Bab 37

9.4K 599 101
                                    


Merahsiakan kehamilanku daripada Haris bukanlah mudah. Buat pertama kalinya, aku berterima kasih kerana kesibukkannya di pejabat bermaksud dia kurang masa berada di rumah dan tidak perasan dengan perubahan rutinku setiap pagi. Mujur, tempoh untuk menyimpan rahsia ini hanyalah seminggu. Aku sudah tidak sabar untuk berkongsi berita gembira ini dengannya. Tidak sabar melihat reaksi dan penerimaannya.

Segalanya telah aku siapkan dengan baik sebagai kejutan buatnya malam ini. Aku tahu dia masih sibuk. Awal dia mengejutkanku pagi tadi, menyatakan dia perlu ke site untuk membuat pemeriksaan terakhir sebelum boleh menutup buku untuk projek hiasan dalaman Syarikat Warisan itu. Aku melepaskannya hanya selepas dia berjanji akan pulang awal hari ini. Aku tahu aku agak terlebih manja ketika ini. Mungkin kerana perubahan hormon membuatkan aku sentiasa inginkan perhatiannya. Haris juga nampaknya masih belum pulih daripada symptom couvadenya. Mujurlah ia tidak teruk, jadi tiada yang perlu dibimbangkan. Aku hanya memastikan untuk menyiapkan dia dengan segelas air kosong dan beberapa jenis makanan yang sesuai untuk melegakan mualnya.

Sekitar pukul 3 petang, aku dikejutkan dengan bunyi dentingan loceng rumah. Terfikir di dalam hati, siapakah yang mungkin datang pada waktu begini. Perlahan-lahan aku melangkah ke muka pintu. Melihat seorang penghantar barang berada di luar gate bersama jambangan bunga dan sebuah kotak hadiah. Cepat aku membuka kad kecil yang diselitkan pada kuntuman bunga indah itu sebaik menerimanya. Tidak sabar mengetahui siapa pengirimnya.

To my beautiful wife, Reia Ellana,

I'm blessed to have you in my life. Loving you more each day, baby. Happy first anniversary and more to come.

Forever yours, Haris Raslan

P/s check your gift box.

Dapat aku rasakan bunga-bunga cinta mekar di hatiku selepas membaca coretan ringkasnya itu. Paling penting dia tidak lupa tentang tarikh hari ini seperti yang aku bayangkan. Aku menekapkan hidungku pada jambangan bunga ros yang masih segar itu, menghidu baunya sambil tersenyum. Memasukkannya ke dalam pasu kaca yang kuisikan dengan air sebelum kubawa kembali ke ruang tamu. Mencari ruangan yang sesuai untuk mengabadikannya.

Setelah berpuas hati dengan hasil tanganku, barulah aku mengapai kotak hadiah itu. Membukanya perlahan-lahan. Spontan senyumanku melebar saat melihat isinya. Maxi dress itu aku keluarkan dari kotaknya. Haris nampaknya masih dengan kegilaannya pada warna putih. Dress itu mengabungkan dua warna. Berwarna putih dengan kain lace di bahagian atas dan mempunyai potongan V yang sangat luas di bahagian belakangnya. Ia digabungkan dengan kain satin berwarna mustard dari pinggang ke bawah dengan sedikit belahan di tepi. Cukup cantik. Aku menarik keluar kad yang diletakkan di bahagian bawah kotak itu dan membacanya.

My Love,

I can already imagine how beautiful you will look in this. Get ready. Someone will come and bring you to me at 6 p.m. Can't wait to be with you.

Xoxo

************************

"Hello sexy mama. You look gorgeous." Ucap Hana sambil bersiul kecil. Aku mengeleng melihat tingkahnya. Dia sampai ketika aku sedang bersiap tadi, menyatakan Haris menghantarnya untuk membawaku ke destinasi pertemuan kami. "I bet Haris going to have a hard time to focus on anything else but you tonight." Usik Hana membuahkan senyumku

"Should I change? I need him to focus tonight." Soalku menduganya. Berkali-kali aku melihat penampilanku di cermin. Berpuas hati dengan gaun yang aku kenakan. Rambutku kugayakan dengan gaya ringkas half braid dan bahagian bawahnya kubiarkan lepas.

Seseorang Seperti Dia ✔Where stories live. Discover now