"Kan ana dah kata." Iman jongket-jongketkan kening tebal dia. Usai itu, dia betulkan bingkai cermin mata tengahnya dengan jari telunjuk lalu tubuh dipeluk bangga.
Aqil gulingkan biji mata ke atas.
Menyampah tengok Iman berlagak, satu. Jengkel sebab tekaan Iman betul, dua.
Hero yang tersandar di pintu masuk Mira umpama penjaga yang dibayar gaji lebih masa itu ditilik Aqil atas, bawah. Dia geleng-gelengkan kepala.
Tak pernah menyangka sifat pelindung Hero akan bertindak sejauh dan semanis ini.
Semalaman Hero tak balik. Aqil pun diserang kerisauan manakala Iman tenang bak lautan yang tiada ombaknya.
Katanya dia tahu Hero di mana. Jadi sebab itulah mereka berdua tiba di hadapan pintu condo Mira pada pagi ini.
"Ana rasalahkan..."
"Hero suka Mira."
Aqil laju mengalihkan pandangannya kepada Iman. Dahinya dihias dengan kerutan. "Cupak pesuk je kamu ini," tegurnya. Iman angkat kedua belah tangannya tanda mengalah. "Just saying."
"Tak ada sesiapa yang akan cuba lakonkan semula kisah romantis Rasulullah kalau dia tak suka gadis itu," tambahnya lagi.
Kalau Nabi Muhammad dulu tidur di hadapan pintu disebabkan dia tidak mahu kejutkan Saidatina Aisyah, isteri baginda, di larut malam, kini Hero juga tidur di hadapan pintu condo Mira.
Cumanya, Hero tidak mahu Mira rasa keseorangan. Persamaannya pula, kedua-dua kaum Adam ini mahu kaum Hawa itu dibuai lena dengan selamat.
"Man, balik nanti bebel kat Hero." Iman tampilkan riak wajah 'mengapa?' pada Aqil. Aqil mengeluh berat. "Kepala hanguk kau lah romantis ke tak. Ini... kalau Mira tahu habis kita tau?"
Iman berkerut. "Kenapa?"
"Kalau ana jadi Mira, ana akan jatuh cinta saat itu juga."
"Itu kau."
"Kalau dia... kita tak pasti."
"Mira itu kalau tak suka Hero, boleh dianggap stalker budak ini nanti." Iman terbeliak mata.
"Astaghfirullah, betul juga kata antum itu."
"Tapi comellah."
"Sikitlah."
Iman tersenyum-senyum sipu.
"Ui." Hero terus dikejutkan oleh Aqil untuk kembali ke realiti. Bahunya dicuit. Membantu Hero lambaikan salam kepada alam mimpi buat seketika. Kepala Hero tersengguk ke tepi. Sebelum kepalanya terhantuk pada lantai, Iman pantas menyambutnya.
"Hrm...?" Mamai Hero.
"Apa yang..." Mira terdiam seribu bahasa.
Mana tidaknya. Buka-buka pintu sahaja, terpampang muka tiga jejaka yang kacak di hadapan pintunya. Apa yang buatkan dia lagi terkejut di pagi hari ini pula ialah Hero yang terlena bersandar di pintunya beberapa saat tadi.

ANDA SEDANG MEMBACA
BLIND DATE [OG]
Romance3 jejaka, beza personaliti, beza latar belakang, lain impian dan lain tarikan. Cuma satu sahaja persamaan mereka, iaitu... berharta tanpa kebahagiaan. Oops, mungkin ada dua persamaan, Bercita-cita tanpa adanya sokongan. - Seni bukanlah satu kemewaha...