Bab 26

9.4K 600 47
                                    

              Sambil menutup mata, aku menyuap sesudu laksa ke dalam mulut. Gabungan kuah dan sambalnya yang unik itu menjadikan ia cukup sempurna saat berpadu di dalam mulutku. Aku gembira tidak menolak ajakan Hana untuk keluar makan tengah hari tadi. Sekurang-kurangnya ia berjaya membawa aku lari dari terus-terusan membiarkan mindaku menyingkap kisah lama. Aku juga akhirnya tahu, selera makanku masih lagi ada. Mungkin sudah kembali sepenuhnya kini setelah menikmati hidangan yang sudah beberapa kali menerpa di mindaku itu. Membayangkannya sahaja sudah mampu membuatkan aku terliur. Apatah lagi kini setelah akhirnya berjaya menikmatinya. Aku tersengih kecil apabila melihat Hana memandang aku dengan pandangan tidak percaya. Manakan tidak, Nasi Ayam Penyet di depannya masih berbaki separuh, sedangkan laksa Sarawak di depanku sudah licin sepenuhnya.

"Thank you, teman I ke sini. Dah lama I tak makan banyak macam ni tau." Ujarku. Hana yang mendengar menghantar pandangan tidak gembiranya.

"Walau apa pun yang berlaku, makan tetap kena jaga, Reia." Nasihatanya dan aku hanya mengangguk.

"I rasa nak cari kerjalah?" Putusku setelah lama berfikir. Hubunganku dengan Haris yang tidak menentu ini membuatkan aku terfikir bahawa memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa dulu bukanlah tindakan yang tepat. Bosan rasanya duduk di rumah seorang diri. Dulu dan kini adalah sesuatu yang berbeza. Dulu aku tidak kisah, memandangkan Haris sentiasa ada. Namun kini, semuanya terasa lain.

"You rasa Haris setuju?" Soal Hana.

"I tak rasa dia peduli pun. I call pun dia tak jawab." Balasku."I takut I akan jadi gila kalau berterusan macam ni. Duduk rumah tak buat apa-apa. Sekurang-kurangnya kalau I kerja, I taklah fikirkan tentang masalah I dengan Haris je sepanjang hari." Tambahku sambil menghirup orange juice yang tinggal separuh itu. Mataku meliar melihat sekeliling. Pada waktu begini, restoran yang luas ini kelihatan agak kosong. Hanya beberapa orang pelanggan sedang menikmati makan tengah hari mereka.

"I faham. I pun dah boring duduk rumah tak buat apa-apa walaupun baru seminggu je tanam anggur. Inikan pula you yang dah berbulan-bulan."Akui Hana. "I sebenarnya ada business plan in mind. Jadi partner I, nak tak?" Soalnya sambil mengangkat kening. "I trust you will love it. Kita buka kedai bunga. We both loves flowers." Ujarnya menarik perhatianku. Aku membiarkan Hana menceritakan cadangan perniagaannya. Sesekali aku ketawa apabila merasakan cadangannya kedengaran kurang realistik. Aku dan Hana sebagai rakan kongsi? Memikirkannya sahaja sudah boleh membuatkan aku ketawa sendiri. "Sekurang-kurangnya kita buat sesuatu yang kita suka dan paling penting sekali kita boleh jadi bos sendiri. Tak ada siapa boleh marah kalau kita masuk kerja lambat." Ujar Hana ceria, hanyut dalam khayalannya.

"I like that." Setujuku. "Nanti kita sama-sama buat proper proposal for this okay. We will need it to gain capital from our dad." Tambahku membuatkan Hana ketawa.

"I suka arah pemikiran you." Komen Hana sambil ketawa. "I tahu Daddy I won't say no to this." Ucapnya penuh yakin sebelum matanya terpaku kepada sesuatu di belakangku. "Reia. Is that Haris?" Soalnya sambil matanya tidak lepas dari memandang ke arah pintu masuk kedai itu.

"Mana?" Soalku sebelum menoleh mencari Haris yang dimaksudkan Hana. Aku tersenyum gembira apabila melihat Haris memasuki pintu depan restoran itu. Namun senyumanku mati apabila mendapati dia tidak datang sendiri. Bagai hendak gugur jantungku apabila pandanganku jatuh pada dua lagi wajah insan yang bersamanya. Haris berjalan seiringan dengan Bia sambil memimpin tangan Dea yang kelihatan begitu gembira menuju ke sudut yang agar terselindung daripada tempat yang aku dan Hana duduki. Bagi orang luar yang melihat, pasti menganggap mereka sebuah keluarga. Namun bagiku, ia ibarat menerima sebuah pukulan yang sangat kuat.

Seseorang Seperti Dia ✔Where stories live. Discover now