Chapter 15

42 4 0
                                    

Lama Deqna menjadi introvert tahap tak dapat bendung. Even bila dia ada di rumah pun, dia tak keluar langsung dari bilik atau rumah.

Alasan dia, dia nak study. SPM dah dekat. Sampai Mama dan Papa pun dah tak tahu nak buat macam mana lagi agar anak mereka satu-satunya tu ceria sikit. Mama Papa tahu ada masalah yang melanda Deqna, tapi tak mahu dikongsi dengan orang lain.

"Akak rasa memang ada masalah ni mereka berdua ni. Biasa mana macam ni kan? Mana pernah balik tak bertegur langsung kan?" Mummy Pa'eh bersuara semalam di kawasan garden rumahnya. Mama Deqna tengah sibuk tolong siram pokok bunga di taman rumah jirannya. Rapat mereka berdua tu memang dah lain macam. Rumah aku, rumah kamu juga. Pokok bunga kamu, pokok bunga aku juga. Lebih kurang lah!

"Semalam kan kak, saya tanya Diana. Pa'eh tak balik ke minggu ni? Tak ada plan nak gi mana-mana ke minggu ni? Biasa ada juga planning mereka berdua ni ke mana-mana sekali-sekala. Dia boleh jeling ke saya, lepas tu dia tanya kenapa tanya dia? Nama dia Pa'eh ke? Terkejut saya bila dia cakap macam tu. Tak pernah-pernah lagi marah macam tu."

Mummy Pa'eh berfikir sejenak.

"I think I have a plan." Mummy Pa'eh senyum. Mama Diana agak risau dengan senyuman yang lain macam tu.


PA'EH baru sahaja turun ke dining area apabila Mummy baru sahaja masuk ke rumah. Baru sudah shopping groceries lah tu. Kiri kanan tangan penuh dengan beg guna semula.

"Haaa...lucky you're here. By the way, kejap lagi ada delivery mummy sampai. I need to go upstairs and change. You wait here, lagi about 5 to 10 minutes, maybe sampai. You tolong Mummy ambil ye."

"Okay." Senada. Lama dah wajah tu tiada seri seperti biasa. Biasa dia jawab senada dua nada begitu juga, tapi wajahnya agak ceria. Tapi Pa'eh yang ini agak lain betul. Lagi berapa hari nak SPM ni.

"Oh, by the way, treat my guest with due respect. Thank you! Mummy go now!"

Apasal la Mummy ni? Biasa dia layan guest Mummy helok apa. Sambil-sambil dia minum jus oren tu, dia buka saluran Astro. Lama juga dia tak jenguk apa ada di Astro. Sempat la kot sambil-sambil nak tunggu 5-10 minit.

"Assalamualaikum!" Eh! Baru nak layan cerita. Awalnya!

"Waalaikumussalam." Baru sahaja Pa'eh buka pintu, dia tak tahu macam mana nak control riak muka dia. Nak berlagak macam biasa ke macam mana ni?

"Ni brownies Mummy order." Senada. Mata dielakkan dari bertembung dengan mata Pa'eh.

"Buat sendiri ke? Banyak masa." Dia tak tahu nak beriak macam mana tau.

"Hantar je. Tak pandai buat. Mama yang buat." Kotak brownies yang dibungkus rapi dalam plastik tu bertukar tangan.

"I see. Bambam pandai apa? Mengorat lelaki je, eh?"

"Pa'eh ni apasal? Nak cari gaduh lagi? Tak cukup cari gaduh?"

"Pa'eh tak faham kenapa Bambam marah sangat. Patutnya, Pa'eh yang marah tau tak? Dia canang satu sekolah pasal Bambam. Pa'eh nak kena tebalkan muka je dia cerita macam-macam pasal Bambam." Terasa darah serbu ke muka Pa'eh. Nasib dia tak sempat naik suara sangat. Satu oktaf dari biasa je.

"Pa'eh tak tahu pun cerita sebenar. Jangan acah-acah nak peduli sangat lah pasal Deqna. You better worry about yourself."

Deqna berlalu pergi begitu sahaja. Tak sempat Pa'eh nak bertanya lebih lanjut.

Mummy menggeleng-gelengkan kepalanya dari tingkat atas rumahnya.

'Plan B!' Text sent to Mama Diana.

My Bambam ✅Where stories live. Discover now