Bab 24

9.3K 600 43
                                    

Masih terngiang-ngiang kata-kata Bia di telingaku. Masih jelas sekali pandangan penuh harapan Dea Natalia tatkala mendengar perkataan Papa muncul dalam perbualan kami. Hatiku terasa pedih. Jiwaku sedih. Aku ingin merasa marah, namun aku tahu mana mungkin aku boleh salahkan anak kecil itu. Mana mungkin aku boleh salahkan Bia mahupun Haris. Lebih-lebih lagi setelah mengetahui apa yang sebenarnya terjadi. Mereka berpisah kerana terpaksa. Menurut Bia, perpisahan mereka terjadi atas desakkan Ibu, wanita yang aku sayang dan sanjungi. Jika bukan disebabkan itu, pasti Bia dan Haris sedang berbahagia kini. Kerana itu juga, Dea Natalia menjadi mangsanya.Terpaksa membesar tanpa kasih sayang seorang ayah sejak lahir.

Dan aku. Di mana letaknya aku dalam situasi ini. Tidak pernah kusangka ketika aku sedang leka menyulam bahagia, badai datang melanda. Memusnahkan segala sangkar yang kubina untuk menjerat hati Haris agar kekal setia selamanya, hanya untukku. Tak mungkin aku harus berkorban demi kebahagian mereka. Tak mungkin aku tega memusnahkan kebahagiaanku sendiri untuk Bia dan Dea. Aku tidaklah sebegitu mulia untuk menghadiahkan itu kepada Bia. Tak mungkin! Cintaku pada Haris terlalu besar untuk kukorbankan. Rasa suka yang sudah kusulam sedari kecil bertukar kepada cinta bila menginjak usia remaja. Dan ketika kukira cinta Haris akhirnya berjaya kumiliki, Bia muncul kembali. Cuba merobohkan istana cinta yang sedang kami bina bersama.

"Reia..kenapa ni?" Soal Hana. "Talk to me please." Ucapnya lagi apabila tidak melihat sebarang reaksi dariku. Bukan aku tidak mahu bercerita, tapi mulutku seakan terkunci, gagal berkata-kata. Rasa sebak yang sedang melanda di dalam dada menyukarkan aku untuk bersuara.

"Reia...tell me please." Desak Hana lagi sambil membawaku ke dalam pelukannya. Aku menangis lagi. Hana membiarkanku tenang. Membiarkan aku mengumpul kekuatan dalam diri. Mujur ada Hana. Jika bukan kerana dia, mungkin aku masih lagi menangis di dalam kereta di taman permainan itu. Hana, selepas mengetahui lokasiku memintaku untuk menunggunya di situ. Tidak sampai setengah jam kemudian dia datang menaiki teksi dan memandu keretaku. Membawaku terus ke rumahnya.

"Are you okay now?" Soalnya lagi apabila tangisanku sudah berhenti. Aku mengangguk pendek. "What happen Reia?"

"I tak tahu nak mula dari mana." Ucapku dalam sebak. "I can't believe Haris did this to me." Ucapku perlahan.

"Haris? Apa yang Haris buat?" Soal Hana hairan. Aku juga masih belum mampu memberikannya jawapan.

"Bia..I jumpa Bia tadi." Terangku akhirnya. Hana mengerutkan dahi namun menahan diri dari bertanya. Dia hanya memandangku, sabar menunggu penjelasan. "She told me everything. Her side of the story of course. Tapi daripada cara Haris layan I beberapa minggu ni buat I tak rasa Bia mereka-reka cerita." Tambahku.

'Wait, I'm confuse here. Can you start from the beginning please? Apa Haris buat pada you? Dan siapa Bia? Are you talking about Bia Natasha??" Soalnya bertubi sambil mengerutkan dahi.

Aku menarik nafas panjang sebelum mula menceritakan apa yang berlaku. Bermula dengan kesibukkan Haris dan keadaannya yang sering kelihatan tertekan sejak beberapa minggu kebelakangan ini sehinggalah perjumpaanku dengan Bia pagi tadi. Ceritaku terhenti seketika, mencari kekuatan menyampaikan berita seterusnya. "I met Dea too." Ucapku membuahkan kerut di dahi Hana.

"Dea..siapa Dea?" Soalnya keliru.

"Dea Natalia. Her daughter." Jelasku dan melihat wajah Hana tambah keliru. "Bia beritahu I yang Dea tu anak dia dengan Haris." Terasa pahit melontarkan ayat itu. Segalanya terasa lebih nyata setelah diluahkan kepada orang lain.

"What? Are you sure?" Soal Hana tidak percaya.

"I pun tak nak percaya, Hana. Tapi itu yang Bia beritahu I." Terangku. "She will turns 4 years old next week." Tambahku. "Kalau you dah lupa, Haris dan Bia berpisah hampir lima tahun yang lepas. I tak nak percaya tapi the possibility is there." Terangku.

Seseorang Seperti Dia ✔Where stories live. Discover now