7 | SALAH AIM

8 2 0
                                    

"Imaaaaannnn!!!"

   "My sweet little honey pookie, pumpkin pie with cherry on the top. Where have you been?" Iman tilik Aqil yang goncang-goncang tubuhnya dengan pandangan sangat menilai. Buka sahaja pintu terus dia disergah.

   Iman tepis tangan Aqil. Dia melangkah malas ke dalam condominium. Menuju ke dapur.

   "Ayuk..." usik Hero tanpa keluarkan suara. Cukup sahaja dia lip-sync. Hero dan Aqil saling berpandangan. Iman melepasi Hero yang tercegat di pintu utama seperti biasa, tetapi auranya luar biasa. Aqil dah gigit kuku.

   "Apa yang kau dah buat, ha, ha..." Hero sengaja takut-takutkan Aqil. Tangan dituding-tuding. Dia kena salahkan Aqil juga untuk redakan rasa sebal dia sendiri. Aqil menghampiri Hero lalu ditolak bahunya sekali. Hero tergelak kekok walaupun dia hampir terjatuh ditolak oleh Aqil. Dia sendiri pun takut bayangkan masa hadapan dengan angin suram Iman. Mereka berdua lantas mendapatkan Iman.

   Gulp...

   "Patah balik. Patah balik," bisik Aqil kepada Hero. Ditolak-tolaknya Hero untuk keluar dari kawasan dapur. Baginya, idea untuk pujuk Iman dan mengaku kesalahannya hari ini adalah bukan keputusan terbaik apabila dia ternampak kujur tubuh Iman duduk di kerusi makan dapur dengan lampu malap mengenggam pisau daging dengan tegak pacakannya atas meja di tangan kiri manakala garpu tajam di sebelah tangan kanan. Riaknya gerun sahaja. Sungguh tidak mesra untuk didekati. Gaya bapa-bapa bersedia untuk membebel anaknya pun ada.

   Pinggan pula kosong.

   Makanan tak terhidang lagi. Aqil baru setting meja tadi.

   Belum sempat Hero dan Aqil mahu mengundur langkah, Iman bersuara. "Telefon ada buat apa?"

   "Ana call seorang pun tak angkat."

   "Chat pun tak balas... Buat apa ada telefon kalau tak reti pakai, kan?"

   Aqil dan Hero terdiam. Bibir diketap rapat. Kepala menunduk. Jari dilaga-lagakan.

   Hero kerling Iman dua, tiga kali.

   "Man... Tarik nafas, jangan lepas. Tak mahu lah marah-marah. Kedut-kedut kat muka tu... aku rasa kau dah berumur la—" Hero tepuk belakang kepala Aqil buatkan dia mengaduh sakit. "Tarik nafas, lepas." Hero tersengih kekok. Dia betulkan ayat Aqil. Aqil kalau dah panik, dia pun tak tahu dia cakap apa.

   Terus kecut perut bila mata Hero bertentang dengan mata Iman. Lantas dia kembali menunduk. Tenung lantai kayu ini lagi selamat. Aqil gosok-gosok kepala.

   Kecut perut dia.

"Yeah, call me old. ana guarantee atok, nenek, moyang antum akan melalak tengok antum dengan generasi sekarang."

"Genz ke?" tanya Aqil selamba. Dia dapat jelingan tajam bak mata pisau oleh Iman sebagai balasan. "Menjawab, ya. Menjawab." Bibir diketap rapat. "Deym... who hurt you?" bisik Hero sayup-sayup angin.

Iman berdiri, Aqil dan Hero serentak mengundur satu langkah kebelakang. "You two," jawab Iman senada. Bengis. Aura-aura mafia Itali pun ada.

"Dear God, please bury my corpse in Willy Wonka's chocolate factory," doa Aqil bersungguh. Sebab dia tahu dia jadi batu api tadi.

"Ma-m-m-i-ima-im-ma-man-Man-Man-Iman!"

   "Are—are you a construction worker?" Hero paksa diri dia untuk pasang riak ceria dan tak gentar walaupun dia gagap teruk. Mata kirinya dah twitching.

BLIND DATE [OG]Where stories live. Discover now