Chapter 4

50 2 0
                                    

Pa'eh pandang dari atas balkoni depan bilik dia. Dia tengah mengintai Deqna tengah buat apa. Deqna tengah berehat dekat anjung rumah dia tu sambil belai-belai kucing dia. Lepas tu dia buat kapal terbang pakai kertas. Dia baling kapal kertas itu ke kawasan laman, kemudian berlari-lari kucingnya yang segebu dia tu, menggigit bawa kertas itu semula kepada budak bambam tu. Dia kemudian baling kapal terbang tu ke atas laju sampai masuk dalam kawasan rumah Pa'eh.

Pa'eh pun bergegas masuk ke dalam biliknya, cepat-cepat takut Deqna terperasankan dia tengah 'usha' pandang Deqna tadi.

Tapi Deqna tak perasan pun Pa'eh dekat atas. Deqna masuk pintu pagar rumah Pa'eh sendiri tanpa berjemput, tegur-tegur Pak Ismadi yang tengah santai-santai di tepi sebelum dia ambil semula kapal terbang kertas dia. Baik sahaja dia keluar dan masuk dalam kawasan rumah dia sendiri lepas tu.

Pa'eh senyum.

Macam mana lah budak ni boleh gemuk macam ni. Macam tak sangka. Tapi gemuk-gemuk dia ni, boleh dia senyum bahagia macam tak ada masalah pun. Hai-la, Bambam betul!


"PA'EH!" Deqna jerit nama dia dari jauh.

" Apa Bam?" Risau Pa'eh bila Deqna mendekat dengan kucing di pelukannya.

"Pa'eh takut kucing?!" Nada mengejek.

"Manade!" Deqna buat muka nakal dia bila Pa'eh menidakkan. Sara dekat tangan kiri diangkat tinggi dengan bantuan tangan kanannya. Dia sengih nakal lagi. Lepas tu dia kejar Pa'eh dengan kucing dia tu. Pa'eh apa lagi! Dia lari sampai masuk rumah dia. Deqna pun tak sempat nak kejar dia, lebih-lebih bila dia sendiri pun terkedek-terkedek nak kejar Pa'eh tu. Tergelak-gelak Abang Bob dengan Pak Ismadi tengok budak berdua tu. Menjadi jugak budak berdua ni buat main dengan kucing yang seekor tu.

Pa'eh mendengus marah. Ni mesti Along yang kantoikan dekat Bambam yang dia tak suka kucing. 'Tak suka'! Bukan 'takut'! Tapi dalam dengusan itu, ada segaris senyum yang cuba disorokkan, namun terukir dalam dengus. Memang dia tak suka kucing! Habislah lepas ni, nak dijadikan modal oleh Bambam untuk ejek dia. Habislah! 

Namun senyuman masih tersisa di tubir bibir Pae'h. 

Along Pejal yang baru turun bersama gitar kesayangan dia tu pun pelik tengok perangai adik dia yang sorang tu. Sekejap nak marah, sekejap tersengih macam kerang busuk. Nak apa laa budak bertuah sorang ni..

"Along nak gi mana?" Macam ada sedikit nada marah di situ. Dahi Along Pejal berkerut.

"Kelas muzik la. Macam tak tahu pulak rutin Along petang-petang macam ni?"

"-Along bagitahu Bambam yang Pa'eh takut kucing?" Baru je kaki Along nak mendarat ke tangga terakhir di bawah itu, Along membatalkan niatnya semula. Serta-merta segaris senyuman melebar ke pipi. 

"A-A-Along bukan nak - bagitahu rahsia Pa'eh t-tau." Tergagap-gagap Along bila nampak Pa'eh dah nak mendekat ke dia.

"Sorryyyy!!" Along mendesup lari laju ke atas tangga apabila Pa'eh dah mula mengepal-ngepal buku limanya. Terkekek-kekek ketawa Along dengan amukan Pa'eh tu. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------

There you go! Sorry, I'll try to be consistent in posting the chapters. The fact is, I was toooooo occupied with lots of things happening in my life, thus the prolonged updates. Whatever it is, keep updated and I'll try to edit and re-edit until the updates are suitable for reading. And I am really thankful that you are willing to take your sweet little time to read this. 

Lemme tell you a bit about myself. I've been dreaming quite a long time to actually be a writer, not that I have much to write about. Back then, it was fun writing and escaping the world I'm living in. But up till now, I believed that I gave up. 

But, 2023 is gonna be a good year and I planned lots of things to achieve on this very year. So, why not we all pray for this writer to actually achieve her dream, shall we?

Love you readers to the moon and back. XOXO.

My Bambam ✅Where stories live. Discover now