"Serius ar tak ada pakwe? Muka okay je tak ada cacat cela, await tak de pakwe?" Niyas pandang ke Faizal, kening double jerk.
"Sebab fakta mengatakan yang 90% jodoh berjumpa kat U, tapi fasa U saya dah terlepas. Jadinya, jodoh saya sama ada jumpa tepi jalan, pasar malam, mall, office, train ataupun haa, hospital," Jawapan selamba badak!
Faizal pandang ke Niyas, tersenyum panjang ke pipi. Terasa kelakar dengar jawapan budak separuh matang tu.
"Umur kau berapa eh?" Serius Faizal bertanya.
"25, kenapa? Nak cakap yang saya dah tua so kena ada at least back-up boyfriend by this age ke apa? Semua tu dah lapuk la." Senafas.
"Bukan. Kalau tak ada juga, boleh ar kahwin dengan aku," Faizal! Did you just say that? Oh my goodness! Faizal terasa nak sorok kepala dalam troli ubat yang nurse baru masuk tu.
"Okay. Let's discuss that right after you are truly healed. I can sense some craziness in that offer," Seriously, Niyas? Did someone just ask you to marry? And did you just answered okay? Darn this mouth of mine. There I said darn. Oh my, this is so out of nowhere!
Esoknya, budak berdua tu dah kurang bercakap. Malu! Awkward!
Faizal pun dah kurang songeh. Niyas pun dah menjadi, entahlah, kurang 'ganas' rasanya kot.
"Saya bawakan ayam masak merah hari ni."
"Kau masak ke?" Niyas senyum je. Iyalah tu!
"Dah alang-alang nak masak today, buat lah sekali untuk awak tu. Lagipun tak ada orang nak hantarkan makanan kan, so I am glad to help out the needy." Sengih! Padan kena cop golongan needy dengan mulut tak ada insurans ni.
"Eleh, entah-entah tak sedap," Faizal dah sedia dengan sudu dan pinggan. Tengok masakan Niyas tu sebenarnya menaikkan selera makan dia. Yelah! Dah 2 minggu tu dia makan makanan hospital yang tak ada garam tu. Memanglah selera makan dia tak ada.
Dia rasa pedas ayam tu dulu. Sedap! Spicy! Kena dengan selera tekak dia.
"Okay! 4 stars!" Faizal memberi markah.
"Full star berapa?" Niyas pun melayan kanak-kanak tak cukup usia tu. Boleh pulak dia bertanya. Taka da backbone yang namanya Niyas ni.
"50!" Laju Faizal menjawab. Niyas buat muka merajuk. Lepas tu dia nak ambik balik mangkuk tingkat berisi ayam tu. Dah kata tak sedap kan!
"Takdelah! Kau punya ayam ni gini ha!" Faizal tunjuk dua-dua ibu jari dia. Ya Allah! Manja jugak budak Niyas ni. Macam mana nak hidup bersama lepas ni? Aku ni dah la jiwa rocker, fikir Faizal.
YOU ARE READING
My Bambam ✅
DuchoweDeqna adalah budak paling tembam yang baru sahaja berpindah ke sekolah Pa'eh, tetapi apa yang menyebabkan Pa'eh bengang adalah budak gemuk itu juga adalah jiran barunya. Membesar tu adalah proses. Tapi bila badan budak Bambam tu semakin mengecil, h...