Bab 4

10.2K 618 53
                                    


             Begitu cepat masa berlalu. Sedar tak sedar sudah hampir sebulan aku ditugaskan di marketing department. Banyak pengalaman baru yang aku perolehi. Aku juga berpeluang berkenalan dan belajar perkara baru daripada kakitangan yang ada di situ. Cuma hubungan kerjaku dengan Linda sahaja yang belum menunjukkan sebarang kemungkinan untuk membaik. Ia sekaligus membuatkan aku merasa tidak sabar untuk dipindahkan ke jabatan lain. Agar tidak perlu lagi berhadapan dengannya. Mujur ada Sara, dialah yang paling banyak membantuku bertahan di situ. Aku juga sudah tidak mengalami masalah untuk bangun awal untuk ke tempat kerja memandangkan sudah terbiasa dengan jadual baru itu. Terkadang aku bangun awal sebelum sempat alarmku berbunyi. Itu satu pencapaian yang baik bagiku. Iyalah suatu ketika dahulu ia sesuatu yang sukar untukku lakukan kerana aku bukanlah orang yang gemar bangun awal. Aku rela menukar sesi kuliah untuk menyesuaikan masa kuliah dengan jadual tidurku. Tapi kini, ia bukan masalah lagi.

"Reia, I got something to tell you." Ujar Hana mematikan lamunanku. Kami sedang menikmati makan tengah hari ketika itu. Mendengar suara Hana yang serius, membuatkan aku menumpukan sepenuh perhatian padanya. Isaac yang sedari tadi fokus pada nasi goreng kampungnya juga sudah sedia memasang telinga. "Daddy kenalkan I dengan bakal ibu tiri I semalam. They are getting married next week." Terangnya dan aku hanya mengangguk faham.

"Okay. So..?" Soalku inginkan kepastian.

"I cakap I okay dorang kahwin asalkan dia bagi I pindah duduk luar. I nak pindah ke rumah Mummy. Rumah tu kan dah lama kosong." Terang Hana.

"So, uncle setuju?" Soalku turut teruja. Masih teringat Hana pernah menyuarakan keinginannya yang sama dulu ketika kami masih di semester kedua namun ditolak mentah-mentah oleh ayahnya.

"Hampir setuju. Dan I perlukan bantuan you untuk buatkan Daddy setuju sepenuhnya." Jawabnya membuatkan aku mengerutkan kening. "I bagitahu Daddy yang you akan stay dengan I. Jadi dia tak perlu risau I duduk sorang-sorang kat sana. Jadi, sekarang semuanya bergantung pada you. You have to say yes so that I will get my key to the house." Tambah Hana. "Please Reia. I know you want this too, right?" Pujuknya lagi..

"Hana, I memang nak. Tapi you tahu kan parents I." Ucapku. Tahu benar Mama dan Papa takkan semudah itu membenarkan aku tinggal berjauhan dari mereka. "Unless..."

"Unless what?" Soal Hana pantas.

"Unless you help me convince them." Sahutku.

"I betul-betul perlu yakinkan Daddy." Ucapnya sambil terdiam sejenak sebelum tersenyum memandang sesuatu atau seseorang di belakangku. "I think I know how to make this work." Ucap Hana penuh makna.

"What are you girls planning?" Soal Rich yang tiba-tiba muncul dari arah belakangku. Aku tersengih, akhirnya mengerti rancangan Hana. Terlalu fokus pada perbincangan kami tadi membuatkanaku langsung tidak menyedari kehadiran dia dan Haris di situ.

"Rich, you datang tepat pada masanya. What would you say if we told you that you are part of our big plan?" Soal Hana pada Rich yang kelihatan terpinga-pinga namun cepat menarik kerusi dan duduk di sebelahku.

"Sorry girls, I taknak terlibat dalam plan korang." Putusnya sambil meneliti menu di atas meja.

"Hey, you tak dengar pun lagi kami bincang tentang apa. Dengar dulu baru you buat keputusan. That is part of communication skill bro. You should know that." Ucapku. Rich membesarkan matanya tanda tidak berpuas hati dengan pernyataanku itu.

Seseorang Seperti Dia ✔Where stories live. Discover now