Chapter 11

28 3 0
                                    

TINGKATAN EMPAT. Biasa orang kata tahun 'honeymoon'. Tapi, setiap kali cikgu masuk kelas, dan semua mula menekankan tekanan yang perlu ditekan dalam jiwa kanak-kanak riang Tingkatan 4 yang sememangnya sudah tertekan itu, semuanya menjadi semakin tertekan.

Pokoknya, semua mula stressed dengan ucapan kebanyakan guru yang masuk dalam kelas Tingkatan 4 kelas pertama Sains Tulen itu.

"Diana –" Rakan baik Deqna di sekolah, Yasmin mula memanggil nama Deqna sewaktu mereka bersama-sama bertungkus-lumus menyiapkan kerja Add Math mereka. Minggu pertama persekolahan yang baru dan mereka sudah dijamu dengan kerja sekolah yang bertimbun-timbun.

"Ye, Mien. Kenapa – " Perkataan 'kenapa' dipanjangkan sama harakat dengan panggilan Yasmin tadinya.

"You sure you wanna go with all of these until SPM? Science Stream?" Tangannya ditujukan kepada semua homework yang sedang dikerjakan oleh mereka. Mukanya kelihatan penat.

"Okay, nak saya jujur ke macam mana?" Deqna meletakkan pen ke bawah. Dia memandang Yasmin, eye-to-eye.

"Jujur."

"Okay, sebenarnya saya nak masuk dalam kelas Sastera."

Muka Yasmin agak terkulat-kulat.

"Kenapa sastera though? Kenapa tak accounting? Market tu."

"I don't know. Yang saya pasti, saya tak mahu ambil anything related to Science Stream."

"Maksudnya awak nak tukar kelas la kan?"

"Yup –"

"Okay, cun. Saya ikut." Deqna pandang Yasmin dengan muka yang tertanya-tanya.

"Don't worry la. I have my plan. Jadi bodyguard awak daripada Hakim dan yang lain-lain. Supaya dia orang tak kacau awak lagi."

Deqna tergelak. Hakim, si uncertified coach.

"By the way -" Ayat Yasmin sengaja dilambat-lambatkan. Dia mengambil masa untuk melihat respon Deqna.

"Apa? Spill."

"Saya dengar desas-desus cakap Hakim nak pindah sekolah. Awak tahu ke?"

Deqna geleng kepala.

"Dengar cerita, macam sekolah lelaki rasanya. Orang kata, sebab dia ni tak fokus dekat sekolah ni. Ye lah! Lepas awak reject dia tu, terus dia macam sasau kan -"

"Ish, awak ni. Takkanlah macam tu. Saya kan memang berkawan je dengan dia. Saya rasa bersyukur sebab dia offer diri nak ajar saya badminton. Dan alhamdulillah skill dia ajar tu sangat bermakna sampai saya boleh wakil sekolah kan. Tapi, sampai tu je. Saya mana ada masa nak bercinta, awak. Bukan sebab Hakim tak handsome ke apa. Lagipun, dia tu kan ramai je girlfriend sana sini. Takkanlah sebab saya sorang je -"

"Ye lah! Tapi kan, lelaki – " Yasmin ni bukan boleh dilayan lama-lama. Macam-macam topik keluar nanti. Kerjanya tak siap-siap. Laju je Deqna memotong ayatnya.

"Awak, daripada kita bincang pasal Hakim, baik kita siapkan kerja ni. Lagi satu, esok tau saya nak jumpa Cikgu Tahir cakap yang saya nak tukar kelas. Awak nak ikut tak esok?"

"Nak!"

"Okay, nanti waktu rehat kita pergi ye."

"Ai ai, ma'am!"

Deqna buat muka annoyed. Memang nak kena si Yasmin sorang ni.

***

MASING-masing tertunduk diam dengan ceramah spontan Ustaz Rumaja di dalam kelas.

