Feel free to play the youtube video above to get the vibe of the drama. 🤗😉
------------------------------------------------------
15 tahun yang lalu, Sek Ren Sri Aman. 11.15 pagi
Kelas darjah 5A saat itu riuh-rendah kerana tiada guru yang bertugas. Masing-masing membuat hal sendiri. Ada yang bermain 'ceper', ada yang berborak, dan ada juga yang cuba menyiapkan kerja sekolah. Amad tarik kerusi dan mengambil tempat duduk di depan Pa'eh yang tengah khusyuk membaca komik 'Camp Punk'.
"Pa'eh, ada budak baru masuk kelas sebelah. Comel gila budak tu! Comel sangat-sangat! Kau kata kau tak layan budak-budak perempuan sekolah ni kan? Budak ni, gerenti kau suka," Pa'eh buat muka malas nak melayan. Amad ni bukan betul sangat pun. Mesti ada lagi yang dia nak kenakan Pa'eh ni, fikir Pa'eh. Dengan gelak dia tu.
"Hey, jom la usha budak perempuan tu lepas ni, nak? Serius comel gila! Aku tak tipu!" Amad sambung gelak dia lagi. Pa'eh jadi geram bila Amad terkekek-kekek begitu sebab dia tak tahu apa-apa. Serasa seolah-olah orang bodoh di situ kerana tak tahu apa-apa. Dia geram hendak tahu.
Laju sahaja kerusi didorongkan ke belakang. Hampir nak terbalik meja di belakang kerana terkena kerusi Pa'eh. Terkejut juga Amad dengan tindakan spontan Pa'eh itu.
"Jom! Sekarang! Aku nak tengok budak tu!" Amad terus bangun daripada duduknya yang berdepan Pa'eh tadi. Terus dia sengih nakal ke Pa'eh. Yes! Berjaya!
Sasaran mereka adalah 5B. Terjingkit-jingkit budak dua orang itu cuba mencari tempat duduk budak baru yang heboh diperkatakan itu. Mereka berdua cuba sedaya-upaya untuk tidak tertangkap oleh cikgu yang sedang mengajar kerana kedua-dua mencuri pandang daripada tingkap kaca di tepi bilik darjah itu.
"Okey, budak yang paling belakang tu, yang duduk sorang tu, nampak tak? Gebu tak?" Meliar mata Pa'eh mencari.
Dan jumpa!
"Mangai, tembam gila budak tu! Ni agak-agak berapa kg ni weh!" Amad dah tergelak-gelak sakan dengan komen Pa'eh. Hampir sahaja dia berguling-guling di koridor 5B tu.
Pa'eh sengih juga. Budak ni baru masuk sekolah dah pecah rekod sekolah. Rekod budak paling gemuk! Dia mencari pandang budak gemuk itu lagi. Ya Allah! Tembamnya pipi dia!
Petang itu
(Lebih kurang macam ni la besar rumah Deqna dan Pa'eh. Tembok pemisah tu boleh panjat la. Credit: Rumah Abang Terlajak Laris)
Lori besar itu ada di depan rumah jiran sebelah. Pa'eh baru sampai di rumah dengan 'Honda City' milik ibunya. Tapi Abang Bob yang datang mengambil dia dari sekolah tadi. Pemandu ibu dia.
"Abang Bob, ada orang pindah rumah sebelah ke hari ni?"
Mata Pa'eh tak lari daripada lori angkat barang tu.
"Ha'ah lah. Macam tu lah agaknya. Abang pun tak berapa perasan sangat tadi. Tapi yang Abang pasti, diorang ni ada bela kucing. Nyaris-nyaris masa nak keluar tadi Abang nak terlanggar kucing diorang. Fuhh,"
Kucing? Huhh! Pa'eh mendengus sedikit kasar. Dia benci kucing! Bukan! Dia allergic dengan kucing. Hampir-hampir satu badan dia gatal dulu bila Along pernah bawa balik kucing daripada mana-mana entah.
Dia memang kalau boleh nak mengelak je daripada berjumpa dengan binatang kecil comel tapi 'berbahaya' itu. Kalau tak, tak adalah Mummy marah Along suruh buang binatang itu jauh-jauh dari rumah. Kesian Along! Tapi nak buat macam mana? Dah dia allergic!
All of a sudden, mata Pa'eh tertangkap pada susuk tubuh seorang budak perempuan yang bertocang dua yang sangat tembam tengah ambil kucing yang berlari-lari di depan pagar rumahnya. Kemudian dia belai-belai manja anak kucing itu dalam pelukan dia. Dan kucing itu tampaknya sangat selesa di dalam pelukan budak perempuan itu.
Allah! Ni kan budak perempuan yang baru pindah tu! Yang tembam tu! Dia lah! Dia jiran baru aku ke ni? Masaklah aku kalau budak-budak sekolah tahu ni!
Laju sahaja Pa'eh masuk ke dalam rumah, tak nak bertegur sapa dengan sesiapa pun di laman rumah seperti biasanya. Pak Ismadi yang tengah siram pokok bunga yang di depan itu pun dibuatnya endah tak endah. Biasanya dia yang laju ringan-ringankan tulang tolong menyiram air ke pokok-pokok bunga itu sebab nampak macam seronok kerja-kerja begitu.
Deqna pula sedang asyik dok membelai anak kucing dia yang dah bersama dia setahun tu sambil dia mula duduk di anjung di depan rumah.
"Sara nak tidur ke? Kalau nak tidur, Sara tidur atas sofa ni eh? Tau!"
Memang seronok mengulit bulu-bulu Sara ni, lagi-lagi atas sofa yang diletakkan di anjung rumah sebegitu. Senyum Deqna melebar ke tepi telinga bila dia tengok loceng yang digantung di leher Sara.
Rakan-rakan dia di sekolah lama yang berpakat beli untuk dia. Jelas nama 'SARA' diukir di loceng itu. Tali yang dok melilit leher kucing itu juga bertulis 'SARA' besar. Yang ini dia tahu Nina yang kait sebab Nina memang suka mengait kain.
Tiba-tiba mata Deqna hampir-hampir nak masuk pasir. Deqna rindu sekolah lamanya!
Makin erat Deqna peluk si gebu putih berbulu lebat dan gemuk itu. Hampir-hampir Sara terjaga daripada lenanya tadi.
Tanpa Deqna sedar, sepasang mata sedang memerhatikan gerak-geri dia dari balkoni atas rumah sebelah. Mata itu mencerun!
YOU ARE READING
My Bambam ✅
SpiritualDeqna adalah budak paling tembam yang baru sahaja berpindah ke sekolah Pa'eh, tetapi apa yang menyebabkan Pa'eh bengang adalah budak gemuk itu juga adalah jiran barunya. Membesar tu adalah proses. Tapi bila badan budak Bambam tu semakin mengecil, h...