Bab 16

9.6K 611 62
                                    

Bersiap untuk keluar berjanji temu memang cukup mencabar. Apatah lagi bila ia adalah janji temu pertama seperti yang sedang aku lalui ketika ini. Terlalu banyak yang aku fikirkan, hingga aku gagal memilih apa yang sesuai aku gayakan untuk memikat bukan sahaja hati Haris bahkan Ibu dan bapanya juga. Mujur ada Hana. Jika dibandingkan antara kami berdua, Hana lebih berpengalaman dalam soal perhubungan. Hana sekurang-kurangnya pernah melalui fasa percintaan sebanyak dua kali, sedangkan aku masih lagi kosong. Meletakkan hatiku pada Haris seawal usia remaja telah membuatkan aku menutup hati untuk lelaki lain. Hasilnya, aku tiada pengalaman dalam soal itu.

"You're overthinking again." Komen Hana selepas melihat aku masih belum membuat pilihan. Beberapa pasang gaun sedang berbaring di atas tilamku. Semuanya kelihatan cantik dulu, tapi semacam kurang hari ini. "Okay come here." Panggilnya sambil menepuk kerusi meja solek di tepi katilku itu. Aku memandangnya penuh tanda tanya, namun akur duduk menghadap cermin di depanku. "Bagitahu I apa you nampak dalam cermin tu?" Soalnya kemudian.

"I see myself." Jawabku sambil mengerutkan dahi memandangnya. Hairan dia bertanya soalan seperti itu.

"Sekarang cuba you senyum." Arahnya dan aku menurut. Tersenyum pada diriku di dalam cermin. "Kalau I cakap Haris sebenarnya minta I bagitahu you yang korang tak jadi keluar malam ni, you okay tak?" Soalnya lagi. Spontan wajahku berubah, tiada lagi senyuman sebaliknya muncungku memunculkan diri. "Eh jangan nangis. I nak you bayangkan je, bukan betul-betul." Ucap Hana sambil ketawa kecil. Spontan aku menjelingnya.

"Sampai hati youkan." Ucapku geram.

"Okay I minta maaf. Tapi you tak nampak ke apa yang I cuba sampaikan?" Soalnya membuatkan aku mengeleng panjang. "Apa yang I nak you nampak adalah kenyataan bahawa you bukan sahaja cantik, ada senyuman yang menarik tapi dalam masa yang sama you manja, cepat merajuk, cengeng dan banyak lagi. Tapi apa yang penting adalah, walaupun you ada banyak sikap yang kurang mengagumkan itu, you tetap berjaya membuka hati Haris. You berjaya sebab diri you." Jelas Hana membuatkan senyuman kembali di bibirku. "So just be yourself. Pilih apa you nak pakai. Sesuatu yang buat you rasa selesa dan yakin pada diri you." Tambahnya membuatkan aku merenungnya kagum.

"Rasanya you salah pilih course dulu. Patutnya you belajar psikologi dan kaunseling." Komenku membuatkan dia tersengih sendiri.

"Ya kan. Tapi apa je yang I tak buat untuk you." Usiknya membuatkan aku ketawa. Aku ingat lagi selepas tamat SPM dulu aku mengajak Hana memohon untuk melanjutkan pelajaran bersama-sama. Memandangkan kami belum pasti apa cita-cita masing-masing ketika itu, jadi kami memilih untuk mendaftar course Pengajian Perniagaan di Universiti yang sama dengan harapan untuk sentiasa bersama.

"Sorry not sorry." Usikku.

"It's okay. Dah lambat pun kalau nak menyesal." Ujarnya disambut tawaku. "Cepatlah siap. Lambat nanti." Ucapnya mengingatkan. Kali ini aku tidak menghadapi masalah untuk memilih apa yang ingin aku gayakan. Aku tersenyum yakin melihat penampilanku di dalam cermin. Gaun midi berwarna dusty rose itu kelihatan amat sesuai dengan tona kulitku. Gaun cantik berlengan tiga suku itu mengabungkan kain lace di bahagian pinggang ke atas dengan rekaan mengikut potongan badan manakala dari bahagian pinggang ke bawah diberikan gaya kembang melepasi lutut.

"Reia, Haris dah sampai." Tegur Mama sambil memasuki bilikku. Matanya kelihatan sedikit berair saat memandangku. "Cantiknya anak Mama." Pujinya membuahkan senyumku. "Jom cepat, Mama tak nak tinggalkan Haris dengan Papa sorang-sorang. Ini kali pertama Mama nampak Papa tak happy jumpa Haris." Tambah Mama membuatkan aku cepat mengapai clutch bagku dan mengekori Mama ke ruang tamu. Mata Haris yang seolah terpaku memandangku membuatkan aku tahu dia setuju dengan penampilanku malam itu. Hanya Papa yang kelihatan serius dan tidak gembira.

Seseorang Seperti Dia ✔Where stories live. Discover now