Chapter 32

11 2 0
                                    

DEQNA terkekek ketawa mengulang tayang recording tu. It was the recording of Pa'eh semasa di atas paragliding tu. Dia tergelak seorang di atas katil di dalam compartment dia di salah satu Mahallah perempuan di UIA itu.  

Diulang-ulang jeritan Pa'eh, berselang dengan kononnya the confession of his love without Deqna, kinda. 

Satu panggilan masuk. Deqna senyum segaris melihatkan nama tertera.

"Buat apa, Bam?"

"Deqna buat assignment tadi," Tipu!

"Nak pergi library tak? Nak Pa'eh tolong tak buat assignment tu?"

"Okay, sure! Jam berapa?"

"Ikut la bila Bam free. Pa'eh free all day. Pa'eh dah settle kerja Pa'eh. Nanti Pa'eh pick you up later. Just bagitahu je jam berapa."

"Okay, so kalau macam tu, kita breakfast dulu jam 8.30 pagi jap lagi. Nanti kita terus ke library, boleh?"

"Sure!"

"Pa'eh!" 

"Apa dia? Terkejut la panggil macam tu."

"Pa'eh pun...takut tinggi jugak...tapi Pa'eh nak prove yang..." terus talian dimatikan apabila Pa'eh menyedari yang Deqna imitate the confession that he made over paragliding tu. Deqna sambung gelak. Mesti Pa'eh mengamuk jap lagi.


TEPAT jam 8.30 pagi Pa'eh datang jemput Deqna di area bus stop dan dibawanya Deqna sarapan nasi lemak di luar UIA. Itu pertama kali dibawanya Deqna makan di luar. Atau di UIA pun, mereka sebenarnya tidak makan sekali. Kerana stigma di UIA agak dahsyat. Walaupun bertunang, semua akan memandang sedikit pelik apabila seorang lelaki dan perempuan yang masih belum mempunyai ikatan yang sah untuk makan berdua di khalayak umur. 

Bukanlah langsung tidak ada couple yang makan berdua. Tapi kebanyakan mereka tidak takutkan pandangan tajam umum. 

Being Deqna and Pa'eh and both dah kenal dari kecil, makan berdua itu perkara yang biasa. Ibarat adik-beradik atau kembar yang makan sekali, tetapi mereka tetap menjaga, sebolehnya, daripada pandangan umum, daripada berkata perkara yang tidak molek tentang mereka berdua. 

Apatah lagi kawan-kawan baik Deqna pun belum pernah tahu atau berjumpa siapa tunang Deqna. Semua dirahsiakan oleh Deqna dengan Pa'eh dengan baik.

Dan benar tindakan Deqna untuk ke library di waktu pagi. Kerana kebanyakan students masih diulit mimpi, jadi tidak ramai yang ke library di pagi Sabtu seperti ini. Pa'eh pun berjaya membantu Deqna dengan jayanya. Semua assignment Deqna cuba dibantunya dan diselesaikan terus pagi itu.

Kalau Deqna yang cuba selesaikan sendiri, mungkin it will take up to 4 hours. But with a brain like Pa'eh, it took only 2 hours and a half. 

"Okay, thank you, Pa'eh. Semoga dengan bantuan Pa'eh, Deqna score DL lagi this semester."

"Amboi, dok kejar DL tu dah kenapa?"

"Mana lah tahu boleh Valedictorian?"

"Nah, benda tu tak perlu pun."

"But still, my parents would be proud. You would be proud of me too."

"Benda tu tak penting. Yang paling penting adalah you have fun doing all of these,"

"Yeah, right-" Again! Budak buku.

"Jom lunch!" Pa'eh ajak tiba-tiba.

"Jom, Deqna belanja. Sebab tolong Deqna tadi,"

"Okay, Purnamah." Aik! Endearing baru ke tu?

"Apa? Purnamah?" Macam bunyi sayang tapi purnama. Deqna dah tunjuk muka pelik. Cringe la Pa'eh ni!

"No, nama kedai tu Purnamah. I would call you sayang instead, not Purnamah."

"Pfft!" 

And the rest is history!

My Bambam ✅Where stories live. Discover now