"Okay! Now is the time! The time is now!" Buku tebal itu ditutup rapat-rapat. Yes, boleh kira graduation kali kedua lah ni dengan buku-buku yang dibaca sepanjang dia nak kahwin ni. Bersusun-susun buku atas meja dia. Of course tak dapat nak kata yang dia dah mantap gila ilmu perkahwinan dan kehidupan sebab yang dia belajar hanyalah teori. Lagi 90% adalah aplikasi dalam kehidupan selepas ini. Insha-Allah!
Faizal pandang ke arah telefon di atas meja. Should I?
'Argh, masaklah!' Nombor telefon Niyas ditekan.
"Assalamualaikum! Bila nak jumpa? Aku dah ready!" Serius nada itu. Dia sememangnya ready.
Terbatuk-batuk Niyas di hujung talian. Mamat yang nama Faizal tu memang tak ada tempoh bertenang. Niyas senyum segaris sebelum bersetuju untuk berjumpa dengan yang namanya Faizal tu.
"OKAY, before anything, can I test you first? Saya nak pastikan yang awak betul-betul ready," Faizal dah mati kutu. Apa Niyas nak tanya ni? Dia tak sempat nak hafal surah al-Baqarah lagi. Dia baru sempat hafal juzuk 29 dan 30 baru. Dia masih bertatih lagi sebenarnya.
"Firstly, can you recite al-Kaafirun?" Eh? Faizal pun baca al-Kaafirun sebaik mungkin. Disambung dengan senyuman manis Niyas.
"Kedua, what should you call me after we get married?" Serius bunyi tu. Soalan ujian juga la ni.
"Huh? Lepas kahwin? Sayang?" Nak terbatuk juga Faizal dengar dia menjawab begitu. Semakin panjang Niyas senyum.
"Thirdly, when should our parents meet?" Niyas senyum, memberi makna.
"Huh?" Aku lepas ke tadi? Faizal dah rasa terkedu. Dia tak bagitahu Mummy dengan Daddy lagi ni!
"Jangan risau! Saya tak lari mana. Saya dah bagitahu mak ayah saya dah. Diorang semua tinggal tunggu awak dan keluarga datang je," Oh, maksudnya Niyas sebenarnya dah terima dia?
"And the al-Fatihah was just a trick?"
"Nope! It was a confirmation if you were ready or not, but you passed with flying colours," Faizal sengih panjang ke pipi.
"Okay. Nanti aku bagitahu kalau aku nak datang rumah nanti okay!" Bersemangat Faizal menjawab.
"It should be a more proper way of calling me, shouldn't you?"
"Yelah, awak,"
"Much better," Niyas sudah berpuas hati. Faizal boleh dibentuk dan dididik, itu sudah cukup bagi Niyas.
YOU ARE READING
My Bambam ✅
SpiritualDeqna adalah budak paling tembam yang baru sahaja berpindah ke sekolah Pa'eh, tetapi apa yang menyebabkan Pa'eh bengang adalah budak gemuk itu juga adalah jiran barunya. Membesar tu adalah proses. Tapi bila badan budak Bambam tu semakin mengecil, h...