"Urm... by the way, pipi awak—" Aqil tak mampu nak tegur. Dia takut-takut nak sentuh luka Mira. Aqil yang okay itu pula yang terasa sakit.
Pipi Mira tiba-tiba terasa suam. Bawah matanya berdenyut-denyut.
Ngilu.
"Darah..." Mata Iman membulat. Tekak Mira perit. Dia tahan sakit dan tahan diri sendiri daripada menangis. Dia tak mahu Hero gusar.
Tapi sumpah sakit.
Hero melutut di sebelah kanan Mira. "Aku betul-betul minta maaf," ucapnya ikhlas. Nada suaranya perlahan dan sedikit terdesak. Mira dapat rasakan betapa bersalahnya lelaki itu sekarang ini. Aqil cepat-cepat keluarkan napkin dari kocek seluar slacknya. Dia baru teringat dia sentiasa bawa napkin di mana-mana sahaja.
Belum sempat dia mahu beri kepada Mira, Hero terlebih dahulu hulurkan plaster pada Mira.
"Thanks."
Hero mengangguk sebagai balasan. Matanya masih tertancap pada Mira. Dia tahu gadis ini sedang tahan sakit. Keadaannya pun nampak teruk. Tambahan pula, dia berdaya lelaki, nak bandingkan dengan kudrat perempuan pula. Memang sakitlah Mira jawabnya. "I really am sorry."
"Sial!" Carut Hero.
"No, kalau bukan sebab Aqil tak elak... aku tak akan tertendang kau—"
"Ewah, kau. Nak salahkan aku pula?" Biasanya memang setiap hari Aqil dan Hero akan bergaduh. Ia seperti rutin harian mereka. Tapi sekarang, ia bukan setakat tahap gaduh main-main. "Fuck you, man—"
"Woah!" Iman tepuk dada Hero sekali. Kerutan terhias di dahi luasnya. "Language, young man."
"Foul language only for someone who is weak and lack of linguistic skills." Oktaf suara Iman tidak meninggi, tetapi dia kedengaran tegas.
"No, it's true though. I—You can't blame me alone on this. I didn't know she was there, okay?"
"You should've told me!"
Hero ketap giginya rapat sehingga rahangnya bergerak. Tetap tak mahu mengaku salah. Dia langsung tak pandang Aqil. Matanya tetap pada Mira. Tetapi pandangannya penuh kebencian.
Dia benci dirinya sendiri sebab sakiti perempuan.
"Well, at least it wasn't my foot that kicked her in the face at the first place—" Nafas ditarik sekali sebelum dihembuskan lembut.
"Dah terang-terang salah kau, jangan nak salahkan aku lagi, coward," bantah Aqil senada. Iman menggenggam sebelah bahu Aqil. Memberitahu Aqil untuk tamatkannya dengan pergerakkan dan bukan dengan bicara.
Mungkin mereka akan berbalah dengan lebih teruk kalau Iman tak hentikan mereka berdua.
"Erm... sorry. It was my... fault honestly. Saya nak jumpa Iman tadi to ask if maybe—perhaps awak pandai repair toilet?" Iman mengurut pelipis. Pening dia dengan ragam semua orang. Pelik juga dia dengan Mira ini.
Tapi apa daya. Mira memang degil.
Selagi tak capai tujuannya, selagi itu dia tak akan berhenti.
"Betulkan toilet? Yes... maybe ana boleh bantu," balas Iman.
"Okay, good. Boleh saya minta tolong awak betulkan flush tandas rumah saya tak?" Ulang Mira sekali lagi. Iman mengangguk.
Hero kalihkan pandangan. Dia toleh ke tepi. Membelakangi mereka bertiga dan menghadap dinding.
Hatinya seakan-akan rapuh. Terasa dengan perlian tajam Aqil. Perasaannya berbaur. Marah, geram dan kecewa dengan tindakkan bodohnya sendiri.

YOU ARE READING
BLIND DATE [OG]
Roman d'amour3 jejaka, beza personaliti, beza latar belakang, lain impian dan lain tarikan. Cuma satu sahaja persamaan mereka, iaitu... berharta tanpa kebahagiaan. Oops, mungkin ada dua persamaan, Bercita-cita tanpa adanya sokongan. - Seni bukanlah satu kemewaha...