Bab 19

9.5K 604 85
                                    


             Mengingat kembali janji temu pertama aku dan Haris sentiasa membuahkan bunga-bunga di hatiku. Itulah permulaan kepada episod-episod bahagia dalam hidupku bersamanya. Hubungan kami menjadi bertambah mesra dan intim sejak hari itu. Seperti yang dirancang, dua minggu sebelum aku kembali menjalani semester terakhir sebagai pelajar, kami telah sah disatukan sebagai suami isteri. Mungkin kerana hatiku sedang dibuai bahagia, waktu terasa begitu cepat berlalu. Duniaku terasa begitu indah. Perjalanan hubungan kami dari tempoh bertunang, membuat persiapan perkahwinan sehinggalah hari perkahwinan kami yang sudah berlangsung hampir 3 bulan yang lepas terasa seolah baru semalam berlaku. Semuanya telah kusimpan kemas di dalam memoriku. Majlis sederhana yang hanya dihadiri kenalan dan keluarga terdekat itu berjalan cukup lancar dan meriah.

            Cuma Papa yang sedaya upaya membuatkan kami setuju dengan cadangannya untuk menangguhkan majlis itu sekurang-kurangnya sehingga selepas aku menggenggam segulung ijazah. Namun, kesungguhan Haris telah berjaya mematahkan cubaannya itu. Dan ya, aku bersyukur aku tidak menolak untuk menamatkan zaman bujangku pada usia yang muda. Kebahagiaan yang kurasai setelah bergelar isterinya telah menutup segala rasa gusar yang pernah timbul sebelum ini. Masih segar lagi di ingatanku bagaimana indahnya duniaku hari itu. Terasa seolah berada di alam khayalan apabila aku dan jejaka yang kuidamkan sejak sekian lama akhirnya disatukan dalam satu ikatan suci yang sah. Haris Raslan Raffi akhirnya telah menjadi milikku. Dia telah sah menjadi suamiku. Terasa seperti mimpi, namun aku gembira ia ternyata benar-benar realiti. Siapa sangka, lelaki yang dulunya terlalu jauh dari jangkauanku akhirnya bisa aku dapatkan.

"Masa masak, fokus. Jangan mengelamun." Tegur Haris tiba-tiba. Laju dia menarik senduk dari tanganku. Pantas dia mengecilkan api dan mengambil alih tugas mengaul kari ayam yang sedang mengelegak di dalam kuali itu. "I lambat sikit tadi, confirm hangus dah." Tambahnya sambil mengeleng kepala.

"Sorry." Pintaku sambil menghantar pandangan bersalah padanya.

"It's okay, baby." Balasnya sambil sebelah tangannya mengelus lembut pipiku, mengembalikan senyum di bibirku. "Tapi you can consider this as your first and last cooking lesson with me." Tegasnya membuatkan muncungku laju menampakkan diri.

"What! Why??" Soalku tidak percaya dan melihat Haris menjingkitkan sebelah keningnya mendengar soalan itu. Dia menutup api setelah pasti kari ayam itu sudah masak sebelum menumpukan sepenuh perhatiannya padaku.

"Rasanya apa yang jadi tadi dah cukup untuk I jadikan sebagai sebabnya. No wonder Mama tak bagi you masuk dapur. I can see why now." Komennya membuatkan aku mengeluh hampa.

"Tapi you dah janji dengan Ibu untuk ajar I." Balasku sayu. Aku ingat lagi bagaimana aku menyatakan hasratku untuk belajar memasak kepada Ibu beberapa minggu yang lepas dan bagaimana sukarnya mencari insan yang sudi menjadi guru buatku. Ibu yang cukup menyokong hasratku itu telah berjanji untuk memujuk Haris yang ternyata mahir memasak itu untuk menjadi guruku.

"I can't believe you're using my mom against me." Komennya membuatkan aku membesarkan mata tidak percaya. Terkejut mendengar tuduhannya itu.

"What? No.. I did not." Ujarku cuba mempertahankan diri. Terkebil-kebil memandangnya. Tidak percaya Haris berfikiran begitu. Namun aku akhirnya faham apa yang dia maksudkan selepas mendengar ayat seterusnya.

"I rasa Ibu dah lupa siapa anak kandung dia lepas you ada." Ucapnya sambil merenungku dengan pandangan sedih yang dibuat-buat. Membuatkan aku ketawa.

"Oh my poor sayang." Ujarku sambil memeluknya erat. Menjingkitkan kakiku untuk menyamai ketinggiannya dan menghadiahkan ciuman di pipinya. Spontan aku melihat senyuman kecil di bibirnya. "Sorry, Ibu sayang I lebih daripada you. Tapi you jangan risau nanti I cakap dengan Ibu dia kena adil layan kita lepas ni, okay?" Pujukku berseloroh.

Seseorang Seperti Dia ✔Where stories live. Discover now