"Diana!" Satu suara menegur saat Deqna sedang mencuci tangan di tandas perempuan tingkat 1. Deqna memandang ke arah suara yang memanggilnya.
"Awak Diana kan?" Tanya budak perempuan itu lagi apabila dilihatnya Deqna seperti terkejut.
"Ha'ah, saya Diana. Awak siapa?" Deqna betul-betul tak dapat 'brain' siapa yang sedang cuba berkomunikasi dengannya. Cantik rias wajahnya. Kurus dan sangat kemas.
"Awak tak kenal saya? Saya Putri. Kelas 5A."
"Ohh...saya tak kenal." Deqna buat-buat sambung basuh tangannya lagi. Sebenarnya, dia tidak tahu niat apa Putri bercakap dengan dia sekarang ini.
"Saya kan satu kelas dengan Faiz. Faiz selalu cerita pasal awak." Putri memandang Deqna sambil tersenyum manis. Dia memang cantik orangnya. Kulit putih kuning langsat, manakala kulit Deqna putih kemerah-merahan.
"Lah, kawan Pa'eh ke?" Deqna secara tak sengaja tersebut nama panggilan Pa'eh di rumah.
"Pa'eh?"
"Family panggil dia Pa'eh."
"Awak family Faiz ke? Kenapa awak panggil dia macam tu?"
"Dia tak cerita dengan awak ke? Kitorang jiran sebelah rumah."
"Oh, jiran."
"Aik, Pa'eh cerita banyak-banyak pasal saya takkan tak sebut langsung saya ni jiran musuh dia?" Deqna buat muka pelik. Putri hanya tersenyum segaris.
"Tak ada pulak. Awak memang selalu balik rumah dengan dia ke? Saya selalu nampak awak balik satu kereta." Putri tanya berbaur cemburu.
"Saya lagi suka kalau naik bas balik rumah. Tapi, Mummy Pa'eh minta saya balik sekali je, alang-alang sebelah rumah kan." Deqna macam dapat baca nada cemburu Putri itu tadi.
"Oh, macam tu..." Melihatkan Putri yang seperti tiada apa-apa yang ingin diperkatakan lagi, Deqna menutup air paip dan mula melangkah untuk keluar daripada tandas.
"Diana, kalau awak tak kisah kan, awak nak tak kawan dengan saya?" Langkah Deqna terhenti dengan pertanyaan Putri yang dirasakan sangat tiba-tiba.
MUMMY habis meeting lambat. Sudah dimaklumkan kepada Pa'eh melalui Cikgu Dini waktu rehat itu. Jadi, tinggal Pa'eh dan Deqna sahaja yang sedang menunggu di kawasan berteduh di dalam sekolah rendah itu. Pakcik jaga pun berkali-kali menjenguk ke arah mereka berdua, takutkan mereka tiba-tiba hilang atau bermain yang bukan-bukan kerana keadaan terlalu senyap.
Deqna di hujung bangku di sana dan Pa'eh pula di hujung bangku di sini. Deqna sedang khusyuk dengan buku ceritanya dan Pa'eh pula, entah apa dibuatnya.
"Bambam!" Deqna yang khusyuk membaca mula menutup bukunya dan memandang Pa'eh yang memanggilnya tadi. Disangkanya Mummy dah sampai, tapi bila melihatkan tiada tanda-tanda kereta Mummy telah tiba, dia memandang Pa'eh dengan kening bernada tanda tanya.
"Apa?"
"Tak ada pape. Saja nak tanya. Budak-budak lelaki tu ada kacau kau lagi ke?"
"Budak lelaki mana?" Sungguh tiada dalam memori Deqna tentang siapa yang dimaksudkan oleh Pa'eh.
"Budak-budak nakal yang suka dekat kau tu..." Pa'eh punya ayat tu memang disusun baik, tapi memang Deqna tahu itu berbaur sindiran. Deqna tersengih. Ya, dia teringat!
"Ohh...budak-budak tu. Entah! Diorang dah tak kacau Deqna lagi dah. Rasanya, diorang tak minat Deqna lagi dah la kot." Mukanya seposen memandang Pa'eh. Kemudian dicebikkan mukanya, seolah-olah sangat bersedih dengan kenyataannya itu.
"Kau tak yah lah sedih, Bambam. Aku faham perasaan kau. Ye lah, nak jadi rebutan satu sekolah ni bukan senang. Kau kena teruskan gemuk lagi. Nanti ada lah tu yang datang minat kau lagi." Pa'eh agak kasar dalam bergurau. Tapi dia berjaya buatkan Deqna pandang dia dengan mata mencerun.
"Pa'eh ni kan! Cuba kalau sehari tu kan, tak de nak cakap-cakap pasal Deqna boleh tak? Dah lah muka poyo, ada hati nak cakap pasal Deqna erk."
"Kau lagi poyo!" Deqna ambil buku yang diletak di tepi tadi dan mulalah adegan kejar-mengejar antara mereka. Deqna nak tibai Pa'eh dengan buku dia, tapi lariannya yang terkedek-kedek sungguh buat Pa'eh geli hati. Ada hati si Bambam tu nak kejar dia yang dah memang sah-sah atlet bola sekolah.
YOU ARE READING
My Bambam ✅
SpiritueelDeqna adalah budak paling tembam yang baru sahaja berpindah ke sekolah Pa'eh, tetapi apa yang menyebabkan Pa'eh bengang adalah budak gemuk itu juga adalah jiran barunya. Membesar tu adalah proses. Tapi bila badan budak Bambam tu semakin mengecil, h...