"Kau duduk sana lah!"
"Kau tepi lah!"
"Yang kau sibuk ikut aku ke sini kenapa?" Hampir terpecik-pecik keluar air liur si Hero ini berbalah dengan Mira. "Ikut suka aku lah!"
"Setakat Nasi Lemak je... aku pun ada duit sendiri lah nak bayar!"
Tak puas bertikam lidah, kini mereka saling membalas jelingan pula.
Waiter yang tadinya menjadi pengantar mereka menuju ke pintu keluar utama itu mula terasa sedikit menyesal. Dia hanya tersenyum kelat.
Diri antara Hero dan Mira macam patung cendana.
Nak buat apa lagi kan?
Naya kalau dia sendiri yang hantuk kepala dua insan ciptaan Tuhan ini.
Tak pasal-pasal kena pecat.
Bersabar sahaja lah.
Bukannya dia faham mereka gaduhkan apa.
Setakat berdesing telinga, pening sedikit dengar Hero dan Mira rap bahasa asing, apa lah sangat.
Dia pun hampir pitam.
Hairannya, tak akan lah balik pun nak bergaduh.
Hadap je lah.
Dah nama pun kerja.
Hanya orang yang kesabarannya tinggi sahaja mampu kerja bahagian service. Tak kuat, memang koyak kau dik.
"Bayar asing-asing lah macam itu!" Hero memberi kata putus. Boleh kemarau tekak dia bergaduh dengan si Mira ini.
Langsung tak nak mengalah!
"Fine!"
"Yes... sir? Mi-miss?" Tergagap-gagap waiter itu dengan loghat pekat British dia. Mana taknya,
Hero dan Mira serentak pandang dia macam pemangsa nak terkam mangsa.
"I would like to pay for the dinner—" Mira membuntang pandang Hero. "Tengkorak kau lah!"
"Tadi kata nak bayar asing!" Hero hiraukan Mira macam langau hijau yang berdengung di telinganya. Kad platinum dia dikeluarkan daripada wallet berjenama Tommy Hilfiger.
Kad hitam legam macam buntut kuali dia ada je dalam dompet.
Cuma malas nak riak.
Hari ini angin dia mahu jadi insan yang merendah diri sedikit.
Tangan Hero ditepis pantas sebelum dia sempat hulurkan kadnya kepada waiter.
"Take mine," suruh Mira. Kad Visa diberikan.
Waiter itu mengangkat kedua belah tangannya paras bahu.
Menolak.
Hero tertawa sinis.
"See. Orang dah nampak kad aku, mestilah dia tak akan ambil kau punya." Yakin sahaja intonasi lelaki ini. Sedikit bongkak. Mira menjelingnya tajam.
Hinanya.
Mira mengeluskan keluhan berat. Tubuh dipusingkan menghadap Hero.
"Sudah lah Hero,"
"Macam-macam lah kau orang dah kasi aku. Biar lah kali ini aku pula yang bayarkan," lemah sahaja suara Mira. Sedikit sebal apabila difikirkan bahawa dia sudah banyak menumpang kekayaan tiga sekawan itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/336287410-288-k95342.jpg)
YOU ARE READING
BLIND DATE [OG]
Lãng mạn3 jejaka, beza personaliti, beza latar belakang, lain impian dan lain tarikan. Cuma satu sahaja persamaan mereka, iaitu... berharta tanpa kebahagiaan. Oops, mungkin ada dua persamaan, Bercita-cita tanpa adanya sokongan. - Seni bukanlah satu kemewaha...