"Kelas aku pukul 10 nanti. Kau, Aqil?" Aqil dipandang sekilas. Bijirin disuap ke dalam mulut sepantas yang boleh.
"Kalau ada kelas, kau hantarkan aku sekali lah. Bangunan department kita kan dekat-dekat je. Aku malas nak drive."
"Aku ada kelas... Tapi aku tak pergi. Kerja aku bertimbun, tak siap. Aku pun tak ready lagi nak telan maki-hamun lecturer pagi-pagi ini. Kau pergi sendirilah." Aqil memotong burger dengan pisau dan garpu penuh elegan sebelum disuap ke dalam mulutnya.
Ya, orang kaya yang masih bujang ini breakfast fast food je. Mana ada maid nak melayan.
Inilah yang dinamakan 'anak orang kaya yang tak dimanjakan'. Aqil pun langsung tak hairan tentang kehadiran kelasnya. Hidup dia terlalu carefree.
Hero diam sejenak.
Senyap.
Membisu.
Menilai.
Bangun.
Hampir nak layang kerusi.
Iman dekat sebelah terkumat-kamit membaca surah Yaasin. Kepala Hero dipegang sebelum dia meniup-niupkan ayat-ayat suci itu pada wajah Hero. Cuba menepis bisikan-bisikan syaitan daripada sahabatnya.
Ruqyah di pagi hari.
Kerusi elok diletak kembali. Tangan Iman dialihkan ke tepi perlahan-lahan. Hero memaksa diri untuk tersenyum. Tayang muka macam okey, jiwa raga dah tenang. Tak meracau.
Padahal, dia tak tahan bau nafas jeruk Iman. Terkejut besar juga dia diserang nafas pagi Iman. Hero kembali duduk tanpa banyak songeh. Dia menoleh ke tepi. Buat gaya nak termuntah.
"Antum?"
"Ya, ya. Alhamdulillah, okey dah." Hero buat-buat tergelak senang seperti rohnya selesai disucikan. Bibirnya yang mengeras dipaksa untuk tersenyum mekar. French fries PapaMcDion dikunyah mahu tak mahu.
Aqil yang sudah lengkap berkot panjang warna hazel, berturtle neck hitam, bersarungkan seluar slack hitam tanpa kedut dan berselipar indoor rabbit warna merah jambu dijeling Hero atas bawah.
"Kata tak ke kelas. Yang kau beria bersiap macam nak buat show Balenciaga pula pagi-pagi ni kenapa?" tanya Hero tak puas hati.
"Saje."
Sudu diangkat.
Hampir nak cungkil mata Aqil.
Tahan tangan sendiri.
Duduk mencangkung atas kerusi.
Cengkam rambut.
Jerit mute.
Dah serupa beruk tertekan dipenjara dalam zoo keadaan Hero sekarang ini.
Iman tepuk bahu Hero. "Bawa bertenang, nak. Istighfar banyak-banyak. Ini semua ujian."
"Mahu ana usir makhluk jahat itu daripada bersatu dengan antum lagi ke?" Kemesraan Iman menyoal buatkan Hero cuba menerima takdir. Kepala digeleng-gelengkan. Muka nak menangis. Jari tangan buat sign 'okey'. Dari tadi dia asyik mengulang kalimah 'alhamdulillah'.
Tak nak dihembusnya lagi, Hero kembali duduk lagak seperti orang lengkap berakal semula di atas kerusi.
"Mungkin kalau orang depan aku ini lenyap, aku akan lebih alhamdulillah." Hero tepis air mata. Annoying Aqil ini sampai buatkan Hero frust tahap boleh menangis.
YOU ARE READING
BLIND DATE [OG]
Romance3 jejaka, beza personaliti, beza latar belakang, lain impian dan lain tarikan. Cuma satu sahaja persamaan mereka, iaitu... berharta tanpa kebahagiaan. Oops, mungkin ada dua persamaan, Bercita-cita tanpa adanya sokongan. - Seni bukanlah satu kemewaha...