"Doktor! Mana dia?!" Gesa Aqil yang baru tiba di koridor wad hospital swasta.
"Qil, english..."
"WHERE THE BLOODY HELL IS HE?!" Carutan bercampurkan loghat British itu ditekannya pekat.
Iman terbeliak mata. Dia tepuk dada Aqil, suruh turunkan intonasi suara dan jaga adab. Aqil langsung tak peduli. Hujung telinga Iman dah merah.
"Hero Aryan!"
"Mana Hero Aryan?!" Lantang suaranya bergema. Iman berdecit. "Diam, Qil."
"Hormat pesakit lain juga," tegurnya tegas. Dia berbisik kuat di sebelah Aqil. Segan dengan semua mata-mata yang mula menjeling mereka berdua. "Pergi mampus lah orang lain!"
"Sekarang ini, Hero mana Hero?!"
"Here, sir." Pintu private wad yang diandaikan di mana Hero dirawat dibuka seorang doktor lelaki yang kekal professional dan tenang.
Tanpa tunggu apa-apa lagi, Aqil terus menerpa masuk.
"Thank you." Iman senyum kekok. Dia turunkan kepala sedikit tanda menunjukkan budi bahasa kepada doktor itu.
"Don't mention it," balas doktor itu sebelum dia tutup kembali pintu wad selepas Iman memasukinya.
Toleh sahaja Iman ke arah katil, jantung dia hampir mahu tercabut daripada jasadnya.
"Aqil!" Berpusu dia lari mendapatkan Aqil yang hampir mahu meninju Hero yang tidak sedarkan diri.
"Ride, ride..."
"Ride lah sangat!"
"Sebelum kau sempat nak mengucap, lebih baik sambung ride dulu lah kan."
"Pergi fly!" cemuh Aqil geram. Kedua belah lengannya ditahan Iman, tapi dia masih bertindak agresif. Tetap mahu menghampiri Hero yang masih terlantang atas katil.
"Ha, memang. Memang elok!"
"Nyawa kau banyak macam kucing, kan?!"
"Enam nyawa, kan?! Nak risau apa? Elok lah pergi ride sampai mampus hujan-hujan lebat macam ini," hambur Aqil sekuat-kuatnya sehinggakan urat di lehernya timbul. "Dah bosan sangat hidup, kan?!"
"Sembilan, Qil. Sembilan."
"Kucing ada sembilan nyawa—"
"KESAH PULA AKU?!" Iman ketap bibirnya rapat-rapat. Mata dipejam rapat. Angguk-angguk. Tangan masih halang Aqil daripada tendang Hero yang masih tidak sedarkan diri itu.
Nampak sahaja aksinya ganas, tetapi sebenarnya Aqil hanya risau.
Dapat sahaja panggilan daripada hospital tadi, dadanya terus rasa terhimpit.
Dialah pemandu paling berhemah antara mereka bertiga, tetapi tadi dia baru langgar tiga lampu isyarat.
Tak pernah-pernah dia langgar lampu isyarat dalam hidupnya. Kalau kuning pun Aqil mesti akan terus berhenti dan bukannya pecut.

ANDA SEDANG MEMBACA
BLIND DATE [OG]
Romance3 jejaka, beza personaliti, beza latar belakang, lain impian dan lain tarikan. Cuma satu sahaja persamaan mereka, iaitu... berharta tanpa kebahagiaan. Oops, mungkin ada dua persamaan, Bercita-cita tanpa adanya sokongan. - Seni bukanlah satu kemewaha...