Pintu usang itu berkeriuk apabila ditolak Hero.
Angin sepoi-sepoi bahasa mengelus lembut pipinya. Tubuhnya dikecilkan apabila kulitnya terasa seperti dicucuk-cucuk oleh angin sejuk. Tangan dimasukkan ke dalam poket hudnya.
Langkah diangkat menuju ke hadapan railing balkoni. Dia kemudian berdiri statik di situ.
Rambut hitamnya bertebangan dihembus angin itu dibiarkan sahaja.
Serbang habis helain-helaian rambut ikal di kepalanya itu.
Suasana malam ditemani cahaya gemerlap bintang dan lampu-lampu yang sibuk di jalan raya itu diamati Hero. Nafas ditarik dalam sebelum dihembusnya lembut.
Mata dipejamkan rapat. Dagunya ditongkat sebelum Hero ubah posisinya dengan lentokkan kepalanya di atas lengan sebagai bantal.
Nafas ditarik dalam lagi sebelum perlahan-lahan ia dilepaskan walaupun tersangkut-sangkut.
Hero sibuk menikmati kedamaian di mana mindanya sendiri tenggelam bersama bunyi-bunyi hon dan siren kenderaan di bandar yang riuh ini.
Saat di mana dia sendiri tidak dapat mendengar suara mindanya.
Dia celikkan mata perlahan. Bening matanya sayu. Hidungnya merah padam. Bibirnya yang tersembunyi disebalik lengannya itu menggeletar.
Hero kemamkan bibirnya.
Matanya mula berkaca.
Hero arif sangat bahawa mimpi yang terlintas sebagai mainan tidurnya beberapa hari lepas bukanlah datang daripada sebahagian memorinya yang kian pudar.
Mak tak pernah bercakap dengan dia selepas mengalami keguguran.
Suara mak pun dia hampir lupa.
Mustahil lah jikalau baru sekarang dia dapat ingat dengan jelas dan nyata suara maknya sendiri.
Sudah berbelas-belas tahun berlalu... kenapa baru sekarang perasaan rindu itu nak datang mencengkam jiwanya kembali?
Hero sudah bersumpah yang dia tidak pernah akan merindui wanita yang dulu pernah digelarnya mak itu walau sekecil kuman pun. Wanita itu betul-betul sanggup memadam kewujudannya di dalam sejarah hidupnya.
Jadi dia pun berhak buat benda yang sama... bukan?
Tak betul.
Tipu.
Seteruk mana pun dia dilayan, dan tua mana pun Hero sudah membesar sekarang ini... dia tetap akan rindu akan arwah mak.
Ada sahaja masa di mana dia rindukan keberadaan mak di sisinya. Dia masih terngiang-ngiangkan memori lamanya di mana mak akan sentiasa sedia untuk menghadiahkan satu pelukan hangat di hari-hari muramnya tanpa perlu berbicara.
Sebelum kenangan buruk datang menimpa mereka berdua,
mak sentiasa tahu.
Mak sentiasa kenal akan anaknya.
Hero tak perlu susah payah susun ayat untuk terangkan segala-galanya sebab dulu, ada orang yang akan memahaminya.
Dia mudah dibaca oleh arwah mak seperti buku yang memang dibiarkan terbuka.
Dia mengeluh berat sebelum menggeleng-gelengkan kepala seolah-olah cuba mengosongkan fikirannya.
Aku tak rindu sesiapa.
"It was just a dream," omelnya perlahan. Lemah. Seakan-akan berat sahaja ayat itu mahu meniti keluar daripada mulutnya.
Intonasi terpaksa.

ANDA SEDANG MEMBACA
BLIND DATE [OG]
Romance3 jejaka, beza personaliti, beza latar belakang, lain impian dan lain tarikan. Cuma satu sahaja persamaan mereka, iaitu... berharta tanpa kebahagiaan. Oops, mungkin ada dua persamaan, Bercita-cita tanpa adanya sokongan. - Seni bukanlah satu kemewaha...