Chapter 5

30 3 0
                                    

"DEQNA lah! Bukan Bambam!" Kuat Deqna jerit supaya Pa'eh perbetulkan nama dia semula.

"Salah! Bambam!" Pa'eh sengih nakal.

"Deqna! Panggil Deqna!"

"Bambam! Bambam!" Pa'eh buat muka annoying dia tu dengan mata tertutup dan lidah terjelir keluar. Sengaja dia nak kacau Deqna dan buat budak tembam tu mengamuk.

Laju sahaja tangan Deqna ambil water spray yang ada di tepi pokok bunga dan disemburnya ke muka Pa'eh. Basah terus muka Pa'eh, macam baru lepas basuh muka. Deqna gelak jahat. Padan muka Pa'eh! Nak kenakan orang lagi!

"Hey, Bambam ni!" Pa'eh nak marah. Gaya macam dia nak balas dendam dah. Tiba-tiba-

"Eh, Pa'eh ni! Apa panggil Deqna macam tu?" Mummy Pa'eh keluar dari rumah.

"Tengoklah apa Deqna buat kat Pa'eh, Mummy! Habis basah muka Pa'eh!"

"Dah tu, Pa'eh ejek dia nama macam-macam lagi. Bagus Deqna! Lain kali kalau dia ejek Deqna lagi bagi je satu baldi!" Deqna terkekek-kekek ketawa. Nasib baik Mummy Pa'eh sebelahkan dia. Boleh buat geng ni!

Pa'eh mencebik. Tak boleh jadi ni! Mummy dengan Deqna dah satu team. Dia kena cari back-up clan.

"Takpe! Takpe! Mummy back-up Deqna kan? Abang Bob dengan Pak Madi team Pa'eh. Kita tengok sapa menang nanti," Pa'eh sengih yakin boleh menang.

"Abang Bob nak kena keluar ni, ada hal ni. Tak boleh join Pa'eh.." Abang Bob balas.

"Pak Madi pun ada kerja ni..tadi tak siram pokok lagi tadi ni.." Pak Madi pun tak kurang juga. Masing-masing nak kenakan Pa'eh. Deqna sengih nakal lagi. Lagi senang hati dia! Terus dia buat muka mengejek ke Pa'eh.

My Bambam ✅Where stories live. Discover now