Chapter 18

41 1 2
                                    

Tok Mak sakit.

Lama juga selepas tempoh SPM tu Deqna balik ke kampung sebab teman Maksu jaga Tok Mak. Dia jatuh dekat tandas dan warded selama beberapa hari. Dan doktor sahkan Tok Mak kena strok.

Deqna pun rasa dah lama sangat dia tak balik ke kampung. Jadinya, ini adalah peluang dan masanya dia menumpukan sepenuh perhatian kepada Tok Mak. Mulanya, Tok Mak tak dapat menggerakkan seluruh badan. Tidur dan makannya perlu dijaga lebih. Nak tidur, Maksu yang tolong angkatkan. Bangun tidur, Deqna yang tolong angkatkan. Mereka berdua sahaja yang ada kerana yang lain tak dapat pulang buat masa ini.

Tapi, selepas beberapa terapi yang dibuat, Tok Mak sudah dapat menggerakkan dan mengangkat tanggannya. Badannya pun sudah dapat digerakkan sedikit demi sedikit. Kakinya masih lagi belum boleh digerakkan secara menyeluruh, tapi Deqna nampak usaha yang Tok Mak buat untuk kembali berjalan.

"Deqna, tolong Maksu bagi makan Tok Mak ye. Maksu nak ke kedai kejap beli barang dapur."

"Okay, Maksu." Deqna ambil sebiji mangkuk dan masukkan bubur ayam ke dalam mangkuk. Air masak pula ditadah ke dalam gelas. Straw diambil untuk memudahkan Tok Mak minum.

Penuh perhatian Deqna menyuap sesudu demi sesudu ke Tok Mak. Dia ambil masa ini untuk bercerita dengan Tok Mak yang tak dapat berkata apa-apa itu untuk menceriakan suasana. Cerita yang berkisar tentang kehidupannya yang jauh dari Tok Mak. Walaupun Tok Mak tak dapat berkata apa-apa, namun Deqna dapat melihat senyuman Tok Mak apabila cerita yang disampaikan itu agak menggelikan hati.

"MAKSU jaga Tok Mak. Deqna ke kedai hari ni, boleh? Nanti Maksu mesej apa yang nak kena beli. Maksu nak pergi, tapi hari ni ada Cik Wiyah datang nak ukur baju. Maksu nak suruh Deqna, nanti Deqna tak tahu pula nak buat apa, ukur apa."


"Maksu, don't worry. I got this. Maksu do your thing, Deqna pergi kedai. Erm, basikal ada?"

"Maksu ada kereta. Lesen kereta Deqna belum ada lagi kan?"

"Belum la Maksu. Deqna baru je habis SPM, tak sempat nak ambil lesen lagi."

"Kalau macam tu, kejap." Laju Maksu mendail nombor di telefon.

"Assalamualaikum... Reza, kamu ada dekat rumah ke?... Kamu tak berkebun ke hari ni? ...Ohhh...kalau macam tu, boleh kamu tolong hantarkan Deqna ke kedai kejap? Dia tak ada lesen kereta lagi...okay, terima kasih Reza."


SENYAP dalam kereta tu. Nak tanya apa, risau kata busybody tak bertempat. Kalau diam sangat, nanti kena cop sombong pulak. What to do?

"Tak pernah lagi aku nampak kau kan? Kau cucu belah mana erk?"

"Mak saya nama Rohaya."

"Oh, orang KL."

"Kenapa?"

"Takde apa-apa. Aku tak cakap apa-apa pun kan?"

"Gaya abang cakap tu macam penuh dengan prejudis tau."

"Ish, geli la panggil abang abang ni. Aku muda lagi tau tak?"

"Okay, habis tu nak saya panggil apa? Saya tak biasa guna aku kau."

"Lantak kau lah nak panggil apa. Asalkan bukan abang. Geli pulak. Macam panggil laki sendiri tau tak."

"Masalahnya saya tak fikir apa-apa pun. Abang sebab abang tu lagi tua dari saya. Cakap kau nanti cakap tak hormat orang tua pulak nanti."

"Dah mana kau tahu aku lagi tua?"

"Sebab ada lesen kereta? Confident bawak kereta?"

"Salah tu. Aku baru 18 tahun."

"Eh. Tapi muka nampak macam dah tua." Dalam sedar tak sedar sebenarnya Deqna menuturkan.

My Bambam ✅Where stories live. Discover now