Bab 17

9.4K 604 46
                                    


Minggu terakhir bertugas sebagai PA Haris tidaklah sesibuk minggu-minggu sebelum ini. Memandangkan jawatan itu akan kosong bermula minggu hadapan, maka Haris meminta aku untuk menyediakan fail penyerahan tugas yang akan digunakan sebagai rujukan oleh PA barunya nanti. Itu telah berjaya aku selesaikan dua hari yang lepas. Realiti bahawa aku akan kembali menjadi seorang pelajar terasa semakin nyata apabila aku terpaksa mula melengkapkan laporan praktikumku. Jika aku bukan seorang yang suka bertangguh, tugasan membuat laporan ini tidaklah sesukar mana. Namun tabiat menyiapkan tugasan di saat akhir memang sudah sebati dalam diri. Maka, terpaksalah aku bermula di muka surat pertama pada minggu terakhir ini.

Mujur dalam kemalasanku menulis laporan setiap hari seperti yang sepatutnya, masih terselit juga keinginanku untuk menulis nota sampingan sebagai rujukan. Jadi tidaklah aku terkial-kial mencari idea. Pihak syarikat juga turut memberikan kelonggaran kepada kami di minggu akhir ini. Hasilnya aku dan Hana boleh duduk semeja menyiapkan laporan kami bersama-sama.

"You dah sampai mana?" Soal Hana. "Mata I dah penat ni, dari pagi menghadap laptop." Rengeknya.

"Sikit je lagi. Esok last day, dah boleh relax dah." Balasku, gembira dengan pencapaianku. "Kalau you dah penat, tutuplah dulu balik rumah nanti sambung lagi." Cadangku padanya.

"Tak naklah. Ni kan office work, so kena siapkan kat office. Kalau homework barulah buat kat rumah." Ujar Hana menyuarakan logiknya. "Kenapa you punya boleh tinggal sikit je? I punya banyak lagi." Soalnya tidak puas hati.

"Trylah dating dengan bos. Haris banyak bagi I input untuk siapkan report ni tau." Usikku membuatkan dia menghadiahkan jelingannya. Tidak gembira dengan cadanganku itu. Mana mungkin dia mahu menjalin hubungan istimewa dengan bosnya, Encik Malik yang sebaya daddynya itu.

"You ni kan, saja je nak buat I cemburu. I taulah you tengah bahagia sekarang ni." Ujar Hana tidak gembira.

"Sorry, not my intention. Apa kata you cuba siapkan dulu, nanti I punya dah settle I tolong check report you. Okay?" Janjiku dan melihat dia tersenyum.

"So how thing with Haris?" Soal Hana.

"Good." Jawabku sambil tersenyum dan pada masa yang sama aku melihat namanya tertera pada telefon bimbit yang aku setkan dalam mode silent itu. "Panjang umur dia. Kejap yea." Ujarku pada Hana dan menekan punat jawab.

"Where are you? You lupa tinggalkan fail projek Diamond yang I minta pagi tadi." Soalnya serius.

"Hello to you too." Balasku sinis. Tidak gembira mendengar nadanya yang tidak mesra itu. "I dah letak semua yang you perlukan dekat meja I. Apa kata you check sekarang." Arahku, sambil cuba bersabar.

"Yes, I dah jumpa." Lapornya selepas beberapa ketika. Aku membulatkan mataku mendengarnya. "Thanks baby. I hope you did not roll your eyes just now." Tambahnya membuatkan aku membulatkan mataku sekali lagi. "You did", didn't you?" Soalnya apabila tidak mendengar jawapanku sambil ketawa kecil. "Anyway, thanks baby. I tak tahu apa I buat kalau tak ada you." Ucapnya mengembalikan senyumku.

"Do you want to find out?" Dugaku namun tidak mendengar jawapannya.

"Will you be here anytime soon, I miss you already?" Akuinya membuahkan senyumku.

"I miss you too. Nanti tengok macam mana okay. Talk to you later, sayang. Love you. Bye." Ucapku dan terus mematikan panggilan itu.

Seseorang Seperti Dia ✔Where stories live. Discover now