Bab 10

9.8K 614 47
                                    

              Keesokan harinya, aku memandu pulang ke rumah. Sudah tiga minggu aku tidak bertemu dengan Mama dan Papa. Perasaan rindu pada mereka juga sudah menggunung. Mama sedang leka merawat bunganya dan seolah tidak menyedari kehadiranku di situ. Perlahan-lahan aku mendekatinya, cuba mengenal pasti apa yang membuatkan dia begitu asyik, sehingga tidak menyedari kehadiran anak kesayangannya ini.

"Wow cantiknya, bunga baru ke Ma?" Soalku dan melihat Mama cepat mengelus dadanya. Spontan melontarkan pandangan geramnya padaku.

"Budak bertuah ni, disergahnya kita. Nasib baik Mama tak ada sakit jantung tau." Bebel Mama dan aku hanya menghadiahkan senyuman colgate padanya sebagai tanda maaf.

"Sorry Ma, tak sengaja." Ucapku sambil mencium pipinya. Biar surut geramnya padaku. "Bunga baru ke tu Ma, last Reia balik tak nampak pun." Komenku.

"Kamu tu dah berminggu tak balik, dulu masa nak pindah bukan main lagi janji dengan Mama dan Papa. Tiap hujung minggu balik sini. Hakikatnya, hmm.. janji tinggal janji." Omel Mama lagi membuatkan aku tersengih-sengih sendiri.

"Reia banyak tugasan Ma, tu yang kadang tak sempat nak balik. Tapi Reia tak pernah lupa call Mama kan?" Ujarku, cuba mempertahankan diri.

"Yea, Mama faham." Ucapnya sambil tersenyum lembut, mungkin rajuknya surut setelah melihat wajah bersalahku. Mama kemudiannya kembali menghalakan pandangannya kepada pokok bunga yang telah berjaya menarik perhatianku tadi. "Ni bunga 'Acalypha Hispida', Papa kamu belikan untuk Mama dua minggu yang lepas. Cantikkan?" Jelas Mama sambil membelai bunganya yang berwarna merah dan kelihatan seperti ekor kucing itu. Aku mengangguk setuju dan turut sama mengaguminya.

"Dahsyat juga namanya kan Ma." Usikku sambil ketawa kecil.

"Nama Melayunya pokok ekor kucing." Terang Mama. "Mama sebenarnya teringin sangat nak bela kucing. Tapi Papa kamu tak bagi pulak. Yelah bila kamu pun dah tak duduk sini lagi, Mama pun cepat bosan. Tak ada teman berborak bila Papa kamu pergi kerja. Mama tengok ramai je orang bercakap dengan kucing. Tapi Papa kamu berkeras tak bagi. Beberapa hari juga Mama buat muka dengan Papa kamu tu. Tengok-tengok esoknya, dia balik kerja bawa bunga ni." Cerita Mama sambil tersenyum sendiri, mungkin mengingati detik kejadian itu. Sambil ketawa aku mengekori Mama duduk di bangku kayu di bawah pondok kecil di tengah-tengah taman itu.

"Pandai juga Papa pujuk Mama kan." Komenku sambil memandang wajah Mama yang berseri-seri itu.

"Dah boring makan kat luarlah tu." Balasnya sambil ketawa kecil.

"Tak dapat kucing, Papa bagi ekor kucing pun Mama terima je kan." Ulasku.

"Itulah yang dinamakan kompromi, Reia. Kalau nak hubungan kekal lama, kenalah pandai pujuk pasangan. Lagipun Mama tak sampai hati nak merajuk lama-lama. Kesian tengok Papa kamu makan mi sup je hari-hari." Jawabnya. Aku merenung wajah Mama. Gembira melihat hubungan Mama dan Papa masih sama seperti dulu. Betapa aku berharap suatu hari nanti aku juga akan dipertemukan dengan seorang lelaki yang akan menyayangi dan mencintaiku seperti mana Papa menyayangi dan mencintai Mama.

"Dah breakfast ke belum ni?" Soal Mama kemudian dan aku sekali lagi menghadiahkan senyuman colgateku, menjemput gelengannya. "Jomlah masuk, Rich pun ada kat dalam tu." Tambah Mama. Aku mengerutkan dahi mendengarnya kerana rasanya aku tidak melihat kereta Rich di tempat parking tadi.

"Sampai pun anak manja Mama dan Papa ni." Usik Rich sebaik sahaja aku dan Mama memasuki rumah. Aku hanya menjelingnya, enggan membalas namun terus berjalan mendekatinya. Sempat menghadiahkan sebuah tamparan kecil di bahunya yang sekaligus menerima jelingan tajam darinya sebagai balasan. Mama pula terus ke bilik, mungkin untuk membersihkan diri.

Seseorang Seperti Dia ✔Where stories live. Discover now