TIGA hari juga Pa'eh dengan Along Pejal stay di rumah Tok Mak. Dan tiga hari tu jugalah mereka dapat merasa suasana kampung yang mereka tak pernah rasa sebenarnya memandangkan mereka anak-anak bandar yang berkampungkan Kuala Lumpur.
Dan balik mereka juga bersama-sama dengan Deqna kerana budak bertiga itu dihambat oleh Maksu dan Tok Mak. Memandangkan Tok Mak dah semakin sihat dan boleh menjalankan aktiviti harian seperti biasa, maka Maksu pun sedikit lega hati untuk menjaga Tok Mak sendiri.
Kebetulan waktu mereka'load' barang dalam kereta Along, Reza berjalan keluar hendak ke kebunnya.
"Haa, baru nampak muka. Boys, this is Reza, our businessman berjaya di kampung ni." Reza berhenti sejenak di belakang kereta Along. Tangannya dihulur kepada Along yang berjalan mendekatinya. Manakala Pa'eh terus load bagasi yang sememangnya dari tadi sudah dipegang untuk dimasukkan ke dalam bonet belakang kereta. Kemudian, barulah tangan Reza disambut selepas Along.
"Kau buat business apa? Tinggi sangat Deqna angkat kau ni..." Along menyapa Reza. Sebenarnya takut-takut juga dia nak tegur memandangkan muka Reza garang semacam. Or is it his resting bitch face?
"Tak ada lah. Berjaya benda... buat kecik-kecik je bro. Cili gitu je, pastu aku baru nak tambah ayam organik je. Belum berjaya lagi." His statement gained Pa'eh's curiosity.
"Kau lepas SPM kau terus kerja ke? Ada plan nak sambung belajar?" Along tanya lagi.
"Ada. Tengok result tak lama lagi, macam mana. Tapi, aku rasa better aku buat sambil-sambil la kot. Sebab takkan aku nak tinggal semua ni."
"Kannn...Deqna dah cakap dah dia ni berjaya. Tau tak income dia bulan-bulan kan dah capai..."
"Korang nak balik KL dah kan? Nanti ada plan nak datang sini lagi ke?" Laju ucapan Deqna tadi dipotong Reza. Dia tarik muka dengan Reza. Suka potong cakap orang!
"Kalau kau tanya aku, seronok duduk kampung lagi daripada bandar sana. Tenang duduk kampung lagi!" Along jawab jujur. Dia jeling ke Pa'eh sejenak. Hai-la, adik aku ni! Kalau dah jealous tu, memang tak boleh sorok betul! This is 'that Reza'.
"Betul tu. Aku pun pernah juga beberapa kali pergi bandar, tapi aku lagi suka kampung." Reza cuba mengiyakan pandangan Along tentang kampung. Memang benar itu apa yang dia juga rasa.
"Oh, okay bro. Kitorang gerak dulu la. Takut sampai lambat nanti." Pa'eh mencelah. Seronok sangat Along ni berborak dengan orang lain. Cuba jadi introvert macam Pa'eh sikit, fikirnya.
"Okay, bro. Jumpa lagi, insyaAllah. Tu, jaga budak kecik tu elok-elok. Aku risau kalau terlepas, habis orang lain diganggunya." Tuju ke Deqna. Mata Deqna menjengil ke Reza.
"Dasar orang tua!" Komen Deqna kepada Reza. Reza membalas dengan muka annoyed dia.
Pa'eh pandang dari tepi sahaja. Dalam hatinya, banyak yang difikirkan. Kenapa ke mana-mana sahaja Deqna pergi, ada sahaja kawan yang dibuatnya. Bahaya betul! Zaman sekarang ni, kawan baik sendiri pun perlu berhati-hati, apatah lagi orang yang baru dikenali.
"Okay, kami gerak dulu. Tolong tengok-tengokkan Maksu dengan Tok Mak. Bye Reza. Assalamualaikum!" Deqna memberi pesan sebelum masuk ke perut kereta. Begitu juga Along dengan Pa'eh.
RESULT SPM dah keluar. Semua drama air mata sudah habis di atas pentas dewan sekolah Deqna. Tak sangka! Sungguh dia tak sangka dengan result. Alhamdulillah!
Tak sedar satu mesej dari Pa'eh.
'How?'
Tapi tak dibaca oleh Deqna.
Sehinggalah balik Deqna ke rumah dengan Mama dan Papa, setia Pa'eh menunggu di gazebo rumah Deqna. Dia yang masuk dulu rumahnya tu. Dah selesa sangat kan.
"Tak baca pun text Pa'eh."
"Eh, Deqna tak sempat tengok. Ada text eh?"
"Ada lah. Cepat lah reveal result."
"Tak nak, boleh?" Deqna buat muka frustrated.
"Was it bad? Let me take a look." Tangannya dihulur kepada Deqna. Deqna menggeleng, kecewa. Mama dengan Papa dah masuk ke dalam, menahan tawa. Play along dengan anak tunggal mereka. Saja lah Deqna ni, nak buat Pa'eh cuak.
"Tak apa. We can figure things out for you. Ada banyak je option lain kan untuk Bambam further study." Deqna pun ragu-ragu nak bagi Pa'eh tengok slip keputusan SPM dia.
Slip SPM dah bertukar tangan.
"Deqna dapat 5 je." Suara Deqna kecewa. Yup! 5A+, 3A, 2A-.
"Bam pernah rasa kena buku lima tak?" Pa'eh dah mengepal-ngepal buku limanya. Deqna sengih.
"Alaa...Deqna nak sedih pun tak boleh ke? Now, mana result Pa'eh?" Deqna pula yang teringin nak tahu.
"Err...slip Pa'eh tadi kena slip disc."
"Deqna belajar taek-won-do tau. Tali pinggang kuning." Pa'eh gelak. Alahai, nak flex tu agak-agak la. Tali pinggang kuning...
"Okay, here." Slip SPM Pa'eh bertukar tangan.
Deqna pandang muka Pa'eh tak percaya.
"Well done, bruh! I'm a proud sister." Muka Deqna sungguh bangga dan terharu. Semualah! Pa'eh sangat bijak. Straight A+! Hampir sahaja Deqna mengalirkan air mata di situ juga. Sungguh! Dia sangat berbangga dengan Pa'eh. Ibarat macam kembarnya dapat straight A+s. Walaupun keputusan Deqna pun apa kurangnya, namun dia sangat berbangga dengan Pa'eh saat ini.
"Now, where do you want to apply?" Pa'eh tanya Deqna.
"Kenapa tanya?" Kening Deqna double jerk.
"Saje. Pa'eh nak elakkan daripada apply uni yang sama." Deqna buat muka. Werk!
"I don't know. But it's gonna be somewhere locally. I don't wanna be away from Mama and Papa jauh sangat. I have clingy issue kan. Tengok lah nanti keputusan upu macam mana." Jawapan Deqna tidak membantu.
Pa'eh tak puas hati masih tak dapat jawapan yang dia nak.
YOU ARE READING
My Bambam ✅
SpiritualDeqna adalah budak paling tembam yang baru sahaja berpindah ke sekolah Pa'eh, tetapi apa yang menyebabkan Pa'eh bengang adalah budak gemuk itu juga adalah jiran barunya. Membesar tu adalah proses. Tapi bila badan budak Bambam tu semakin mengecil, h...