ⓗⓔⓛⓛⓞ ⓓⓔⓐⓡⓘⓔⓢ!!
BEFORE yall baca cerita ni... i would like to remind you guys to tap the link on my profile first cause theres a playlist for each of my wattpad story 😉
That's all i would like to say. I hope you guys enjoy baca cerita ni like how i enjoy menulis 🫶🏻✨ i much appreciated you guys sebab luangkan masa reading my writing 😭
Much love for my muse 💖💋
_____________________________
PPANG!!
Bunyi tamparan kuat itu bergema di ruang yang kian sunyi. Wajahnya terteleng ke tepi akibat hanyunan sekilas yang dilepaskan secara mengejut. Terus tersungkur jatuh lelaki itu ke lantai.
Perlahan-lahan tangannya naik mengusap pipi yang mula terasa kebas.
Berpijar.
"Berdiri, Hero," arah Si Sang Ayah dengan tegas kepada anak terunanya. Hero mencengkam kuat kedua belah tangannya. Nafasnya naik turun. Penglihatannya kabur kerana menahan takungan air mata daripada pecah. Tekaknya pula perit menelan liur.
Sakitnya umpama lehernya dijerat akar berduri.
Tanpa berbalah, dia menurut pintahan ayahnya. Dia kembali berdiri tegak semula. Berpura-pura tiada apa yang berlaku.
"Kenapa ayah ada dekat sini?" tanyanya dengan sehabis baik cuba mengawal getaran dalam nadanya. Dia langsung tidak bertentang mata dengan ayahnya. "Kau boleh tanya aku kenapa?" Bengis.
Hero menggigit isi didalam mulut.
Dia tahu kenapa ayah berada di condominiumnya. Di UK. Pertanyaan tadi sekadar untuk memastikan tekaannya betul atau tidak sahaja.
Reaksi ayah yang sebegitu menunjukkan tebakkan dia terkena.
Dia sangat cakna keberadaan ayahnya di sini.
Hero mahu menunduk, tetapi dia dididik untuk berlagak kuat. Dengan itu, dia tidak mahu jatuhkan pandangan. Mata Hero ligat melilau di setiap sudut wajah ayahnya kecuali sepasang mata yang menggerunkan itu.
Tangannya dikepal lebih erat. Jejaka ini dibara api amarahnya sendiri. Dia marah kerana dia tidak mampu memantulkan emosinya sendiri.
Ia tidak kelihatan di luaran, tetapi rohaninya sedang meraung ketakutan.
"Hero tak secucuk dengan anak perempuan Tengku Ahmad," terangnya. Sedikit menggigil. Gentar Hero bayangkan apa tindakan seterus daripada ayahnya yang baran itu mendengar bantahannya. Kepala masih dipanggung, tetapi langsung tidak bersatu pandangan dengan ayah.
Dr. Reyzar, Pengarah Hospital tersohor di Malaysia, juga merangkap ayah kepada Hero itu tertawa sinis. Hero dinilai atas bawah.
"Ada aku suruh kau cari pasangan yang serasi ke?"
"Tak ada, bukan?" Mendatar intonasinya. Bahu Hero dipaut erat. "Hero, aku nak kahwinkan kau dengan orang yang sekufu dengan kita. Dengan itu, hospital aku bina dengan titik peluh aku sendiri itu boleh pergi lebih jauh! Kekal abadi sampai ke kerabat kita yang lain!" gertaknya kasar. Hero langsung tak berikan reaksi apabila ditengking dihadapan mukanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
BLIND DATE [OG]
Romance3 jejaka, beza personaliti, beza latar belakang, lain impian dan lain tarikan. Cuma satu sahaja persamaan mereka, iaitu... berharta tanpa kebahagiaan. Oops, mungkin ada dua persamaan, Bercita-cita tanpa adanya sokongan. - Seni bukanlah satu kemewaha...