Bab 30

9.5K 606 69
                                    


"Do I need to repeat myself?" Soalnya apabila sudah betul-betul berada di tepi meja kami. Perlahan, mungkin tidak mahu menarik perhatian pengunjung lain yang sedang menjamu selera ketika itu. Tajam matanya memandang tanganku yang masih bertaut dengan tangan Isaac di atas meja. Merah mukanya seolah-olah sedang marah. 'Mengapa dia perlu marah?' Soalku dalam hati. Aku yang sepatutnya marah. Tiba-tiba aku buntu. Tidak tahu apa yang harus kulakukan pada saat itu. Isaac pula kelihatan tenang, langsung tidak gentar mendengar ayat berbaur amaran daripada Haris. Sebaliknya dia kelihatan puas dapat melihat reaksi Haris. Memandang Haris dengan pandangan yang sinis, seolah mencabarnya.

'Haris...my Haris ..Haris who?' Ligat mindaku bermonolog sendiri. Gagal mengenal pasti keinginanku yang sebenar.

"Reia.. Baby, what are you doing?" Soalnya apabila tidak melihat sebarang reaksi dariku. Suaranya juga kedengaran lembut. Mungkin dia sedang menukar taktik. Jika Haris fikir itu boleh membeli hatiku, dia silap. Akhirnya aku perlahan-lahan menarik tanganku dari genggaman Isaac. Aku tidak ingin melibatkan dia dalam urusanku bersama Haris. Aku tidak ingin hubungan mereka yang tidak pernah baik itu, bertambah keruh. Aku tidak tahu pasti kenapa Haris langsung tidak pernah suka kepada Isaac. Padahal Isaac menurutku seorang teman yang baik. Dan paling pentingnya aku tahu cara untuk menghadapi Haris. Dengan Haris, kedegilanku adalah senjata paling ampuh.

"Baby, let's talk." Tambahnya lagi. Aku hanya memandangnya tanpa perasaan. Perasaan rindu kusimpan jauh di lubuk hatiku. Enggan ia terlihat. Entah kenapa melihatnya hari ini, membuat jiwaku bergelora. Tiba-tiba rasa marahku padanya terasa membuak di dada. Padaku masa berbincang sudah tamat. Keputusan pun telahku buat. Tiada apa yang perlu dibincangkan lagi. Jawabku lancar, bermonolog sendiri.

"Reia Ellana, we need to talk. Now!" Tegasnya lagi sambil menghulurkan tangannya padaku. Aku menoleh kepada Isaac yang dari tadi hanya menjadi pemerhati. Dia merenungku lama sebelum mengangguk. Setelah itu, barulah aku mengangkat punggung melangkah ke arah Haris. Sekilas aku melihat wajah Haris berubah melihat komunikasi telepati aku dan Isaac. Dia kelihatan marah...ataupun lebih tepat lagi cemburu. Cemburu? Tak mungkinlah..dia kan ada Bia. Perkataan cemburu itu tepatnya sahabatku. Aku yang selalu cemburu padanya. Pantas aku berjalan melimpasinya. Pantas juga Haris membuntutiku. Dia cuba mengapai tanganku, namun cepat ku tepis sambil menghadiahkan jelingan tajam padanya.

"I can't believe you. You let him touch you, but I can't. Your own husband." Ucapnya perlahan, seakan tidak percaya. 'Ex-husband' Jawabku dalam hati sebelum aku menjegilkan biji mata padanya, enggan berbicara. Semakin pantas langkahku atur. Enggan berada di situ lebih lama. Enggan drama kami menjadi tontonan penggunjung lain.

"Are you giving me your silent treatment now?" Soalnya tidak percaya. Seolah-olah dia tidak patut diperlakukan begitu. 'Thank you for giving me that idea.' Fikirku dalam hati. Haris seolah-olah dapat membaca riak wajahku dan tersenyum sendiri.

"Takpe kalau itu yang you nak. But I will give you a fair warning, sayang. You have a lot of explaining to do. So if I were you, I'll be very careful." Putusnya penuh amaran. Aku kena terangkan? Nak terangkan apa lagi? Segalanya sudah cukup terang. Jawabku lagi dalam hati sambil menjeling tajam padanya. Haris hanya tersengih-sengih memandangku. Membuatkan aku merasa pelik, tidak tahu apa yang mencuit hatinya.

           Dia kemudiannya menarik tanganku. Memimpin aku menuruni anak tangga meninggalkan ruang restoran itu. Kali ini memegangnya erat membuatkan usahaku melepaskannya hanya sia-sia. Semakin besar jelingan yang aku panahkan tepat ke dalam matanya. Semakin lebar senyuman Haris dibuatnya. Buat-buat tidak mengerti maksud sebenar jelinganku itu. Senyumannya yang sentiasa mengoda jiwaku dulu, kini dan mungkin selamanya. Tiba-tiba hatiku terasa sayu, senyuman itu bukan hanya untukku lagi. Tepatnya, Haris bukan milikku lagi. Haris seakan dapat membaca perubahan moodku. Genggaman tangannya terasa semakin erat seolah cuba menyatakan sesuatu. Dan aku hanya membiarkannya, tidak berdaya melawan rasa hati yang sememangnya rindukan sentuhan Haris. Lelaki yang pernah menjadi suamiku itu.

Seseorang Seperti Dia ✔Where stories live. Discover now