Chapter 4

7 1 0
                                    

Habis sahaja makanan Niyas tu ditelan Faizal satu-satu, teragak-agak Faizal berkata sambil cuba elak dari bertembung dengan mata Niyas.

"Weh, pasal benda aku cakap tu, pasal kau nak kahwin dengan aku tu, kau jangan terbeban sangat lah. Aku cakap tu pun sebab nampak chemistry antara kita sikitlah. Aku tak kisah pun kau tak nak ke apa, kau dah ada orang ke, aku hormat je keputusan kau," Faizal seboleh mungkin tak nak bertemu mata dengan Niyas. Segan sebenarnya nak bercakap benda-benda macam ni.

"Actually, saya tak kata pun tak nak ke apa ke. Tapi, saya terfikir betul ke awak ni nak kahwin dengan saya sedangkan kita baru je kenal. Saya okay je dengan marriage without, you know, dating, tapi saya nak tahu sebab apa awak tanya saya nak kahwin dengan awak..." Sebaik mungkin dia menutur perkataan dia.

Faizal tergaru-garu kepala. Nak menjawab macam mana? Sebab kau cantik? Sebab kau tak sama macam perempuan lain? Sebab kau je perempuan yang berani belasah aku sebab nak fight for your right, walaupun tak tepat sangat?

"See? This is heavy. Sebab tu I asked for this discussion after you are truly healed. Nanti awak dah lah tengah sakit, nak sesak kepala dengan benda ni lagi, payah tu," Laju je Niyas menyambung semula.

Macam mana aku tak suka dengan kau, Niyas? Perangai kau yang sopan dan lembut macam ni lah buat aku suka. Faizal bermonolog dalaman sendiri.

"Aku ajak kau kahwin sebab aku rasa kau paling sesuai nak layan perangai aku yang macam ni." Ni dah nicely put ke eh? Faizal pun tak berapa pasti. Macam tak convincing je!

"Perangai awak okay je la, taka da lah macam-macam sangat. Okay. How about hantaran ke duit majlis ke? Duit nak survive lepas kahwin ke? Dah ready?" Senada dia menuturkan, macam orang berdiplomasi betul Niyas sekarang ni. Orang yang memang straight to the point, taka da corner corner, terus ke destinasi. Faizal tengah memuji lagi betapa dia amazed lagi dengan gadis itu.

"Don't worry, yang tu aku selalu ready. Aku tunggu orang yang sesuai je nak terima aku." Faizal sengih.

"Okay, then 'ilmu-ilmu' untuk kahwin? Dah ready?" Macam tok kadi dah Niyas ni! Faizal tergelak sejenak.

"Maksud kau, ilmu malam pertama ke?" Tiada riak di wajah Faizal. Dalam tak sedar, memang dia pun direct macam Niyas juga. Secocok lah! Niyas dah blushing, matanya dah dilarikan daripada pandang ke arah Faizal. Lelaki itu memang menguji dia betul!

"Bukanlah! Ilmu nak menghadapi masalah dalam rumahtangga ke? Dos and Don'ts in marriage?" Niyas kembali pandang ke arah Faizal. Berani!

Gulp!

"Okay. Gini! When you are truly healed and ready, I'm more than willing to marry you, kalau mak ayah saya lepas lah," As simple as that!

Niyas datang menjaga Faizal setiap hari di hospital tu without fail. Dia memang istiqamah dan dia buat apa yang dia kata. Dia beli buku-buku ilmiah untuk bahan bacaan Faizal dan dia sendiri pun membaca untuk memantapkan diri. Siapa kata ilmu perkahwinan ini dah mencukupi dengan solat dan mengaji sahaja? Faizal sendiri pun tak tersangka dia dah terpancing anak tok imam rupanya. Patutlah sopan tapi garang semacam!

Hampir sebulan Faizal di hospital. Habis sahaja tiga minggu, dia dibenarkan sambung bercuti lagi seminggu di rumah bila sebenarnya, dia nak sangat Niyas terus menjaga dia di hospital tu. Kadang-kadang bila dia agak rindu gadis tu sikit, dia beri mesej.

"Assalamualaikum anak tok imam! Nak tanya pasal ringkasan buku 'Online dengan Tuhan' yang kau bagi aku tu. Aku dah baca tapi aku tak faham. Boleh terangkan tak?"

"Waalaikumussalam. Nanti saya bagi ringkasan buku ke emel awak. Nanti bagi emel awak."

Okay! Budak ni memang tak faham Faizal sebenarnya rindu dia. Ringkas habis mesej dia. Memang tak faham hati seorang lelaki betul! Sampai malam-malam Faizal dah sampai termimpi-mimpi Niyas. Kadang-kadang tidur dia pun tersebut-sebut nama Niyas. Tapi kalau dia betul-betul teringatkan Niyas sampai terjaga malam, Faizal akan jadikan malam tu bermanfaat baginya. Dia hidupkan malam dia dengan zikir, wirid dan solat-solat malam. Sejak dia kenal Niyas, banyak perkara baru yang dia mula belajar dan buat atau aplikasi.

Kalau sebelum ini, mana pernah dia tahu buat solat malam. Mana pernah dia tahu buat istikharah. Dia bukan budak sekolah agama dulu. Masa kecil lagi Mummy dah hantar dia pergi sekolah Cina, belajar piano, dan dia sendiri mula belajar main gitar. Cara Faizal dibesarkan agak lain sedikit daripada adiknya, Pa'eh. Pa'eh tu dibesarkan di sekolah Melayu sahaja, tapi muzik klasik tu biasa bagi mereka berdua. Sebab Mummy dengan Daddy pun memang masing-masing pandai main alat muzik. Minat yang cuba disalurkan kepada anak-anak tapi tak lekat pada Pa'eh. Pada dia jadi melekat semua tu. Tapi muzik bukan career untuk Faizal, cuma sekadar mengisi masa lapang sahaja. Dan setiap masa tu seolah-olah masa lapang.

My Bambam ✅Where stories live. Discover now