Bab 11

9.7K 610 57
                                    


Pagi itu, aku ke pejabat dengan semangat baru. Aku dengan murah hatinya, menghadiahkan senyuman dan ucapan selamat pagi kepada hampir semua penghuni Everlast Design&Deco itu tanpa prejudis. Selepas meletakkan handbagku di tempat biasa, aku mencuri pandang ke dalam pejabat Haris. Seperti biasa dia datang lebih awal daripadaku. Tanpa membuang masa, aku mengetuk pintu biliknya dan tersengih apabila melihat dia memandangku curiga.

"Good morning boss. This is for you." Ucapku ceria. Aku meletakkan Tupperware berisi karipap itu di depannya sambil tersenyum.

"Morning." Balasnya, namun masih dengan pandangan skeptikalnya. Mungkin hairan melihat kecerianku yang jauh berbeza daripada sikapku padanya Jumaat lepas. Ya, hidup adalah pilihan. Jadi aku memilih untuk tidak meneruskan rajukku padanya kerana aku tahu itu perbuatan yang sia-sia. Ia hanya akan mengurangkan motivasiku untuk datang kerja dan membantutkan usahaku untuk mendapatkan gred yang baik apabila menamatkan latihan industri ini nanti. "What is this?" Soalnya sambil menunjuk pada Tupperware berwarna pink itu.

"Open it." Gesaku dan melihat dia membukanya perlahan dan tersenyum kecil. "I bawakan you karipap. I minta my mom buatkan, special for you." Terangku lagi. "I sebenarnya nak minta maaf pasal last Friday. I know I act childishly." Akuiku. Aku memandangnya. Cuba melihat reaksinya. "I know it's a very unprofessional thing to do and I promise it won't happen again." Janjiku lagi sambil mengangkat sebelah tangan seolah berikrar sambil memandangnya. Cuba menampakkan kesungguhanku. Dia memandangku dengan pandangan tidak yakin namun mengangguk setuju membuatkan aku tersenyum lega.

"You dah okay ke ni?" Soalnya dan aku mengangguk pantas. Aku memilih untuk menjadi diriku yang biasa. Membiarkan waktu menentukan bila waktu yang paling tepat untuk mengeluarkan dia sepenuhnya dari hatiku. Misiku kini adalah untuk meneruskan praktikalku yang hanya berbaki beberapa minggu sahaja ini sebaiknya. Mungkin selepas tidak bertemunya lagi selepas habis praktikal nanti, misi melupakannya akan menjadi lebih mudah.

"Enjoy it." Tambahku sebelum keluar dari pejabatnya.

Memandangkan aku agak lapang selepas menyiapkan tugasanku, aku ke meja Ryan. Dia kelihatan begitu fokus dengan kerjanya ketika itu. Entah kenapa, dalam banyak-banyak bahagian di Everlast Design&Deco ini, aku lebih tertarik untuk mendalami ilmu hiasan lanskap. Mungkin juga kerana minatku pada bunga menjadikan aku lebih berminat untuk mengetahui cara mendekorasi laman berbanding hiasan dalaman.

"Reia, awak sampai tepat pada masanya." Ucap Ryan sebelum sempat aku menegurnya. "Saya nak tunjukkan awak sesuatu. Kejap yea." Ujarnya lagi sambil membuka folder di desktop komputernya. "Tengok ni." Arahnya selepas membuka salah satu pelan lukisannya. Lama aku memerhatikan pelan itu. Terkejut melihat hasilnya.

"Wow. Lebih cantik daripada apa yang saya bayangkan." Pujiku. Hampir tidak percaya Ryan mampu menghasilkan rekaan itu seperti idea yang kusampaikan padanya minggu lepas.

"Thank you sudi kongsi idea." Balasnya sambil tersenyum lebar.

"Sama-sama. Awak rasa bos approve tak?" Soalku.

"Saya ada 3 cadangan rekaan untuk projek deko taman Mr. Lam termasuklah idea awak ni. Tapi saya secara peribadi rasa pelan ni yang terbaik. Apapun kita kena tunggu bos cakap apa dan sama ada memenuhi citarasa Mr. Lam atau tak." Ujarnya dan aku mengangguk sendiri. Sedar bahawa tugas arkitek lanskap ini adalah untuk menyediakan pelan serta membuat laporan perancangan lanskap mengikut permintaan dan kos yang ditetapkan oleh pelanggan. Jika pelanggan setuju dengan pelan yang dihasilkan barulah ia boleh direalisasikan.

Seseorang Seperti Dia ✔Where stories live. Discover now