"Hey, Mira."
"Wanna spend time with us?" Seorang gadis bermata biru cerah itu mendekati Mira. Dialek Poshnya pekat. "There's a party going on at Jessy's."
"Owh..." Mira kemamkan bibirnya. Kembungkan pipi dengan angin. Dia berfikir sejenak.
Wajah Lizzy, coursematenya yang dikira akrab juga dengan Mira baru-baru ini ditenung kosong.
Hari sudahpun larut malam. Baru sebentar tadi juga dia luangkan separuh harinya dengan sekumpulan rakan-rakannya. Bersosial.
Cuba jadi seseorang yang bukan seperti dirinya sendiri.
Sekarang, mereka di luar kedai makan. Rakan-rakan Mira yang lain terlebih dahulu menuju ke laluan yang sama.
Ada yang mabuk, ada yang hampir mabuk dan ada juga yang masih waras.
"I can't drink... remember?" terang Mira. Dia menolak dengan sopan.
Kalau dah kata party, sudah tentulah arak akan jadi perkara pertama yang mereka keluarkan untuk bergembira.
Lagipun Mira perlu cas semula tenaganya, tapi dalam masa yang sama dia tidak mahu kedengaran seperti dia memang tidak berminat untuk sertai mereka pun dan digelar sebagai 'party pooper'.
"Oh, crap. Yeah... yeah, yeah!" Lizzy menepuk kedua belah tangannya. Pipinya digaru. Mira dipandang kekok. "Sorry, I forgot that."
Mira hanya balas dengan senyuman kecil.
"Let's call it a day for you then,"
"Guess I'll see you tomorrow, yeh?" Mira angguk sekali. Dia lambai kepada Lizzy yang mula mengorak langkah mendapatkan sekumpulan pemuda tadi sebelum melambai semula kepada Mira.
Hilang sahaja bayangan figura mereka, Mira keluhkan nafas yang panjang.
Skaf yang dililitkan pada lehernya dibetulkan.
Skrin telefon ditilik.
10:47 malam.
Sekali lagi, Mira mengeluh berat.
Mira mengorak langkah berani untuk balik ke condo dengan keresahan menyelimutinya. Matanya tertancap pada skrin telefon. Aplikasi Whatsapp dibuka dan ditutup buat beberapa kali.
Gelandangan yang memenuhi bahu jalan buatkan Mira tidak selesa.
Seperti biasa, ada yang mabuk dan ada yang waras, tapi tidak bermaksud mereka selamat untuk didekati.
Langkah dibuka besar dan Mira berjalan sepantas yang dia mampu.
"Heyyy, missy,"
"Mind to help this old man?" Muncul sahaja seorang gelandangan lelaki dalam lingkungan umur 50-an di hadapan Mira, dia terus menarik nafas. Bahunya terhincut. Terkejut.
Semua reaksi itu terjadi serentak.
Hidung Mira dapat tangkap bau hancing dan arak daripada individu ini.
![](https://img.wattpad.com/cover/336287410-288-k95342.jpg)
YOU ARE READING
BLIND DATE [OG]
Romance3 jejaka, beza personaliti, beza latar belakang, lain impian dan lain tarikan. Cuma satu sahaja persamaan mereka, iaitu... berharta tanpa kebahagiaan. Oops, mungkin ada dua persamaan, Bercita-cita tanpa adanya sokongan. - Seni bukanlah satu kemewaha...