Hero kerling Mira yang berdiri bersebelahannya. Mereka berdua sedang asyik ambil angin di laman atas bumbung condo.
Pada awalnya, hanya ada Hero sahaja bersendirian di situ.
Syok menyisip air soda dalam tin sambil memerhatikan lampu-lampu yang menyinari bandar yang gelap itu. Tak lama dia berseorangan, tiba-tiba Mira hadir. Menemaninya tanpa diminta dan diduganya.
"Kau buat apa kat sini?" soal Mira bingung. Dia kerap lepak atas bumbung ini. Selalunya tiada orang pun. Jadi, kesunyian itu menenangkan Mira. Bunyi-bunyi kenderaan di jalan raya pun tak adalah buatkan dia rasa keseorangan sangat. Tahu-tahu ada Hero pula malam ini.
Hero jungkitkan kening. "Laman ini supposedly hak milik aku."
"Jadi, soalan tadi berbalik pada kau, Mira."
Mira menuju ke arah di mana Hero berdiri.
"Eleh, poyo."
"Pinjam sekejap lah."
Usai perbualan itu, mereka berdua diam.
Hanya memerhatikan hari malam berlalu.
Hero ketuk-ketuk tin kosongnya dengan jari sebelum dia sorok-sorok pandang Mira.
Mira tampak tenang, tapi bening matanya sayu. Bawah matanya gelap. Anak matanya tiada pancaran. Wajahnya tiada reaksi, tetapi Hero dapat rasa yang gadis ini dalam kesedihan.
Keluhan panjang dilepaskan sebelum Hero menundukkan pandangan. Mencampakkan pandangannya menyaksikan lampu merah dan kuning kenderaan di bawah.
"Kau mimpi buruk lagi ke?" tanya Hero risau. Perlahan-lahan dia cuba korek intisirat yang Mira tak tulis di wajahnya."Hm..."
"Boleh dikatakan macam itu."
Hero diam seketika sebelum dia sambung ayatnya. "Wanna talk about it?" Mira terus tolehkan wajahnya, memandang Hero. Mata Hero yang kelam, tetapi bersinar itu ditatap Mira lama.
Mira tertawa sinis.
"Nak pula kau?"
"Aku baru je offer without you asking me to...? Aku yang nak..., Mira." Perkataan nak itu ditekan.
Mira geleng. "It's fine."
"That won't help."
"Kenapa pula?" Laju sahaja Hero membalas. Dia berkerut. Dari tadi dia tak lepas memandang sisi wajah Mira. Gadis itu hanya tersenyum kelat. "It's just..."
"Aku boleh bertahan lagi." Hero tertawa sinis. "Seriously?" Sinis Hero buatkan Mira pula yang bertaut kening. Mata mereka berdua tertancap.
"Jom main teka-teki,"
"Cuba teka Mira real, or fake. Cause yeah... human does have feelings. And what they feel is what makes them human. But for this girl... it's otherwise."
"Aku rasa dia robot sebab manusia yang betul tak akan sorokkan perasaan melainkan dia lemah." Mira terus pusingkan badannya 180 darjah menghadap Hero. Dia tertawa besar.
"Ha!"
"Lemah?" Terhambur tawa dia. Menyindir semula.
"Suka hati kau je claim aku lemah, eh?" Kening Mira bertaut. Hero kekal tersenyum sinis. "Apa? Aku salah ke?" Muka tak serba salah Hero membuatkan Mira membara. Mira yang tergelak tadi terus bertukar riak wajah.

ANDA SEDANG MEMBACA
BLIND DATE [OG]
Romance3 jejaka, beza personaliti, beza latar belakang, lain impian dan lain tarikan. Cuma satu sahaja persamaan mereka, iaitu... berharta tanpa kebahagiaan. Oops, mungkin ada dua persamaan, Bercita-cita tanpa adanya sokongan. - Seni bukanlah satu kemewaha...