Deqna ambik Tamtam dalam plastik yang dia beli di Petronas tadi dan dibuka plastiknya secara berhati-hati. Pa'eh yang nak Tamtam tu sebenarnya. Dia yang baik hati tolong belikan sahaja. Dihulurkan pada Pa'eh plastik Tamtam yang dibuka besar-besar tu.
"Aaa..tangan Abang dekat stereng ni. Sayang tolonglah suapkan," Mata Deqna mengecil. Ni agenda terkutuk ni!
"Mengada! Manja!" Deqna ambik Tamtam tu segenggam dan disuap ke mulut Paeh semuanya sampai jatuh-jatuh Tamtam atas riba Pa'eh.
"Serves you right," Pa'eh gelak dalam sambil mulut dia penuh tu. Rebel betul budak ni. Nanti nak kena tame ni! Eh, amboi, Faiz. Kau ingat ni macam play 'The Taming of The Shrew' ke?
YOU ARE READING
My Bambam ✅
SpiritualDeqna adalah budak paling tembam yang baru sahaja berpindah ke sekolah Pa'eh, tetapi apa yang menyebabkan Pa'eh bengang adalah budak gemuk itu juga adalah jiran barunya. Membesar tu adalah proses. Tapi bila badan budak Bambam tu semakin mengecil, h...