"...Ustaz tahu awak semua masih muda remaja. Masih rasa nak bebas. Baru-baru ni, Ustaz ada ternampak pelajar sekolah kita dekat mall apa entah namanya. Tengah dating. Tu tak apa lagi. Jumpa Ustaz, tak bagi salam, tak nak tegur pun. Padahal Ustaz yang ajar kelas dia 3 tahun. Adab dengan guru, macam mana? Lagi satu, jumpa Ustaz dalam keadaan yang tak tutup aurat. Ini isu biasa ye. Ustaz tahu antara kamu semua ni masih lagi freehair dekat luar. Dalam kelas, nampak macam alhamdulillah, bagus menutup aurat. Tapi setakat itu sahaja.

Antum semua kena tahu, yang Ustaz pesankan ini bukan untuk Ustaz. Ustaz pesan untuk kamu semua. Bayangkan kamu dah belajar pasal ilmu agama lama dah, bertahun-tahun. Tapi masih lagi belum masuk dalam jiwa. Kita tahu menutup aurat itu wajib bagi setiap lelaki dan wanita mukmin, tapi masih lagi kita susah nak amalkan. Cuba fikirkan kenapa? Setiap kali antum freehair, antum mengumpul dosa berpanjangan tau. Lagi lah kalau ambil gambar freehair, post dekat Facebook. Lepas tu, orang tengok, orang save, dosa yang berterusan. Antum fikir-fikirkan lah. Okay, masa Ustaz pun hamper habis. Siapkan kerja sekolah. Siapa yang dah siap, letak atas meja Ustaz."

Lama Deqna termenung. Dia jadi terfikir. Dia pun begitu. Sama seperti apa yang Ustaz sampaikan tadi. Di sekolah, dia bertudung. Tapi bila di rumah, dia tanggal tudung. Berjumpa dengan Pa'eh dengan Along pun dalam keadaan dia tidak bertudung. Ke mall terdekat atau ke pasar malam ke, memang dia tidak bertudung. Kenapa? Entah. Dia pun tak pasti. Baginya, tidak bertudung itu sudah biasa dalam kalangan kelilingnya. Yang penting, dia perlu menjaga tatasusilanya dengan orang lain agar dia menjadi orang yang beradab dan orang yang baik. Tapi tentang aurat, yang itu dia gagal.

Sedara-mara Deqna kebanyakannya pun begitu. Mama sendiri pun bertudung bila nak ke office sahaja. Bila di luar office, kadang-kadang Mama tidak bertudung juga. Fikirnya, keadaan seperti itu normal untuk mereka yang hidup di kawasan bandar dan moden. Bukankah solat 5 waktu itu lebih penting? Dia sendiri merasakan solat 5 kali itu susah, tapi dia masih kuat lagi untuk menjaga solatnya. Deqna pun bukan dari background Islamic. Keluarganya bukan dalam kalangan alim atau warak. Mereka biasa-biasa sahaja.

Ada juga ahli keluarga besar Deqna yang berkahwin dengan keluarga dari luar negara dan mengamalkan gaya hidup Barat. Bagi Deqna, itu biasa. Ada yang pelihara anjing di dalam rumah dan membiarkan anjing mereka menjilat mereka kerana mereka merasakan itu sudah biasa. Untuk Deqna, tidak mungkinlah mereka akan pelihara anjing di dalam rumah, tapi melihat orang lain yang ada anjing as a pet, itu biasa.  

Tapi, apa yang disampaikan Ustaz Rumaja kepadanya sangat-sangat menyentuh hati Deqna. Adakah selama ini dia terbiasakan perkara yang tidak biasa dalam agama sebenarnya?

Malam itu, sungguhlah Deqna tak dapat melelapkan matanya. Jiwanya sangat terkesan dengan apa yang diungkapkan Ustaz Rumaja. Malam itu, Deqna berjaga untuk solat taubat. Air matanya mengalir tanpa ada penghujungnya. Pintu hatinya ibarat diketuk dengan sesuatu yang sangat lembut, tapi kesannya sungguh mendalam. Dia tersedar dari lena yang panjang.

Seolah-olah satu kerinduan kepada Sang Pencipta yang sudah terlalu lama.

My Bambam ✅Where stories live. Discover now