Iman pinkan kertas memo pada papan kenyataan di hall. Usai itu, dia masukkan tangan ke dalam poket seluarnya sebelum melangkah perlahan tiga tapak kebelakang.
Dia tersenyum tipis.
Matanya melirik pada setiap permukaan papan kenyataan yang penuh dengan pelbagai poster sebelum ia tertancap kembali pada memo kuning yang berada tepat di tengah-tengah papan itu.
Dia menarik nafas dalam sebelum mengeluskannya lembut dan panjang. Beg sandang yang terletak elok di atas lantai itu diraih lalu digantungkan pada sebelah bahu bidangnya.
Iman tak tahu kenapa tiba-tiba dia mahu sebarkan puisi karyanya di universiti ini.
Tapi dalam masa yang sama, dia berharap bahawa kata-katanya itu sampai kepada seseorang yang sangat memerlukan.
Hatinya kadang terasa berat apabila dia ditenggelami dengan pelbagai coretan dan diberikan tiada tempat dan ruang yang cukup untuk meludahkan kata-kata itu dengan sepenuhnya.
Sebagai seorang penulis sendiri, Iman akan kerap berpikir.
Dan apabila dia mula berpikir, mulalah bermacam-macam ayat yang lalu.
Dalam masa yang sama, mindanya terlintas satu soalan.
Mengapa di dunia ini wujudnya dua jenis individu yang berbeza seperti seorang penulis dan seorang pembaca?
Iman akan raih jawapannya sendiri apabila dia mula bertanya. Jadi, jawapan yang Iman dapat berikan ialah,
Mungkin penulis dapat mewakilkan seseorang individu yang tidak dapat analisis perasaan dan emosi diri mereka sendiri.
Apabila kata-kata yang dirangka itu tepat dan nyata, apabila sasteranya indah dan sempurna, mungkin dia dapat rungkaikan sesuatu yang tersembunyi dan terselindung di dasar dalam diri seseorang iaitu; seorang pembaca.
Iman bertekad mahu jadi kunci yang dapat membuka pintu yang mengurung kotak hati diri seseorang.
Ana harap ia dapat memahami seseorang, omelnya sebelum dia mengangkat langkah untuk menghadiri kuliah. Kakinya ringan sahaja menaiki anak tangga luas dan vintaj itu.
•••
If you believe that you only live once,
Allow yourself to grieve and mourn.
Time will mend your heartache.Mira berkerut saat pancainderanya tertangkap pada memo kuning yang menyerlah antara semua poster yang terpapar di permukaan papan notis itu.
Seperti ada daya tarikan magnet, langkahnya membawa dia sendiri dekat dengan memo tersebut.
Mira tersenyum kelat apabila dia membaca cantuman ayat yang indah itu.
"Siapa penulisnya...?" omel Mira bersendirian. Kertas memo itu ditanggalkan lalu dibelek-beleknya. Mencari nama si penulis.
"Mira! Are you coming?" panggil salah seorang kawan sejurusan Mira. Mereka berkumpul di hadapan tangga. Ada yang bergelak tawa dan ada yang rancak berbual. Dia mengangguk perlahan. "Yeah..."
"Yeah..., coming!"
Memo tadi Mira simpan dalam kocek jaketnya.
Tak rasa seperti ia salah untuk Mira simpan untuk dirinya sendiri.
•••
YOU ARE READING
BLIND DATE [OG]
Romansa3 jejaka, beza personaliti, beza latar belakang, lain impian dan lain tarikan. Cuma satu sahaja persamaan mereka, iaitu... berharta tanpa kebahagiaan. Oops, mungkin ada dua persamaan, Bercita-cita tanpa adanya sokongan. - Seni bukanlah satu kemewaha...